Satu petang dengan PERKASA uthm

Posted by sazali

salam.

Rabu 21 SEPTEMBER 2011. Bertempat di Perpustakaan UTHM .. kami menghadhiri diri ke majlis bersama - sama PM DR Razli Razak(UUM) orang kuat PERKASA Exco-MACC ..

2) Dalam majlis ini .. kami pensyarah dimaklumkan bahwa Dato' Seri Mohd Najib akan mengumumkan sesuatu yang bagus kepada para pensyarah seramai 29,000 orang di IPTA dalam Budget 2011/12. Di panggil SSN - Sistem Saraan Nasional

Harap semua berdoa kita akan menikmati kemudahan gaji dan macam-macam lagi lah ..

kerana selama ini .. kita selalu mengalah dgn skim perkhidmatan lain.

Dimaklumkan juga gaji sekarang ketua cluster Professor T3 ialah RM40,000 sebulan. Masyallah. Hebat ini?

Dalam SSN (sistem saraan nasional ) .. PERKASA sedang fight supaya .. elaun rumah kita dinaikkan sedikit. Gred gaji DS45 - DS52 - DS54 - V7 - V6 cepat-cepat bergerak.

SEkarang nampaknya .. masalah paling besar ialah di peringkat PM nak jadi Professor VK7.

Mengikut desakan Perkasa (MACC) dgn bantuan Cuepacs mintak kerajaan menimbangkan penubuhan.. satu skim PU (pensyarah universiti) dan bukan lagi DS. Saya difahamkan di bawah SSN - hanya satu band saja gred gaji PU ini .. iaitu sehingga P1T32 - bukan P1, P2 dan P3 yang sedang berkuatkuasa di bawah SSB (sistem saraan baru). tidak ada lagi isu .. mendatar, menegak dan melintang.. so kalau sipulan start kerja umur 28 .. maka dgn P1T32 = dia akan 'habis' gaji mati pada umur 60 tahun. Pandaikan? (ketawa). Yang best ada di bawah SSN ialah 'mobility of staff' - pensyarah boleh bertugas di mana-mana dia suka .. contoh orang kelate kelik kelate dan bekerja dgn UMK/ USM/ UiTM. Biar betul? tak yah mintak permisi dari KPTM lagi. ambik beg dan drive pulang ke negeri masing-masing bersama-sama dgn skrol phd tuan hamba. Ada bagus ker?

Sama-samalah kita menanti dengan doa yg tak putus-putus dalam pembentangan Budget 2011/2012 nanti pada Okt 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia.

Terima kasih kepada PM DR Razli .. UUM. org kuat Perkasa kita di sana.

Wasallam .

p/s: percaya tak ..ada usaha nak buat kita nikmati gaji 100% kenaikan. Masyallah. kalau tuan hamba gaji pokok RM7000 .. nanti 1 JANUARI 2012 ..gaji anda akan RM14,000

banyak tu? nak beli apa lagi yer?

0 comments:

Post a Comment