Ramai guru-guru tak puas hati jugak dgn hadiah Menteri Pendidikan 16 MEI 2011

Posted by sazali

Salam.

Dah 2 hari saya sibuk membaca komen dari guru-guru yang dijanjikan ganjaran DG48, DG52 dan DG54. Selepas mengajar 25 tahun, konon-kononnya .. hampir semua guru siswazah mampu mengecapi .. DG48, DG52 dan DG54. Rupa-rupanya .. dari bacaan saya hanya segelintir saja yang akan merasai itu semua. Kumpulan bertuah ialah guru-guru kanan, penolong-penolong kanan dan pengetua. Kesihan jugak ya, yang buat kerja gila-gila mengajar ialah guru-guru bawahan , muda-muda itu lah .. DG41 dan DG44. Yang dapat nama Pengetua. Apa boleh buat?

2) Hukum alam di dunia ini memang begitu. Orang atas lah yang paling beruntung. Yang dapat tahu itu ini terlebih awal dari warga sekolah mestilah pihak pentadbir. Oleh yang demikian, mereka sudah pakar dalam merancang strategi .. supaya ..di akhir-akhirnya dia jugak yang akan dapat hadiah lumayan tersebut. Lembu punya susu , sapi punya nama. Itu macamlah.

3) jangan berdukacitalah. Buat lah apa-apa yang patut. Maklumlah kalian sudah kecewa dengan ragam dunia pendidikan ini. Kalau dulu , cikgu mengajar matematik sampai nak tercabut urat tekak ..sekarang dah tahu ..nasib kita .. tak menguntungkan .. pandai-pandailah menjaga diri. Jangan lawan orang-orang atasan. Maklumlah pencen kita akan mendatang .. nanti jika kita lawan, pihak atasan akan mengupah seseorang untuk menghapuskan semua data rekod perkhidmatan kita pulak. Bukankah itu lebih malang kepada kita?

Sebagai orang yang sama-sama merasai pahit manis mengajar di SM KOTA, SM TUMPAT, PSPN, JPNK .. saya memesan satu perkara sahaja pada diri saya dahulu.. Dunia ini sementara. Akhiratlah yang kekal abadi. kalau kita dapat DG54 pun, kita makan nasi pun tak akan lebih dari 5 pinggan sehari. Jika sekarang kita dah ada penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, gaut, sakit lutut dan badan selalu sakit termasuk urat-urat penting yang tak tegang-tegang pun .. takkanlah bila KPM beri kita DG54 ..semua penyakit itu akan tiba2 hilang dengan serta merta? Bersyukurlah dgn apa yg ada. Mungkin kita kena pakai ilmu ini '.. we think something is good, but actually that thing is not good for us/ sometime we think this is not good for us .. but actually what we have now is really good for us after all...'. (Al Quraan). Berdoalah muga-muga kita berbahagia sekarang , esok, dan kita mati pun .. semua kita senyum redha dgn apa yang telah ditetapkan oleh khaliq yang Maha Agung. If Allah is redha with us .. and we are redha with HIM too ..what else do you want? It is much bigger than DG54. Really! This world is just like a wing of a mosquito. (Kitab Shaharanpur - Maalana Sheikh Zakaria). Thats why Allah gives every body their due share .. including those who disbelief in ALLAH.

wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment