Kritik sedikit selepas 27 orang Thailand maut di Cameron Highlands Malaysia

Posted by sazali

Salam.

Dua hari lepas kita dikejutkan dengan tragedi - 27 maut - mayat bergelimpangan di jalanraya - Cameron Highlands.

Mengapa ini semua?

2) Hari ni ada orang katakan bahawa bas 2 tingkat tidak sesuai dipandu di lereng-lereng bukit macam Cameron HIghlands dan Genting. yang hairannya ke mana perginya orang-orang yang seharusnya memikirkan perkara ini terlebih dahulu (agensi-agensi kerajaan lah)?

Bila datangnya tragedi sedashyat ini .. macam-macam orang kata itu dan ini. Penguatkuasa Jalan Raya; JKR (Bahagian Jalanraya); POLIS PDRM; PLUS; - jika sensitif benda-benda macam ini sudah tentu - dah pasang pegawai-pegawainya - memantau aliran arus trafik naik turun dari Kuala Lumpur menuju Genting Highlands atau Ipoh ke Cameron Highlands. Jika mereka ada .. kat pintu masuk dan keluar .. dan memantau .. jenis-jenis kenderaan yang ada - saya percaya sudah tentu banyak kemalangan dapat dielakkan.

Tetapi di negara Islam, kita cepat menerima hakikat .. 'kalau sudah takdir ..apa boleh buat '.
JIka dah ditakdirkan dia nak mati .. kita buat macam-macam pun ..dia akan mati jugak. Kalau tak mati ..dari bas 2 tingkat ..dia akan mati jugak .. macam-macam mana pun.... ITULAH Hakikat dunia muslim kita seluruh dunia. Tidak payah buat apa-apa , punch kad 0800 pagi .. tubuh kita .. dok kat lain... ramai orang bincang macam-macam dekat kedai kopi ..tetapi entah berapa ramai bincang .. sekarang hujan oooo .... macam mana jalan raya kita ni .. banyak bas dipandu terlalu laju ... apa kita hendak buat ni?

Itu jer lah .. penulisan saya kali ini.
Wallahu aklam. Maaf.

0 comments:

Post a Comment