if ada anak pompuan part II

Posted by sazali

Salam

Point 2 : satu keluarga di mana si ayah jer kerja di Singapura (contohnya)

Dulu saya menulis - alam sebuah keluarga di mana suami isteri semua kerja. Kerja besar-besar, rumah besar-besar, angan besar-besar dan anak-anak mereka pun bersaiz besar. Satu jejari anak pompuan mereka pun dah 'cover' semua permukaan hand set berjenama Sony Ericson. Bayangkan lah parts parts yg lain. laugh. Serbi serba besar. Belanja besar. So if ada anak lelaki bersaiz kecil, sederhana dan pulak dari famili yg susah-susah .. rasa-rasa . jadi menantu famili orang orang begini - tak yah lah ..menghampiri kingdom yg besar tu. laugh. Sure u akan mati.

Today nak cerita satu famili di mana si ayah jer kerja. maka emak tinggal di kampung membesarkan anak-anak sementara ayah bekerja 'kontrak - angkat batu bata projek bangunan 500 tingkat ' di Singapura. Time period ialah sekitar tahun 1970 ~ 1990. Dulu ramai rakyat Kelantan bekerja di Singapura. Ulang alik dari Tumpat, Kuala Krai, Dabong ke Singapura. Naik kereta api.
So sementara si ayah bekerja di luar negara, si emaklah yg akan membesarkan anak-anak. tak kira lelaki atau perempuan. Persepsi org ramai ialah rakyat kelantan kebanyakannya wara' dan bertaqwa .. why? ramai tok tok guru yang masyur adalah datangnya dari Kelantan/ Patani Thailand. Itu persepsi orang ramai. Tetapi ..sekarang tidak lagi. Si ayah ..tukang angkat batu bata di Singapura. kadang-kadang sembahyang, kadang-kadang tak sembahyang ..terutama sembahyang jumaat. Tok mandor cino singapura tok we orang melayu sembahyang jumaat apa apa pun. after jam 700 ptg .. baru boleh buat apa kau suka. Itu macamlah.

Di rumahnya katakan Dabong/ Pahi/ .. si emak pulak terpaksa cari duit lebihan seperti memotong/menoreh getah , pero lembu kerbau dan macam-macamlah. So kita boleh imagine .. bagaimana anak-anak mereka di didik mentaati Allah, agama dan sunnah nabi kita. Oleh sebab desakan hidup, bila ibu ayah selalu bekerja ke sana sini, maka anak-anak kadang terbiar. Ada hari .. masakan tengah hari boleh dimakan hanya pada jam 300 ptg .. makan malam ..kadang-kadang di bawa ke depan jam 0600 ptg .. dan malam-malam tak makan. Bukan setiap hari .. boleh menoreh getah. Kelantan selalu kena hujan. So pendapatan tak seberapa sangatlah. Ada masa , anak -anak tercicir dari alam persekolahan. Selepas darjah 6 , mungkin anak lelaki akan try jadi askar melayu. Anak perempuan ..selepas peperiksaan PMR .. SRP .. akan mintak kerja jadi nurse. Gitulah .. ringkasnya.

Kadang-kadang ada yang mana semua anak-anak tak gi sekolah. Tak ada duit langsung nak hantar sekolah. Agama? Pondok agama .. mengikut teori ..sepatutnya .. semua anak-anak lelaki nya boleh gi belajar di sana. Tetapi tidak .bagi keluarga ini. Kadang-kadang tak sempat subuh, si emak dah keluar ke ladang getah orang. Menoreh. Balik jam 0900 pagi. Jam 1000 bawak keluar lembu, kerbau , kambing .. ke baroh (sawah padi). We makan rumput. Penatlah si emak ini. Nak pero anak-anak membesar sambil-sambil itu si suami ..jauh di Singapura. Mana nak sempat ..cari air sembahhyang .. untuk buat subuh. Sembahyang depan pokok getah ker? Anak-anak ? jika emak tak sembahyang subuh .. dan ayah pulak dok jauh ..di Singapura .. kita boleh dikatakan lah bahawa keluarga ini ..dibesarkan dalam keadaan tak sembahyang pun tak apa. Yang penting cari duit nak hidup. Patutlah nabi kita minta kita jaga ekonomi rumah tangga. Kerana kefakiran seseorang akan menjurumus kepada keadaan kekafiran. Kafir ? Tak sembahyang .. mana boleh kita mengaku ..kita umat nabi muhammad jika tak sembahyang.

Sembahyang Jumaat .? kadang-kadang anak-anak lelaki yg besar besar tu ..gi lah. Itu pun dekat dekat nak Khatib baca khutbah .. barulah sampai ..ke tangga masjid jer. So setiap jumaat , sesi khutbah miss. Tak dengar khutbah ..so bila balik ..tak leh beri apa-apa input kepada adik-adik perempuannya yang ramai itu mengenai teks khutbah jumaat. Mungkin teks jumaat ialah mengenai pakaian wanita yg tdak menutup aurat. Kesan/ dosa pakai seluar ketat , t-shirt paling kecil sekali sesuai untuk anak patung apa tu dari England tu.? he..he.. So secara rambang, keluarga ni .. tidak lah mengamalkan agama 100%. Amalkan agama .. time puasa jer. Semua orang puasa . tak sembahyang pun berpuasa. Time bukak puasa semua makan. Gitulah ..sedikit sebanyak .. keadaan hidup budak-budak ni di Dabong/ Pahi .. di Ulu Kelantan sementara si ayah angkat batu di Singapura.

