Berkawan biar beribu bermusuh jangankan satu

Posted by sazali

Salam

Lama tidak menulis di dalam blog ini. Musim hujan , maklumlah .. senang dapat demam dan selsema. He..he..

2) Semasa ketiadaan saya , alhamdulilah melalui FB saya dapat kembali 10 kawan-kawan lama saya di Grantham College of Further Education, Lincolnshire, England. Grantham ialah sebuah pekan kecil 35 minit dari Newark dan 45 minit dari bandar Nottingham. Grantham adalah tempat lahir Sir Issac Newton. Kami di sana melanjutkan pelajaran di peringkat GCE 'A" levels dan OND Engineering. Batch pertama ialah 20 orang pelajar tajaan KPM.

3) faedah berkawan ialah : seronok sembang-sembang dalam FB ..pasal cerita-cerita lama. Alhamdulilah boleh dikatakan kebanyakan student Grantham berjaya .. dalam karier masing-masing. Ada yang menjadi Remisier, Pensyarah Universiti, Guru Kanan Matematik, Ahli Perniagaan Korporat dan macam-macam lagilah.

Faedah lain ialah bila hati kita dah seronok, gembira dan ceria, insyallah , umur kita mungkin Allah panjangkan sedikit masa lagi. Masalah utama orang-orang yang mati mengejut ialah (mengikut kajian kesihatan) ialah mereka suka hidup bersendirian dari umur muda hinggalah ke saat kematiannya. Jika pembaca tidak setuju hasil kajian ini , cubalah tanya mereka yang ..tiba-tiba mati itu (laugh).

Berbaik-baik sangka sesama insan cukup dipuji di dalam islam. Bila kita berbaik sangka sepanjang masa dengan kawan-kawan kita, hidup kita sama ada personal atau perniagaan akan mula berkembang maju disebabkan bantuan 'pelincir' dari kawan-kawan di atas. Cuba kita perhatikan perniagaan orang-orang berbangsa Tiong wa dan Mamak Restoran. Tengok bagaimana mereka kawal selia pekerjanya. Kaedah utama ialah mereka mempunyai harga diri tinggi sesama mereka. Mereka jaga kebajikan kawan-kawan mereka. Mereka rekomen bisnes kawan mereka kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke kedai mereka. Dengan itu mereka sama-sama menikmati keuntungan bisnes yang berpanjangan.

Insyallah di dalam blog yang lain , saya akan menulis dari aspek 'analisa' persahabatan dengan kawan-kawan lama.

Sekian. wallah huaklam. hari nak masuk maghrib dah. Kena buat doa panjang-panjang. Murah rezki dan umur dipanjangkan oleh Allah Semesta Alam.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment