Kuasa Tuhan

Posted by sazali

Salam.

Orang orang tua bilang 1-2-3 .. bahawa manusia merancang, tuhan berkuasa menentukan.  Ini terkandung di dalam kalimah toiyibah "La ilah ha ila llah .."  bermaksud Tuhan maha kuasa , manusia tidak ada kuasa apa-apa pun.

Bukti -bukti saya mengatakan begitu:

(i)  dua manusia bergelar ..lelaki dan perempuan.  Mereka mendirikan rumah tangga secara islamik.  Walaupun mereka mahukan anak (zuriat), tuhan yan menetukan semua ini.  Ada orang badannya sihat ..berlari laju macam Hussein Bolt . makan multivitamin macam macam .. .tetapi tuhan tak mengurniakan anak-anak kepada ereka satu orang pun ..walaupun mereka berlari rata rati dunia dengan memakan ubat, ulam dan masyallah ..tak ada anak pun?

ada orang Bangladesh ..dari pemerhatian fisikal mereka , nampak jer badan mereka sudah 10 tahun tak makan .. siang dan malam ..tetapi dengan kudrat tuhan ..mereka berjaya menimang cahaya mata setiap tahun 2 orang.  Secara matematika, dari 35 tahun perkhawinan ..mereka dah dapat anak seramai bilangan pelajar satu unit kelas di MRSM PC .  Yes ..40 orang!  ajaib?  Syukur tuhan maha kuasa dengan berkat perkahwinan dia dengan 3 orang isteri yang berbadan besar ..jauh besar dari sang suami.  Ajaib?  boleh hidup dia dengan badan serupa ayat di atas.

(ii)  ada student sudah 3 hari tak makan, lembek serba serbi  dan minum pun dari batang paip masjid sahaja.  Dia tidur merempat di merata rata masjid dan surau.  Satu hari ..terpandang dia oleh arwah kak pah (Syarifah Aini) ..  arwah pungut student ini dan syukur melalui perkhidmatan sosial islamik ..kak pah ..student ini sudah melanjutkan pengajian ke menara gading dan kehidupannya sudah jauh berubah.  Ini menunjukkan ..  tuhan maha kuasa.  Student itu tak ada rancangan pun nak berjumpa dengan arwah Syaripah Aini.  Allah hu Akbar!

Banyak lagi ..  kes peristiwa berkenaaan dengan kuasa tuhan ini.  Contoh terbaik..ada ulat kecil boleh hidup bertahun tahun di dalam batu nisan di tanah perkuburan islam.  Bayangkan bagaimana tuhan menyalurkan makanan kpd ulat bertuah itu.

Subhanallah!

Sekian.

Wallahu aklam bis sawabbb

0 comments:

Post a Comment