Buat kawan

Posted by sazali

Salam.

Kebanyakan manusia suka hidup berkawan tidak kira bangsa, keturunan dan agama. Tetapi selalunya dalam dada akhbar , kita baca dan lihat banyak pertumpahan darah dan kehilangan harta benda yang banyak. Mengapakah perkara ini berlaku?

Terdapat 2 sebab terjadinya bencana di atas:

1) tidak ambil tahu perasaan hati kawan, jiran tetangga

Di malaysia, kita hidup berbilang bangsa. Setiap bangsa mengamalkan adat dan budaya masing-masing. Jika mahu kekal kehidupan yang aman, hendaklah kita berbaik-baik, bermanis muka sesama jiran tetangga dan sahabat handai. Contoh yang senang diamalkan ialah ziarah tetangga yang sakit terlantar di hospital, saat mereka menyambut cucu yang baru dan lain-lain lagi. malaysia mengamalkan sedikit sebanyak perkara ini - bantuan ke Acheh 2004 selepas jiran kita ditimpa bencana tsunami. Banyak juga sumber makanan dan pakaian yang telah dihulurkan oleh pihak kerajaan Malaysia. Bantuan Pelestin satu lagi contoh yang baik.


2) suka dan bersedia mendengar berita gembira atau tragedi yang dialami oleh kawan-kawan

Sifat suka mendengar/ tadah telinga nak dengar ini jarang sedikit diamalkan. Di dalam setengah-tengah tempat , kita suka hidupkan sifat 'kau kau , aku aku ; kubur kau kau jagalah , dan kubur aku , pandai-pandailah aku jaga .. apa kau khuatir?' Begitulah nada .. sumbang yang selalu kita dengar .. berlaku disekeliling kita. Disebabkan sifat dan amalan inilah ..kadang-kadang semua perabot rumah kita di Taman Perumahan lesap begitu sahaja apabila 2 3 buah lori 5 tan datang dan mengangkut harta karun kita tanpa disedari oleh tuan punya diri dan jiran tetangga. Alangkah ruginya ya? Mungkin kecurian itu dapat dielakan jika kita ubah sedikit perangai buruk kita itu.

Oleh itu jom ayuhlah kita .. ambil balik ..sifat cakna .. suka berkongsi-kongsi saat kita gembira bersama-sama jiran tetangga dan apa tahu apabila kawan-kawan kita dilanda musibah dan bencana. Muga-muga kita dapat hidup aman damai dan berbahagia. INi adalah ajaran Islam yang suci dan murni. Indahnya .. akibat jika kita sama-sama amalkan dari umur muda hinggalah kita tua.

Ameen.

wasallam. wallahu aklam.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment