Sifat malas dan malaspsikologi

Posted by sazali

Salam

Saja nak beri kesedaran kepada saya saja ini. dah lah tua malas pulak tu.



Saya mengambil masa yang lama membaca beberapa buah kajian dari UPM (R-Univ) berkenaan dengan impak ICT ke dalam PnP di sekolah dan IPG dalam membincangkan amalan pnp matematik sains dari tahun 2000 hingga 2010. Antara kebaikan ICT ialah:

· Words - mampu membina kertas soalan dan nota; boleh kitar semula
· Excel – mampu memproseskan markah ujian dan peperiksaan; simulasi
· Database – mampu menyimpan rekod setiap pelajar mengikut kelas dan kursus
· Power-Point – mampu membentangkan hasil kajian kepada umum PIBG ataupun makmal sains
· Internet – www - mampu mencari bahan informasi bagi pelbagai topik penting sains dan matematik sesuai dengan logo ‘ Ilmu di hujung jari anda’.

Panjang juga hasil laporan tersebut. Tetapi mata saya focus kepada satu paragraph terakhir dalam laporan tersebut yang menyebut .. sikap guru yang tidak mahu berubah cara pengajaran mereka kepada pelajar-pelajar. Walapun pihak kerajaan (BN) telah membekalkan computer riba kepada guru sains dan matematik sejak tahun 2003 – 2010, masalah sikap segelintir guru masih berada di takuk lama terutama guru yang berada dalam zon 40 ~ 58 tahun. Mengapakah ini berlaku?

Saya cuba menggunakan enjin internet google untuk mencari links bagi perkataan ‘malas’. Terdapat lebih dari 100,000 links bagi istilah malas kesemuanya. Marilah kita lihat mengapa setengah-tengah guru malas berubah atau sindrom ‘malaskologi’ ini. Antaranya ialah:

· Kurikulum dan silibus yang tidak membantu penggunaan ICT secara praktikal
· System pendidikan yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata
· Infrustruktur dan lokasi sekolah
· Komposisi gender di kalangan guru dan murid-murid
· Jumlah pelajar di dalam sesebuah sekolah bantuan kerajaan
· Frust (kecewa). Frust cinta; frust tidak dinaikkan pangkat; frust tidak dinaikkan gaji; tidak Berjaya jadi GC, tidak Berjaya memperolehi sebarang anugerah khidmat cemerlang; frust berpolitik, kesan bercerai hidup dan lain-lain yang membawa kepada tercetusnya masalah ‘frust’. Muka guru frust?
· Masalah peribadi seperti sesuatu kes mahkamah yang belum diselesaikan lagi– hutang terlampau banyak
· Sifat takut memetik sebarang kunci dari atas papan kekunci dan serba takut mencuba (Marzita Puteh, 2003)
· Sifat malas guru itu sendiri yang telah terbentuk sejak alam kanak-kanak lagi.
· Sikap berdengki antara guru
· System Gaji yang sama sama ada anda aktif menggunakan ICT atau pun tidak
· kurang penghayatan agama.
· Konsep smart living yang disalahertikan sebagai ‘ kerja sedikit’ tetapi habuan sebanyak yang mungkin. Mungkin simpan tenaga untuk tugasan lain selepas waktu sekolah/ politeknik/ kolej komuniti/universiti/pejabat/organisasi.
· Take things for granted ; jawatan kerajaan adalah jawatan tetap dan berpencen sepanjang hayat

Rumusan dan cadangan pembaca

ICT mempunyai banyak kebaikan untuk warga sekolah. Para guru boleh lagi ditingkatkan keupayaan mereka bekerja jika system jawatan tetap dan berpencen diubah segera contohnya kepada system jawatan guru dan emolument yang sedang dipakai di England dan eropah. Di sana, pihak sekolah diberi mandat sepenuhnya merekrut dan membuang mana-mana guru mengikut piawai (rubric) yang telah digariskan oleh pihak LEC (Local Education Council). Jika budget negara kurang maka dengan sendirinya budget sesebuah sekolah dikurangkan. Maka bilangan guru yang mengajar di sesebuah sekolah boleh dikurangkan sehingga 25% contohnya. Dengan cara ini semua guru akan berusaha mengambil kesempatan untuk meningkatkan kebolehan PnP masing-masing sama ada menggunakan ICT ataupun tidak sepanjang masa hinggalah ke umur pesaraan wajib. Ini dilakukan kerana orang berkerja membawa prestij kehidupan yang tinggi di dalam masyarakat di sebelah sana. Guru-guru yang mencari pekerjaan sampingan seperti tuisyen dan MLM termasuk agen insuran dan kereta terpakai boleh juga dikurangkan bilangan mereka secara objektif. Oleh yang demikian, stail hidup guru akan berpijak atas bumi yang nyata iaitu cara hidup sebenar seseorang pegawai kerajaan berjawatan guru/ pensyarah. Rezeki pun banyak yang halal dari perspektif Islam.

Sekian.

0 comments:

Post a Comment