Faedah melawat keluarga terdekat meninggal dunia

Posted by sazali

Salam.

hari isnin yang lepas Tuhan memberi saya sedikit hidayat dan kelapangan untuk melawat ..tanah pusara arwah sepupu saya NORDIN MD NOR. Alfatihah.

2) Terdapat TIGA faedah terbesar dari lawatan tersebut:

a) memberi kita sedikit keinsafan bahawa satu hari nanti .. tempat ini juga lah tempat di semadikan untuk selama-lamanya. Tidak kira hebat tahap sosio-ekonomi kita, pelajaran kita samapai ke hujung atap pun .. kita fly AIR_ASIA, MAS, QANTAS, SINGAPORE Ailines ker .. satu hari .. di sini jugalah tempat kita .. disemadikan.

b) patut kita buang jauh-jauh sifat bongkak terhadap Allah Pencipta Alam. bongkak terhadap nikmat yg dikurniakan oleh NYA. kita boleh tahu kita bongkak apabila ada 5 benda dalam hidup kita: banyak masa kita lalai dalam urusan duniawi .. melenggah2kan solat 5 waktu, melenggah2kan bertaubat nasuha, sombong kepada orang tua kita emak dan ayah, sombong kepada orang disekeliling kita, kedekut memberi derma kepada orang-orang yang ditimpa kecelakaan dan akhirnya .. bercakap besar bahawa KITA saja lah yang paling kaya, paling pandai, paling berkuasa, .. dan macam2 ..sifat FIRAUN dan KARUN .

c) Allah ampunkan dosa kita sejak kita keluar dari rumah menuju ke tanah perkuburan tersebut. Maha Kaya kau YA ALLAH

Sepanjang pemanduan saya dari Johor, Kelantan dan Kuala Lumpur .. saya tidak putus-putus membaca Al-Fatihah kepada arwah ayah Hj Khalid Muhammad, arwah NORDIN MD Nor, arwah arwah nenek hajjah Che Esoh Che Mat, nenek Sofiah , arwah ayah long Hj Md NOR IDRIS, arwah nenek Fatimah di Pasir Puteh, arwah Hj Zakaria di Gong Manok, Semerak dan arwah pak mertua saya Hj Jaafar Muhammad di Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor.

Saya tidak boleh lupa jasa bakti mereka semua mengajar saya membaca Al-Quraan dan adab susila budaya melayu islam sejak saya kecil-kecil lagi hinggalah dewasa. Hadith: Bukanlah kamu golongan ku ..jika kamu tidak berupaya merendahkan sayapmu .. kepada kedua ibu bapa mu, menghurmati guru-guru Al-Quraan mu, dan menyayangi kanak-kanak muslim dan muslimat. Mut tafakun ..ali hih.

Sekian. Wasallam.

0 comments:

Post a Comment