Apa ada pada nama?

Posted by sazali

Salam

Alhamdulilah, saya baru  sahaja selesai membaca sebuah buku setebal 170 muka surat "Dilema Seorang Wartawan Islam" oleh LanH dari Melaka.

2)  Beliau adalah bekas pengarang berita salah sebuah akhbar harian popular di tanah air.  Di dalam buku tersebut beliau mengaku bahawa banyak berita dalam akhbar adalah berita 50% sahih dan 50% tipu muslihat semata-mata.  Objektif utama akhbar ialah mengaut sebanyak keuntungan dari berita sensasi, cerita rekaan(tipu dan bohong)  dan iklan.

3)  saya tertarik dengan bukunya kerana .. dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemberita Luar Negara pada tangga gaji lebih dari RM4000 pada tahun 1998.  Aghhh.. pada masa itu saya baru selesai ijazah sarjana dai Birmingham dan gaji pokokku sebagai pensyarah politeknik KPTM  tak sampai pun RM3000 sebulan.  Tapi tak apa?  Ramai lagi orang lain berpendaptan kurang dari itu pada waktu tersebut. Ada lagi yang tak mempunyai pekerjaan tetap mahupun sementara.  Ada anak anak yang tidak mempunyai ibu dan ayah.  Aghh. sebut syukur sudahlah.

4)  Saya cuba menyelami isi hati penulis LanH ini.  Saya rasa beliau mempunyai suara hati mirip kepada penjuangan islam ..sebab itulah ..tulisannya ada dalam dada akhbar HARAKAH (jika tak silap saya lah).  Memang banyak kebenaran yang ditulis olehnya .. dan saya memang setuju bahawa .. masyarakat hari ini suka membaca berita sensasi seperti Anwar ditangkap polis , Anwar mata hitam sebelah dibelasah oleh bekas Ketua Polis Negara, dan macam-macam lagi berita.  Tidak ramai penulis berita mahu muatkan berita-berita yang kurang sensasi seperti 'fhadilat membaca surah Al-Mulk dan surahAlif Lam Mim sajadah sebelum tidur di waktu malam'.  Betul tak?

Selagi iman manusia adalah pada wang ringgit, rumah besar, kereta mewah , pakej percutian ke Amerika Syaraikat 10 malam 12 Hari RM25,000 , selagi itulah ..  akhbar yang membawa mesej islam dan ketuhanan tidak akan mendapat sambutan yang popular ..sebab itulah ..akhbar Utusan Melayu (tulisan jawi) mati lebih dari 15 - 20 tahun yang lalu  dan digantikan dengan akhbar popular METRO.

Mesej dakwah adalah selalunya bertentangan dengan nafsu manusia.  Mana ada orang suka .. mendengar benda-benda yang bagus seperti untung pahala jika sang anak melontarkan senyuman segar  kepada  ibu ayah yang sudah terlantar sakit di hospital kerajaan wad 3.     Untung sang anak yang bersusah payah menghantarkan ibu ayah ke Mekah Madinah untuk ibadat haji dan umrah.

Yang menjadi buruan manusia ialah membaca berita mengapa Raja Azmi hendak bercerai dengan Jalani Sidek (bekas pemain badminton negara).  Kalau tak baca berita berita begini, saya rasa ramai manusia terasa terkilan dan resah gelisah .. sepanjang hari.  Ini tandanya .. jiwa manusia .. yang mana hatinya semakin keras dan jauh dari pandangan kasih sayang Allah.  Nanti bbila bulan Ramadhan menjelma .. barulah ..hati hati ini cuba mendidik hatinya, telinga dan jiwanya .. mendengar berita berita dari alam kubur, padang mashar dan alam akhirat dari ustaz ustazah yg diimport mari dari luar.  Betul tak jika saya nyatakan di sini , ramai umat islam percaya bahawa Allah Taala hanya wujud 1 bulan dalam setahun sahaja di zaman I.T facebook dan internet ini ?