Tiba-tiba datang berita ngeri ,..si ayah jatuh dari tingkat 88 menjunam ke bawah .. mati. Pecah kepala.. dan ..semua anggota nya ..hancur berderai. Lama jugak masa digunakan untuk mengumpul semua bahagian tubuh si mati ini. Maklumlah .. jatuh dari tingkat 88 menjunam ke bawah. maka si keluarga tadi .. sudah kehilangan satu asset terbesar. Ayah dan duit bulanan dari Singapura!

Check punya check .. duit simpanan ayah tak seberapa pun ..lebih kurang S500 jer ..tetapi arwah ayah berhutang dgn geng geng Singapura S5000 pulak. Payahlah .. semua ini.

Maka dipendekkan cerita .. anak perempuan ke II dan Ke III pun terpaksalah berhijrah cari makan. Destinasi KualaLUmpur. Tak lama mereka di sana .. berjumpa ..toke-toke cina/ india .. buat kerja restoran, amah di rumah cina .. dan macam macam itu lah. Oleh sebab semasa di Kelantan pun tak jaga sembahyang .. tak kan nak mintak izin dari toke cina .. nak semabhyang zuhur, asar, maghrib .. se tiap hari. So kalau 10 tahun kerja kumpur .. maka 10 tahun lah tak sembahyang. Tok puasa. Tak wat apa-apa .. hanya kerja dengan toke cino jer. Cino makan itu ..dia pun makang lah .. makanan apa-apa yang ada tu. Inilah yg berlaku kepada ramai orang-orang miskin di Kelantan yg berhijrah ke negeri-negeri .. Selangor, Perak, Johor .. so tak leh harap lah mereka nak amalkan agama. Nama aminah tetapi ..aurat nak tutup sana sini ..tak leh buat lah ..terdedah kepada anai-anai, semut semut , rama-rama ada lah. Ada yang sampai dapat anak luar nikah termain-main dengan orang cina/hindu/melayu gila. Kenapa? tak amalkan agama mana ada kekuatan nak lawan .. nafsu syiatan diri sendiri dan nafsu jahat toke cina/ hindu dan macam-macam buaya di luar sana. Gitulah lagunya.

waklaupun berkedaan begitu, salah satu kebaikan budak budak ni ialah .. mereka ada jugak hantar duit ke mok nya di Ulu Kelantan tu tiap-tiap bulan. kadang-kadang 2 - 5 tahun balik sekali ber hari raya dgn ibu yg semakin tua. Gitulah .. Agama? Yes ..mulut kata islam tetapi ..amalan agama tak ada sangatlah. Baca fatihah pun .. kadang-kadang macam bunyi itek serati dok sudu air char (longkang) jer. maklumlah dah lama tak sembahyang.

So penutup cerita .. ramai anak-anak kelantan jadi gitulah. Dulu tok nenek .. orang hebat-hebat - pengasas pondok itu dan ini - tetapi .. dek sebab ayah mati kat singapura .. begitulah cerita kepada anak anak perempuan nya itu. Hilang agama/ amalan agama/ baca Al Quraan ? he..he.. you berilah jawapannya. Berzikir? payah lah nak buat. Dulu ada orang melayu pompuan kawin dengan kelasi kapal orang putih .. jadi di Liverpool, ramai orang pompuan melayu kelantan dan banyak negeri lain pun .. now ramai dah yang dah mati di England .. nama jer islam ..tetapi anak cucu di Engkand ..tak kenal apa tu tikar sejadah. Agama sudah lari. Target: neraka .. kekal abadi. tak kasihan kah kita kpd mereka ini. Anak cucu mereka ini?

Morale of the story is ..bila papa tiba-tiba mendatang..agama pun .. hilang .. slow slow cepat cepat ..dalam 50 tahun ..generasi kedua dan ketiga mungkin dah hilang identiti islamnya.

Sekian. wallahu aklam.

Renunglah zaman generasi 50 tahun hingga 100 tahun dari sekarang. Now, ramai belia melayu kelantan, jawa tak tidur waktu malam .. tidur waktu siang// kerja di kedai mamak 25 jam .. Mac Donalds ..KFC .. sembahyang ? tanyalah bodak2 pompuan itu ..ada jaga tak sembahyang budak Firdausi tu? apa lah nak jadi yer? Untuk menyekat kehancuran ummah .. satu usaha dakwah dan tabligh tiba-tiba hidup dalam zaman kita ini. Ayuh ..tuan hamba. Kita ikut serta. Objektif? kita terpaksa lawan arus kehancuran umat islam yang sebegini rupa. Ini peluang terakhir kita. Bukti kita sayangkan sangat sangat kepada Allah dan agama Allah.

0 comments:

Post a Comment