Malam jumaat kita beramal banyak-banyak

Posted by sazali

Salam.

Syukur kita d panjangkan umur. Dapat lagi kita hidup dlm malam jumaat yg mulia ini. Sebenarnya Allah sayangkan kepada kita .. Allah mahu makhluknya membanyakkan amal d waktu malam yang tersangat mulia begini yg datang hanya sekali dalam seminggu. Amalan yang sangat mulia kita lakukan ialah membaca Surah yaseen dan menghantarkan sebanyak-banyak mungkin salawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.%

setiap huruf d baca al quraan itu, d kurniakan kepada kita 10 hasanah. Jika kita baca surah yassin malam ini paling minima pahala hasanah ialah sekitar (83 ayat * 10 huruf setiap ayat * 10 hasanah) = 8300 hasanah. Alhamdulilah. Jika d tambah dengan zikir salawat nabi ".. Allahuma soleli ala muhamad WA ALA ALIHI sayiddina MUHAMMAD" , setiap salawat itu MAKA ALLAH AKAN HANTAR PADA KITA 10 SALAWAT. Beruntung besarlah kita . Jgn miss beramal malam jumaat tuan hamba. Insya allah selamat KITA.

Selain dari amalan-amalan seperti membaca Al-Quraan .. orang-orang alim juga menggalakan kita bermesra dengan ahli-ahli keluarga. Contohnya .. antara suami dan isterinya. dalam satu hikayat para sahabat bertanya ".. ya rasulullah .. adakah perbuatan menghampiri isteri itu satu amalan mulia yg membawakan pahala Ya rasulullah ... ? maka jawab nabi ... bagaimana pula jika tuan hamba menghampiri zina / maksiat. Bukankah itu membawa kepada dosa yang besar? Maka jawap para-para sahabat .. memang ..zina adalah satu perbuatan terkutuk ..dan membawa dosa yang tersangat besar.

maka begitulah ..jika kita ..lakukan .. 'persetubuhan ' dengan isteri kita pada malam jumaat. Orang alim sangat menuntut kita lakukan ini .. sebaik-baik mungkin. Malam jumaat? Maka .. kita akan mendapat pahala yang besar.
"

Begitulah cantiknya ..ajaran dan amalan agama kita umat nabi muhammad s.a.w. Rugi sangatlah kita jika malam begini kita buangkan masa dengan 4 aktiviti lain seperti:

(i) mengeteh di kedai Mamak dari jam 0900 malam hingga 0300 pagi
(ii) main facebook dengan orang afrika rambut kerinting gila , kusut
(iii) menonton TV perlawanan bola sepak ulangan dari ASTRO
(iv) berbual kosong seperti membesar-besarkan nilai kereta BMW, MERZ yg tak termampu kita beli pun sampai bila-bila.

Aktiviti-aktiviti di atas jika tidak dikawal ..boleh menyebabkan kita miss sembahyang subuh pada pagi-pagi jumaat keesokan harinya.

Jom oleh itu .. marilah kita kurangkan masa kita menjalankan aktiviti yg tidak menguntungkan kita dunia dan akhirat.

Tetapi apa yg saya tulis ini .. saya yakin ..dapat kita amalkan jika mata hati kita terang dan kuat kukuh selama-lamanya. Mata hati ini lah dipanggil 'iman'. Jika iman kita kuat .. semua amalan agama senang dibuat. Dengar azan yg jauh dan sayup sayup pun kita sanggup .. menunaikan solat .. berjamaah. balik dari masjid kita mampu beri tazkirah kepada isteri dan anak-anak di meja makan waktu bersarapan pagi. SEmua ahli rumah sama-sama mendapat faedah agama. Tetapi bila 'iman' kita lemah .. suara azan tepi rumah kita pun ..tak termampu kita sahuti dengan baiknya. Rugi besarlah kita. Muga-muga Allah kurniakan kita semua 'iman' yg sejati yer Tuan Hamba? Ameen.

Sekian.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment