Hidup ni banyak dugaannya

Posted by sazali

Salam.

Memang betullah hidup ini banyak dugaannya. Ada orang diduga dgn kekayaan, kemiskinan, kesihatan,keadaan rumah tangga dan macam-macam lagi.

Orang dakwah kata - kita mesti bersabar dan bertenang. Fikir banyak-banyak mengapa semua ini diwujudkan untuk kita.

Tidak lain tidak bukan Allah nak uji kita sedikit sebanyak. Adakah kita orang yang beriman atau pun tidak. Adakah kita orang yang tahu macam-macam tetapi mungkin kita tidak mengamalkan apa yang telah lama kita tahu. Ini skema jawapan seseorang konselor di mana-mana pun tak kira dia bangsa melayu islam atau indian kristian. Sedap dia kata itu dan ini tetapi bukan dia yang kena selesaikan masalah kita bukan?

2 hari ni saya diduga dgn kesihatan anak-anak. maklumlah musim raya. sakit perut dan warded dalam hospital. hari ni dah hari ahad. Orang semua nak balik ke kumpur tetapi anak masih belum dibenarkan pulang ke sekolah. Traffic jam mesti banyak dan gila ni dari Johor ke Kuala Lumpur. Tetapi driver only seorang iaitu saya lah siapa lagi.

Orang lain .. may be .. dia akan kata ..mengantuk lah.. takutlah.. tak beranilah .. so jawapan yg tepat ..kerja memandu pergi dan balik ialah kepada saya juga ..lagi dan lagi. Apa kan daya. Inilah dugaan. Siapa yg tak jealous tengok orang semua relax dan tidur jer ..dalam kereta tetapi kita yg tua tua ni jugak lah Allah mintak kita bawak kereta dalam jam jam jam jam trafik. saya doakan muga muga kami selamat. Route BP - Klang - Kuantan UIA. Gitulah .. janga tanya siapa pemandunya?

ha..ha..

Sebab itu umur lelaki tua ..mana yang panjang sangat dibandingkan dgn ko-pilot 1, ko-pilot 2 dan ko-pilot 3.

Doa dan salam.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment