Adab melawat rumah saudara mara sempena PHR AF

Posted by sazali

Salam

*clue=  PHR = pagi hari rayor aidil fitri


Selalu selepas solat hari raya .. kami ke pusara ayahanda dan nenekanda tercinta.  Di sana ..kami .. membaca Al- Fatihah, Surah Yaseen dan buat sedikit tahlil untuk mereka.  Tempoh masa ..lebih kurang 45 minit .. kerana matahari dah tinggi.

Kami mula berziarah ...  ayah dan emak saudara, sepupu sepupu dahulu pada hari pertama.  Kadang-kadang sampai ke malam baru kami pulang ke rumah.

2)  Semasa di sana .. kami dijamu makanan ..sate, ketupat, soto, dan macam macam.  Rasa rasa perut cukup terkejut .. dengan input makanan banyak - lain dari biasa ..maklumlah 30 hari dah tak makan pagi .. sekarang semua benda makan kecuali ....(he..he..)

3)  Selain dari makan minum , kami bertanya khabar ..sepupu sepupu yang baru pulang dari luar negara, luar negeri .. dan di sebelah kampung ini sahaja.  Seronok ..tak terkata ..tetapi awas jgn bercakap berlebih-lebihan.  Org perempuan ..suka sangat mengziarahi sanak saudara kerana ..  sejak setahun berpisah , ini lah masa boleh bertemu secara life ..  jika tidak FB FB sahaja.  Dulu bertanya juga pasal harga kain itu dan ini ..tetapi  sekarang .. agenda utama perbualan ialah .. cucu dah berapa ramai?  Di mana mereka?

4)  O yer..  melawat sana sini itu ..jangan lupa solat zohor dan asar , maghrib ..terutama kaum ibu itu.  Tak apa ..  tanggal make-up make-up pun tak apa .. selepas solat ..  conteng semula.  Sabar!

5)  Selepas/ semasa bergerak dari rumah uncle #1 ke rumah uncle #2 .. kami tak banyak bercakap kerana masing masing penat makan.  Perut pun dah terik dari keadaan biasa ..sejak pagi tadi.

6) Musim raya .. anak-anakkulah yg palling suka kerana mereka dpt hadiah wang selain dari makan mkn mknan yg beranika juadah.  Duit abah makin licin maklumlah ..anak anak saudara tahu  ..  tebal poket baju melayunya datuk itu!  bertuah punya kalian... (he..he..). Kanak kanak tak sibuk dengan darah tinggi / rendah; kolesterol tinggi atau pun tidak ..hutang kredit kad banyak mana lagi ..  yg penting uncle untie angkat semua makanan itu ke depan (meja utama).  Pandai pandailah mereka mereka bentuk cara bagaimana nak melicinkan kek bertingkat 3 atau lebih.  Kalau tidak pun ..mana kek chocolate itu Che Rohhhh?

Saya melarang ahli keluarga untuk berziarah melebihi 1 jam bagi 1 rumah kerana mengikut planning ..kita ada 13 buah rumah lagi selepas ini bagi hari pertama.  Bayangkan .. driver punya perasaan dengan masalah jam / machet / perut sakit/ seluar baju melayu sudah semakin ketat emak ooi!  Kadang-kadang nak terkencing jugak.  Syukur ayah li ..belum sampai peringkat pakai pampers orang dewasa lagi ..Syukur.  Tubuh drebar ini masih sihat.  Alhamdulilah! ( amalanku ialah makan bila lapar , berhenti sebelum kenyangggg .. ikut sunnoh Nabi Muhammad s.a.w.).  So bak por mu gi rayor nyor?  alah ..just to meet my uncles, unties, nephews and nieces.  We have been away far too long, right?

Sebelum tidur ..kami menunaikan solat isya lah.  Solat subuh di masjid masih menjadi target dalam ingatanku  lagi.  Hari Raya kedua ..giliran saya berlakon sebagai  tuan rumah ..  habislah pitih aku kali ini ..  mak dio ..wak turun duit rayor 2 rial 2 rial tu..  aduhai ... [inilah nikmat jadi org tua].

Sekian.

wasallam.  Happy Raya every body.

2 comments:

  1. NK said...

    Happy Raya! Enjoy reading your blog

  2. sazali said...

    Thank you. Happy Raya to you too. Kelik bonggor tahun ini?

Post a Comment