Bukti?

Pada 1 bulan sepanjang bulan mulia dan berkat  ramadhan ini, ramailah ahli jamaah di surau, masjid, dan dewan dewan orang ramai berpusu-pusu mengerjakan ibadat sunat sembahyang tarawih.  kalau di kampung saya Telipot, Kota Bharu ..  masjid telipot dan Kampung Sireh akan penuh sesak sampai ke bawah bawah dataran parking kereto .. orang ramai akan menunaikan sembahyang terawih .. tak cukup dengan nenek yang sudah lama putus haidh ,  di bawanya cucu cicitnya .. lelaki dan perempuan ..berpusu pusu ke masjid popular Telipot.   Ramai  melayu dermawan akan 'bersusah payah' menyediakan juadah berbuka puasa seperti bubur lambok, bubur jagung, martabak, cendol hijau dan kurma arab madinah dan bermacam-macam lagi.    

Pada bulan ini , banyak Al Quraan akan dibaca berkali kali ..  banyak telinga akan mendengar tazkirah ..  (selalunya cerita duka nestapa .. perjuangan para para sahabat menyebar kalimah Allah ke seluruh dunia) .. cerita popular ialah azab sahabat karib Rasulullah s.a.w  iaitu Bilal r.a. apabila memeluk agama islam .

tetapi .. bila bulan syawal datang ..   masjid masijid, surau surau kembali sunyi ..  seperti kawasan perkuburan orang-orang melayu sahaja.  Yang kerap mengunjung masjid adalah pak chik mak chik pencen, orang tua kampung ,    anak muda berumur 10 tahun ke bawah.

mana pergi orang orang muda berumur 25 - 35 tahun?

Jawapannya ialah .. mereka terlampau sibuk mencari nafkah .. cari duit, cari projek, cari tender dan macam macam lagi.  Kena tunggu ramadhan tahun hadapanlah .. baru mereka akan datang mengimarahkan masjid dan surau kembali lagi dan lagi.  Saya tak sentuh lagi cara belanja orang orang berpuasa di bulan ramadhan ini.


ini lah budaya hidup manusia melayu di malaysia - yang mana seorang sheikh arab saudia arabia (yg mana pihak kerajaan menjemputnya datang ke tanah air ini )- memberi title - negara islam contoh untuk semua umat muslim muslimat seluruh antaro meniru , contohi ...

Itulah bukti .. orang orang melayu percaya / yakin sungguh sungguh bahawa Allah Taala memang ada  sebulan sahaja dalam setahun.  Bulan bulan lain .. mungkin ..  ada/ tidak ada.  itu suara , bisikan syiatan lak natullah.  Jika iman mereka bulat getel .. bahawa Allah Taala sentiasa ada di samping kita segenap masa ..sudah tentu .. mood kita beramal ibadat tidak mudah terpengaruh dengan  fesyen amalan ibadat ala ramadhan / bukan ramdhan.

Maaf .. saya berkata begitu. Jom kita ubahkan trend beramal olok olok/ pura pura/ berlakon .. supaya hati kita selalu condong kpd perintah Allah . mengikut sunnnah hidup Nabi Muhammad s.a.w.  sepanjang masa.

Itulah pemerhatian saya.  Bagaimana pula dgn pemerhatian tuan hamba?  Tak samakah .. apa yang saya nampak dengan apa yang tuan hamba nampak ?

Kalau tak sama ..  mungkin .. fahaman dan keyakinan kita pada Allah tak sama  rupa-rupanya.

Mengapa ..amalan agama kita tidak konsisten seperti amalan amalan dunia yang mana ramai manusia mengaku bahawa kerja pun satu ibadat juga.

Sekian.  Syukur saya dapat membaca buku Dilema Seorang Wartawan Islam dari LanH, Melaka.

Wallahu aklam.    p/s:  yg baik dari Allah/ yangtidakbaik dari penulis ini sendiri. Maaf.

0 comments:

Post a Comment