MAIJ

Posted by sazali

salam

Tadi saya kesempatan membaca kertas kerja MAIJ majlis agama islam johor pasal ..  islam, pentadbiran islam, tubuh islam, enakmen islam, religious tourism dan macam-macam lagi.

Mula-mula seronok jugak baca itu dan ini tetapi lama kelamaan .. saya payah nak faham isi kandungan kertas kerja tersebut.  Keadaan ini berlaku bila mata saya terpaksa membaca baris yg sama 2 atau 3 kali baru mula faham,  Mengapa:

(i)  isi nya terlalu akademik
(ii) orang biasa payah nak faham lah. Macam ustaz kampung, belia kampung, pak guard, mak guard, nurse, bidan kampung,  guru sekolah yg sudah masuk zon umur 55 ke atas
(iii) institusi masjid kejantanan  -apa itu?  masjid dibina sesuai org lelaki sahaja bukan sesuai untuk org org perempuan beribadat.  Mengapa pulak?
(iv)  istilah dalam kertas kerja itu banyak menggunakan istilah barat seperti enakmen, provokasi, proaktif, visi dan misi, LONDON, UIA
Kenapa tak tulis menggunakan istilah melayu biasa supaya org org kampung boleh faham dan amalkan terus secara otomatik. Senang dan habis cerita.   Betul tak?

Agama islam adalah satu agama yg mudah.  Senang faham dan senang amalkan.  tetapi jika ustaz MAIJ menulis ditujukan khas untuk org org ilmuan sahaja .. sayang lah ..  mesej tidak akan sampai .. yg penting .. kita mahu semua peringkat umur pembaca faham mesej kita dan terus mengamalkan.  Bukankah begitu ustaz wei   .. weiiiiiiiiiiiiiiiiiiii      lok?

Sekian.  Maaf jika lenggok  bahasa saya tidak seindah tulisan ustaz ustaz MAIJ.  He..he.. saya org biasa sahaja dlm bab bab agama dan amalannya.

Wasallam.

wallhuaklam.

0 comments:

Post a Comment