Ingat ..kita nak dagang jugak di dunia ini

Posted by sazali

Salam

Today saya diminta memberi sedikit tazkirah untuk fakulti. Masa hanya 15 minit sahaja.

Tajuk "Musafir ... tidak ingat kah kita bahawa kita musafir di sini?"

Saya beri contoh kita belayar/ bergerak dari satu tempat ke destinasi kita menaiki sebuah keretaapi. Di dalam gerabak keretapi. Apa yang boleh kita buat di dalam gerabak keretapi? Tidakk banyakkan?

Begitulah kita di dunia ini. Sampai masa kita akan diminta turun dari gerabak jugak. Time mati lah itu. Apa apa pun kita terpaksa meninggalkan segala harta benda kita, keluarga dan anak-anak tercinta, ..., sijil PMR, SPM, Diploma, Degree, Masters dan PhD; sijil gran tanah kebun, dusun; geran rumah ; sijil saham ASB .. kad ATM, kad-kad kredit , kereta wira ..., bil api, bil air, bil celcom, .., banyaknya bil kau .. apa yang kita akan bawa?

Betol. Hanya amalan agama kita sahajalah. Doa muga-muga Allah redha kepada kehidupan kita di dunia ini. sampai masa kita terpaksa pergi.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w "
Orang pandai antara kamu ialah orang yang banyak mengingati mati dan membuat persiapan untuk itu. " Hadith.

Sekian,. Muga muga tazkirah itu membawa perubahan pada diri saya terlebih dahulu. Ameen.

0 comments:

Post a Comment