if the time is pulled back 30 years , i would still want to be a teacher

Posted by sazali

Salam.

Good Morning every body.
Proses Mengajar dan Belajar

Sudah lama saya tidak mengajar secara serious mengenai Matematik. Lebih tepat lagi sejak minggu ke-13 iaitu bermula 15 APRIL 2011. Ini berlaku kerana universiti memberi pelajar-pelajar satu minggu cuti untuk mengulang kaji mata-pelajaran sebelum peperiksaan akhir semester berlangsung iaitu 27 APRIL 2011. Selama itulah saya menyibukkan diri mengira markah ‘carry mark’ untuk subjek Matematik Diskrit dan Kaedah Penyelidikan PSM 1. Proses mengira ‘carry mark’ ini tidaklah payah sangat kalau hendak kita bandingkan dengan proses belajar PhD, M Eng yang pernah saya lalui beberapa tahun yang lalu. Pendek kata jika seseorang itu menduduki peperiksaan (test 1, test2), kuiz 1,2,3,4, menyiapkan assignments , kehadhiran kuliah dan tutorial beres, saya rasa dengan pertolongan pakej EXCEL , mengira carry mark adalah satu tugasan yang tersangatlah mudah. Prince Charles yg 'terbuang' Mendiang Princess Diana of England kata ‘as easy as ABC’. yes..terbuang ..dan terambik Carmella. he..he..

Peluang ini saya ingin berkongsi dengan pembaca – iaitu keseronokan mengajar matematik dan statistic Diploma IT. Saya berkesempatan mengajar anak kandung saya sendiri Topik Kuadratik , mencari punca dan Topik Janjang Arithmetik dan Janjang Geometri. Oleh sebab lama sangat tidak mengajar topic ini, adalah sedikit rasa kekurangan diri dari pihak saya pada masa permulaan pengajaran. Maklumlah .. otak saya - macam-macam ada dan sedang saya fikirkan sekali harung (serentak). Memang besar kekuasaan Allah , dalam mengajar anak matematik, kadang-kadang terfikir pasal itu dan ini. Selalunya berkenaan dengan keadaan ibu saya di Kajang – bagaimanakah dia sekarang ini? Kalau pergi ke kajang, will my wife come along this time? n ..macam2 lagi ..
Dan hari perkahwinan anak saya Nor Sarah pada 4 Jun 2011.

Keseronokan mengajar matematik kepada anak sendiri tidak boleh saya katakan seseang-senangnya .. adakah ianya semudah meminum air cendol pulut tapai bercampur menisan (manisan gula Melaka)? adakah ia Lebih sedap dari makan ais krim Magnolia atau ais krim berbuah jeruk cermai atau jeruk mempelam muda lagi? he..he.. Zeal mengajar subjek matematik sejak 30 tahun yang lalu tiba-tiba datang dalam hati dan semua saluran darah saya. Oleh yang demikian saya perturunkan segala ilmu dan ‘tricks dan traps’ bagi topic gila sebagaimana pelajar-pelajar sekolah asrama penuh MRSM, TKC, .., Maahaad Muhamaddi Jalan mErbau, Kota Bharu pernah ceritakan kepada saya. untuk makluman , saya pernah mengajar tuisyen express kpd pelajar yg pulang bercuti sekejap-kejap .. Sebenarnya tidaklah susah giler ..yang penting ialah memahami konsep dan seterusnya membuat latihan berskala dari peringkat mudah, sederhana dan sedikit sukar. Buatlah latih tubi tanpa henti-henti. Insyallah bereh punya. Tidak faham Tanya. Kadang-kadang ada pelajar yang tidak boleh selesaikan apa-apa pun masalah dari peringkat senang kepada sukar pun. Boleh jadi kumpulan pelajar ini bukan pelajar yang layak dipanggil ‘elit’ iaitu pelajar yang betul-betul terbilang? seperti zaman anak mahathir di Mrsm, PC. Pelajar begini ada kemungkinan memasuki sekolah sekolah berasrama penuh dengan bantuan cable / pintu belakang/ surat kuning keras dan ada bendera badan politik. Kesihan mereka – mak ayah jer yang bersungguh-sungguh kempen pasal anak dia itu dan ini sedangkan kebolehan anak mereka tersangatlah terhad seperti pelajar SMK-smk yang lain sahaja (ketawa sedikit). Masalah mengajar anak sendiri ini ialah dua. Pertama, mereka tidak mengetahui di depan mata mereka adalah seorang guru 'pakar' dan bekas pemeriksa kertas SPM matematik dan kedua ialah mereka tidak menghargai sangat bahan-bahan yang ada di dalam peti hitam di rumahnya sendiri. Sebenarnya di dalam peti hitam itu semua ‘past papers’ SPM dan skema pemarkahan telah pun ayahandanya simpan sejak tahun 1985 lagi. Sayang, benda ini yang kita anggap seperti mutiara ilmu dipandang sampah yang bertimbun-timbun banyaknya. Orang rumah saya ..tak suka kertas lama bertimbun-timbun ini. collecting dusts. yg dia suka .. may be .. benda lain lah.. benda kegemaran org rumah .. guess what? Oleh sebab itu, si anak ini selalu mahukan ayahnya membeli dan terus membeli buku-buku rujukan yang terbaru – tanpa henti-henti. Memang saya belikan kerana harga buku-buku ini - kerana sayangkan anak// ?

