Awal Jun 2012 yang sunyi

Posted by sazali

salam

Minggu ini ..  students undergraduate bercuti Study Week selama seminggu dari 4 June - 10 June 2012.  Syukurlah.  Kebanyakan mereka pulang ke pangkuan kelaurga .. ada yang akan belajar matematik kejuruteraan, data structure, C++ , data base, fluid mechanics dan  Multimedia Programming dengan ahli keluarga mereka nun jauh di kampung.  Untung besarlah mereka yang mana ibu mereka mampu mengajar programming , staitstik dan matematik diskrit sambil sambil memasak lauk ikan asam pedas ala Parit Jawa , Johor dan mereka boleh belajar juga dgn bapa mereka ..  Research Methodology  sambil menyawit ( kelapa sawit)  di belakang rumah.  Untung besar mereka!  Allah Akbar!.

  Baguslah berbuat demikian sambil sambil melepaskan rindu selepas bertungkus lumus menyiapkan PSM1 dan PSM2 selama ini.  Anda sangat lah beruntung boleh balik kampung kerap kali .. mengikut statistik  JPJ Negeri masing-masing ..sepanjang 2 semeter pengajian .. anda telah pulang ke kampung lebih dari 8 kali.  Cukup rindu kalian kpd ahli ahli keluarga.  Baguslah.    Ini tanda anda adalah anak yg soleh/ solehah.

2)  Sambil-sambil itu, bolehlah para pensyarah melihat-lihat balik bahan bahan kajian yg terbantut .. sekarang bolehlah  disambungkan semula .. menulis jurnal atau menulis artikle untuk dibentangkan di mana-mana persidangan di seluruh pelusuk negara dan persada antarabangsa.

3)  Monday ini terdengar  berita .. kematian seorang sahabat  Allahyarham  Iskandar Sunny dari Jabatan Matematik (umur 37 tahun)  UTHM  pulang ke rahmatulllah.  Al Fatihah.  Sakit serangan jantung.  Kasihan .. umurnya masihmuda ..tetapi itu adalah kehendak Allah yang Maha Kuasa.  Kita yang menulis dan membaca ini .. kita menunggu giliran masing-masing dengan membuat persiapan dan fikir agama/ usaha atas iman dan amal biar mantap.

4)  Iman sebenar ialah ..mengaku bahawa Allah maha Kuasa.  Makhluk tidak ada kuasa apa-apa pun.  Allah boleh hidupkan kita dan matikan kita pada bila bila masa pun.  La illa ha illa llah.

Fikir agama -  dalam 24 jam sehari hari ini .. biarlah segala anggota tubuh badan kita ..sentiasa taat kpd ajaran nabi besar kita Muhammad s.a.w . sebagaimana dikehendaki oleh Pencipta yang  Maha Agung iaitu ALLAH TAALA. Fikir agama ialah ..kita sedar amalan amalan kita akan dihisab/ dihitungkan satu persatu sepanjang masa.  Hatta kita senyum kat bos pun dikira pahala.  Menceriakan hati boss dan bercakap dengan baik dengan boss ..semua pahala apatah lagi belanja boss dgn nasi kerabu kitam dan ayam percik pada jam 100 tengah hari nanti.  Berbual bual dgn boss pasal kerja dan prestasi fakulti pun dikira ibadat. Right?  bila azan diazankan .. kita dan bos sama sama pergi solat berjamaah.  Itu pun ibadat.  Fikir agama dalam kerja harian kita sebagai insan muslim/ mukminin.

Fikir agama ialah .. kitamesti ada azam nak sebar agama dan amalkan agama sepanjang hidup kita dan ke seluruh pelusuk dunia.  Dengan agama, kita manusia akan selamat dunia dan akhirat.

Amalan agaama -  buat kerja ikut perintah tuhan. Ikut perintah pemerintah .  kerja ikut jam 0800 hingga 0500 ptg.  jangan ponteng memonteng walaupun BOSS tidak ada di opisnya sepanjang minggu ini.

Semua kerja pelajar ditanda dgn tepat dan betul.  Carry marks mereka biar dapat ditampal di luar pintu selewat-lewatnya minggu hadapan Monday 11 JUN 2012.

5) Malam tadi sempat saya menonton konsert Sudirman.  Agggh ..dato' A.C. Mizal tak mulakan konsert menghadiahkan al fatihah ..kpd allahyarham Sudirman pun di awal awal konsert.  Kalau berbuat demikian ..ada sedikit sedekah kita kirimkan kpd allahyarham yg terkenal dgn lagu MERISIK KHABAR itu.

Saya  terhibur jugak dgn nyanyian MIrsha Umar (org kelate ni)  dan Hamaza .. hebat mereka.  Pandai mereka menyanyi.  Syukurlah.  Terubat juga rindu asaya pd idola saya pada satu hari dulu di mana Allahyarham main main basikal gajahatas batas sawah padi dgn Noorkumalasi ..    dgn lagu  Michael Jackson Beat It.  Tarik tarik tali?  my komen?  org yang ada sama sama pengalaman dgn arwah  (kahwin dan bercerai di saat-saat umur masih muda ..  dan jandanya kawin lain pulak) ..baru dapat menjiwai ..nyanyian-nyanyian lagu-lagu Sudirman.  kalau tidak ..kita akan melihat ada penyanyi yg melompat-lompat ke sana sini pentas ..  tanda .. nya ..depa ni tak ada feelings lah.  I sm sure about this.  What say you?  harap saya tak silap berkata begitu.  Saya ambik dari ucapan Hajjah Habsah Hassan.

Konsert itu sepatutnya bagus diakhiri dgn bacaan doa ..dari  mana mana ustaz dari Pusat Islam, Kuala Lumpur.  Barulah .. dikira ibadat konsert itu sepanjang 1 - 2 jam  kot?  .. kalau tidak .. kita rugi besarlah. Surah Wal Asri. Allah bersumpah.  Sesungguh-nya semua manusia adalah dalam kerugian. Semua manusia adalah dalam kerugian.  kecuali org org yg beriman dan beramal soleh.  ajak mengajak kpd benda benda baik dan mencegah kemungkaran dan bersabar.

Konsert di mana orang lelaki dan perempuan  yg bukan mahram..  bercampur aduk macam sardine mackerel ini .. boleh lah dikira sebagai amalan tak 'baik' kot.  He..he..    why?  kita patut berada di rumah jer/  kurangkan maksiat/  tengok itu dan ini yang haram ..seperti aurat  perempuan yg tidak ditutup elok elok dari kaca mata islam.  lagipun zaman nak kiamat ini ..makchik makchik over 50, 60  tahun berebut rebut pakai seluar/ jeans.  Mungkin nak tunjuk 'bum/ punggung ' mereka masih ada cutting walaupun dah menyumbang 6 orang anak kepada statistik populasi Malaysia tercinta.

Itu sahajalah ..celoteh saya pada pagi ini.

Yang baik dari Allah / yg tidak baik dari kelemahan saya yang sebenar.  Al Fatihah kpd Sahabat kita  Allahyarham Iskandar Sanny UTHM ( pensyarah Matematik)  yg kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2012 tadi).. muga-muga rohnya di tempatkan di kalangan org org yg di redhai oleh Pencipta Sekalian Alam .  Al Fatihah.

Wallahu aklam.









0 comments:

Post a Comment