Pengalaman mengisi borang kaji selidik evaluation itu ini projek

Posted by sazali

Salam

Kita mungkin tak jujur mengisi borang soal selidik dari pihak luar.

Bukan setakat pelajar-pelajar sahaja yang mungkin  tidak jujur .. orang orang yg matang pun tidak jujur.

Kita lokek dengan 'masa' kita.  Sebab nak mengisi borang memerlukan masa .. baca, fikir dan jawab.  Payah ini ..  orang kita lokek sedikit dalam bab 'memberi masa untuk faedah orang lain.'

2)  kalau menderma duit .. rasa rasa lebih ramai lagi bangsa melayu yg pemurah tetapi dalam aspek mengisi borang pelajar masters/ Ph.D / penyelidikan .. kita teramatlah lokek.

Maaf.

3)  Bila kita lokek .. kita jawab .. pakai bantai sahaja. Akhirnya..kualiti penyelidikan tidak tepat dan tidak membawa apa-apa makna/ kesan kpd masyarakat luar.

4) saya menulis benda alah ini kerana saya membaca cara kerajaan Singapura menilai guru guru sekolah rendah mereka.  Masyallah!  Singapura punya borang mengeluarkan data yg ada nilai validity dan reliabiliti yg tinggi. Cara mereka membina borang dan mendapat kerjasama ..mengalahkan sistem prestasi guru guru di Amerika Syarikat.   Mengapa?  guru guru Singapura ..  mempunyai disiplin yg tinggi dan sayang etika kerja perguruan mereka.  Mereka mengisi borang kaji selidik dengan cermat.  Tanggungjawab ..mereka kata!  tanggung jawab bersama.

5)  Di sini walaupun majoriti guru mendengar khutbah jumaat setiap minggu,  30% guru wanita mendengar program agama dari TV berbayar atau pun tidak ..  sikap kita mungkin  achuh tak achuh.  Saya kadang-kadang tertanya pada diri ini .. apakah yg menyebabkan kita nampak nak laju sahaja.  nak kata Umur muda, ..wajah masing masing nampak dah berkerut dahi, ...tanda umur 40 - 60 tahun sudah.  Nak kata ..suami ?  ramai guru guru melayu sudah berumahtangga.  /Oleh itu .. saya tertanya-tanya ...  apakah yg sebenarnya berlaku dlm diri kita secara individu, kelompok guru dan seterusnya masyarakat melayu  .. kito lorak nok gi manor?  why the rush? what  the rush?  Resoh jah!  resah gelisah?

6)  Dulu kita sibuk nak jadi guru, pensyarah, pegawai kerajaan ...  bila dah dapat ..  lain pulak jadinya/  tak takut ker ...  bila tuhan tanya ...mu lorak nok gi manor tu?  Maaf saya memberi jawapan .. simple jer ...may be iman kita  terlampau nipis/ tohor //kita tahu macam macam .. .. tetapi sayang kurenggg mengamalkannya.  Ikhlas dalam perkhidmatan?  he..he..  ikhlas ini terlampau jauh untuk diukur.  Kita kena berusaha keras kearah kualiti iman masing-masing.

Apa itu iman?  Cucu saya yg paling senior ialah iman s( ).  Bukan nama anak atau nama cucu dlm konteks di sini.

Iman is ..  kita takut kat tuhan.  Tak nampak tetapi kita tahu ..  Allah perhatikan kita .

Iman ada kaitan dgn takwa kita kpd tuhan.

So oleh itu ..sempena bulan baik, hari pun baik , lagi pun gaji untuk beraya dah masuk dan habis ..  elok kita kita fikir dengan serious ..adakah kita jujur dalam kerja buat kita masing-masing.  Jangan lokek dengan masa kita.  Berilah masa kita untuk kebaikan orang lain sekali sekala.  Jika pelacur dapat masuk syurga (cerita pelacur dengan anjing dahaga di Gurun Sahara) kerana sifat ikhsan Allah kpdnya .. saya khuatir tuhan tersangatlah murka kepada kita guru ... tok ser we maso isi borang penyelidikan pelajar-pelajar.  Ayah ibu adalah guru kpd anak anak kita sendiri.

Janganlah lokek kawan-kawan.  Tidak kasihankah .. ada pelajar memberi 100 keping borang kaji selidik .. kpd para -para guru tetapi selepas seminggu dua .. dia hanya dapat mengutip data dari 28 orang guru sahaja.  72 guru adalah berstatus LOKEK @ kedekut. Tak kasihankah kita kepadanya?  Dia pun nak bekerja juga satu hari nanti.  Mereka nak khawin , beranak pinak macam kita jugak. Ingat tak nilai-nila mulia, jujur, simpati, kasihan belas yg selalu pihak KPM / JPA war war kan itu. Kasihanlah sedikit kpd pelajar pasca siswazah ini semua?  Bagaimana jika pelajar itu merupakan anak tuan puan sendiri?  Sudah tentu ..  kito mureh.

Ayuh ..kita seharusnya berbuat sesuatu ..  agar mati kita esok ..kita tidak akan menyesal sedikit habuk pung.  Mengikut Tuan Guru Nik Aziz ..  orang kedekut ... tak kan berbau syurga ..apatah lagi memasuki syurga Allah ...

Sekian.  Maaf jika tergoreh hati mu .. wahai kawan. Mengikut laporan ..hasil kita mendidik anak anak orang lain selama ini.. prestasi matematik dan sains terutamanya semakin jatuh ..  Bak por agok-agoknya?  Bendo motivasi ini bukan setakat di masjid-masjid tetapi .. kalian telah dibawa ke resort , hotel, gunung ganang bagi  membaiki prestasi individu dan organisasi  ..   so ..  why oh earth is the performance of our 15 year old + is getting worse and worse?  Kito duduk di tangga 39/44 buah negara di dunia.  Jom kita samo samo fikir dan renung sejenak.  TQ.
Wasallam.  

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.  Maaf Zahir dan Bathin!  duit rayor cikgu?


0 comments:

Post a Comment