Jika ada rezeki adalah wahai anak-anakku ..

Posted by sazali

Salam

Selalu kita bicara tentang topik 'rezeki'.  Selalunya ..orang kita fikir rezeki ini adalah wang ringgit semata-mata.  Tetapi kalau kita belek-belek kitab-kitab lama seperti Bimbingan Mukminin  ..rezeki lebih dari itu.

Ia termasuk:

(i)  isteri / suami yg baik, diredhai oleh Allah
(ii)  kesihatan yang baik
(iii) anak-anak yang taat setia kpd ibu bapa
(iv)  alam pekerjaan yang harmoni
(v)  set set rakan sepejabat yg memahami jiwa kita dan juga orang orang kampung yg boleh bertolak ansur dengan kita
(vi)  otak yang cerdas / pandai/ pintar/ cerdik/ pandai
(vii)  cakap tak gagap; gaya cakap macam air terjun sahaja ..alhamdulilah;  org boleh bercakap begitu kerana otaknya laju, cerdas ..
(viii) sifat anggota yang sempurna;  kaki 2 ; tangan 2; sama panjang dan sama tinggi; berjalan macam org lain jugak ; tidaklah ..tinggi sebelah/  semua rezeki dari Allah
(ix)  pak dan mak mertua dan ipar-ipar duia yg baik baik
(x)  pengalaman yg luas ..  dunia ilmu dan dunia akhirat

Banyak lagi tetapi cukuplah setakat itu.

Jom kita sentuh sub-topik anak anak yg cerdik.

Jika tuhan mengurniakan kau anak anak yg cerdik , baik budi bahasa .. itu pun sudah merupakan satu nikmat rezeki yg besar dari tuhanmu.

Mereka akan taat pada arahan-arahan mu.
 Mereka akan faham keadaan kamu sebagai ayah/ibu.  Mereka tak payah pergi tuisyen sana dan sini.  Sakit badan kita jika semua subjek kita nak hantar anak anak ke tempat tuisyen.  Fikirlah sekolah menengah ada 11 subjek ..   agama islam 1 subjek..  mmembaca quraan bertajwid 1 subjek .. 13 subjek , 13 tempat tuisyen kita nak uruskan anak anak kita pergi tuisyen.  Satu hari Ok ..tetapi kalau 2 tahun berturut=turut ..  besar kemungkinan anak kita berjaya tetapi ..kita akan mati keletihan pandu kereta ke sana sini.  Kejar masa, kejar duit dan kejar tuisyen masters.  Penat nya! 
Mereka tidak akan terlibat dgn dadah dan ..lain-lain lagi.

2) Bila ini berlaku, banyak wang telah kita selamatkan.  Jika anak terjebak dgn wabak dadah ..  duit setinggi Gunung Ledang , Johor pun akan habis.  See?  Bahaya dapat ketagih dadah.

Bila dapat dadah, ketagih dadah payah sangat sangat nnak ubati.  Kawan-kawan kita bukan jenis yg tuhan sayang pun.  Mereka contact kita untuk dapatkan wang, wang dan banyak lagi wang dari kita.  Balasan ialah 2 gram dadah, 12 gram dadah, 120 gram dadah dan .. seterusnya kita rebah dan mati.  Yes MATI tuan hamba.

So bersyukurlah kpd Allah Dia mengurniakan anda anak anak yg bijak, cerdik dan ada pikir agama.  Ada anak pikir agama .. kita sudah dapat RM1000 dalam rumah kita sebulan.  Jika dapat 6 orang anak ada pikir agama .. kita dah ada ..RM6000 sebulan dalam rumah kita.  Why?  banyak benda tension kita sudah berjaya atasi.

tanpa pikir agama, anak anak kita akan bersosial siang dan malam.  Semua jantan dia pungut bawak balik rumah.  Payah tuan hamba.  Why?  anak tak ada pikir agama.  tak ada pikir halal dan haram.  Nak duit jer yg dia tahu.  Kasihan kita.  Cepat Mati tuan hamba.  Memikirkan mereka.

See?  tuhan banyak dah beri kau rezeki.

Alhmadulilah.

Sekian.

wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment