Why semua benda kena laju dan lebih laju

Posted by sazali

Salam

Sekarang semua aktiviti manusia kena berjalan dgn kadar laju.

Bayar hutang kena laju/ jika tidak denda. Mahal denda Bank/ Ah Long.
Bayar tandas kena laju / jika tidak .. ramai org kat luar mahu guna tandas juga.

Belajar kena laju. Buat PhD 3 tahun jer ..belajar dgn laju. If slow ..katakan 4 tahun ..boleh belajar tetapi tidak ada elaun dan gaji pun kena potong.

Buat susu, kocok botol susu pun kena laju jugak ... kerana baby sedang mennagis melolong nak minum susu.

Layan ibu pun kena laju kerana ...ibu mahu masuk shift petang jam 200 ptg mesti ada di kilang ..tetapi awas ..Nabi Besar kita Nabi Muhammad s.a.w tidak suka ..kita buat laju laju dgn sang isteri .. sebab biology isteri mencapai titik optima/maksima 'happy happy happy lo ' lambat sikit dari lelaki. Rujuk Kitab Ilya Ulumiddin Volume 4. Topik : bergaul dgn bini. he..he.. laju laju laju. Baca kitab pun laju kerana .. banyak benda lagi nak settle laju laju.

Layan ibu bapa kita sendiri pun kena laju. Hantar duit poket bulanan pun kena laju nanti depa labelkan kita 'PTB' penyakit takut bini.

He..he..

Bawak kereta pun laju .. atas PLUS Highway .. hinggakan ada lori treler masuk gaung dan terus jumpa Allah dgn kadar laju. Semua tren tarik lori, kereta jika ada accidents tiba-tiba mereka laju dah sampai dahulu dari polis dan ambulan. Laju laju dealings dgn mereka..tarik tarik kereta ..billings tinggi dan laju laju mati kan diri.

Buat matematik homework pun kena laju kerana time cuti ..pun SBT kasi homework tak padan dgn saiz tubuh pelajar tingkatan 1 hingga 5. Anak saya balik cuti ..payah nak ajak dia ziarah org org kampung kerana dia kata ".. kena buat homework laju laju ni ..abah .. banyak sangat homework SBT ini abah... esok nak kejar bus TRANS laju laju .."

Ada org sakit dalam hospital Klang mati tiba-tiba ..kerana .. nurse cucuk mereka laju laju .. bacaan millilitre di baca sebagai liter. Mampus pesakit tua itu laju laju. Org kat luar ward main buai laju laju jugak. Mana ada org mau main buai slow slow tak bergerak mana mana pun. Tak thrill kata mereka.

SEmbahyang pun laju laju. Pray ASar jam 0700 ptg. Kena pray laju laju ..sekejap lagi masuk dah maghrib. Laju laju ..warna langit merah akan jadi warna hitam. laju laju.

Makan malam pun kena laju laju kerana Berita Perdana jam 0800 dtg laju laju. Dato' Seri Najib pun nak bagi macam macam duit bantuan ..laju laju supaya rakyat sedar kita akan selesaikan masalah mereka rakyat laju laju ..time PRU13 sudahh hampir sangat dtg . Laju dan laju. Ambik cepat cepat bantuan kerajaan ..cepat cepat, laju laju. Nanti BN berubah hati. Maklumlah cuaca pun berubah dari langit indah kpd hujan lebat turun laju laju bersaiz besar macam batu ice .. pecah kepala kita laju laju.

Saya taip benda ini laju laju ..takut takut .. bila studenst datang tanya sesuatu mathematik , idea saya hilang laju laju.

O yer .. nak tanda ..assignment mereka pun kena tanda laju laju kerana .. mereka dah biasa budaya laju laju ini. makan laju , bawak motorsikal pun laju laju .. sampai universiti ..tiba-tiba semua blok fakulti tutup berkunci rapat. Check punya check.. pak guard dan mak guard kata hari ini cuti prof. Ha..ha... ada kerajaan kasi cuti kes malaysia menang lawan bola indonesia .. 1 hari cuti. laju laju.

Adush ..gitu lah lagu nya. Laju laju.

Sekian. Wallah huaklam. Sudah buat surat wasiat .. tinggal apa kat anak , harta kita bahagikan dgn adil? buatlah secara laju laju laju kerana sudah ada kawan kawan saya mati laju laju jugak.

0 comments:

Post a Comment