Tetapi point yang ingin saya ketengahkan ialah anak zaman la ni .. tidak sedar bahawa apa yang ada di dalam peti hitam itu – lebih mahal nilainya dari buku Preston, Fajar Bakti, Sasbadi, dan .. di Popular Book Store. Boleh jadi si anak ni , suka shopping bersama-sama dengan ibu kesayangannya. Betul tak? Tetapi selalunya, bila ayah dah tak ada (mati mengejut) ..barulah mereka tahu semua nilai yang ada di dalam simpanan si ayah ini.

Perkara kedua penting ialah stail budak dilpoma univ belajar. Saya nak highlight jer.

Melihat cara budak diploma belajar stats memandangkan exam stats esok 6 Mei 2011 jam 0300 ptg. Kali ni dia adalah anak saudara isteri saya.

Oleh sebab esok dah nak exam finals, tak kan lah nak study all those topics in 1 night.
So I directed him to bring out all the TESTS , Quizzes yang telah didudukinya sepanjang semester ini.

So cara saya membimbaing nya senang jer.
Kaji soalan mana dia silap. Selalunya dia silap kat Gambar rajah pokok probability. So saya explain lah sikit sebanyak. Dia kata ‘..pak udo ..ajar so simple lah …’. Alah .. mesti lah simple memandangkan kau bukan student PhD pun. (laugh). If pak udo ..ajr too complicated ..nanti kau tak faham dan terus ..padam minat nak buat ulang kaji terakhir (last minit).

Sub-topik lain ialah Confidence Interval. Pakai jadual taburan normal dan Jadual taburan – t. Pakai degrees of freedom. So saya explain ..soalan yang dia salah tu. Ajar punya ajar .. tiba-tiba saya rasa sangat mengantuklah. Maklumlah saya tidur jam 0930 malam Friday Night. Bangun for solat tahajud 430 pagi. So ..kasihan lah anak saudara dia ni. (laugh). Mata tok guru nak mula blur.

Dia cuba talk talk something from the papers/ tests/ quiz yang dia buat salah tu // tapi ..telinga shifu .. hanya terdengar .. ‘zzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzz ‘ jer.
Mata saya dah mula merah/ menguap pun datang bertubi-tubi. Tanda orang tua nak masuk tidur lah ni. Tapi saya berjanji nak ngajar dia lagi 0900 pagi di surau UTHM sahaja lah. Libray can, or Cannot ? Too famous with my Chinese students. Mesti dia orang cari saya nak Tanya pasal solaan finals etc etc.

Komen: budak diploma ni .. tak suka menulis menggunakan kertas yang baru. Start dgn kertas A4 yg baru. Buat semula. Tetapi apa yg dia buat ialah .. just baik terus ke dalam kertas test/ quiz yg di atelah buat silap hari tu ..lah. Pelik budak ni. Cara study zaman terbaru kut. If I were him, I will sacrifice a new paper and start doing all over again while shifu is still around with me. One more// dia tulis nombor ‘2’ seperti / serupa dgn abjad ‘Z’ jer for ZORRO. If tidak careful, mungkin silap akan berulang jika kira z-score Taburan Normal. Z-score?

Sekian.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment