komen keputusan peperiksaan spm 2011

Posted by sazali

salam.
Tahniah kepada pelajar, ibu bapa n guru guru yang telah berkurban demi keputusan peperiksaan spm yg cukup cemerlang. Syukur kepada Allah yg Maha Esa.  Alhamdulilah.

Mengikut laporan akhbar, keputusan peperikssan kali ini semakin cemerlang dari tahun sudah. Statistik gred pencapaian GPN (gred purata Nasional)  makin mengecil dari angka 5.19 kepada 5.04.  Syabas!

Mengikut kefahaman orang orang kampung, jika jurang kecemerlangan pelajar pelajar pintar dengan pelajar sederhana semakin mengecil menandakan bahawa proses belajar dan mengajar di sekolah sekolah semakin mantap dan teramat berkesan. Disebabkan inilah pihak pengetua sekolah, pejabat pendidikan daerah dan pejabat pendidikan negeri mula seronok dan semakin seronok.  ini melambangkan bahawa program diagnosis dan pemantauan bagi setiap subjek adalah cukup berkesan dan cemerlang.
walaupun begitu, kejayaan ini memberi implikasi bahawa ppsmi (Pengajaran Pembelajaran Matematik Sains dalam Bahasa Inggeris) adalah efektif dan turut cemerlang juga. Ini kerana pelajar pelajar spm 2011 adalah anak anak didik di bawah program ppsmi sejak mereka berada di sekolah sekolah rendah pada tahun 2003 lagi. Setelah pihak kerajaan membelanjakan hampir 2 bilion ringgit malaysia , nyatalah kos yg banyak ini telah menghasilkan kejayaan yg terbaik sejak 5 tahun yang lalu. Oleh itu ppsmi sepatutnya d kekalkan sekarang dan tahun tahun seterusnya kerana ia memang membuahkan hasil terbaik. Persoalan pertama masyarakat negara ini termasuk penulis yang kerdil ini ialah mengapa p.p.s.m.i dihapuskan pada tahun 2011 bilamana hasil hasilnya sedang dalam proses mengeluarkan keputusan spm terbaik pada tahun 2012?

Bukankah ini satu benda yang tersangatlah pelik dalam sejarah pendidikan negara ini? Pada satu pihak kita kata ppsmi merumitkan(menyukarkan) kefahaman matematika sains dalam bahasa inggeris dalam kalangan pelajar pelajar dan pada masa yang sama semalam (kelmarin) warga guru, sekolah, kementerian pendidikan malaysia sedang melompat lompat gembira meraikan kejayaan pelajar pelajar yg sama memperolehi prestasi spm 2011 yang semakin mantap dan cukup menyakinkan.

Sebenarnya proses pendidikan adalah satu cabang bisnes.  Ramai ibu bapa melaburkan wang yang banyak setiap bulan dalam membekalkan kualiti  pendidikan terbaik untuk anak-anak. Oleh yang demikian,  Dalam dunia bisnes , keputusan yang d ambil menghapuskan PPSMI - cukup tragis dan mengelirukan? Stail pengurusan dan berfikir ini payah       nak diterjemahkan oleh ramai rakyat jelata. Adakah stail ini jugak menimpa syarikat Malaysia Airlines(MAS) yg mana telah menanggung kerugian RM 2 bilion baru baru ini? Maka matematik mengatakan kita dah rugi 4 bilion ringgit malaysia dalam tempoh setahun ini.
pelik kan atau tuan hamba raso guano?

Sekian.
Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment