projek stats kita?

Posted by sazali

Salam. Seronok membaca laporan projek projek statistik dari pelajar pelajar saya di fakulti fsktm, uthm johor. Ada DUA sebab mengapa rasa begitu. Pertama, mereka mendapat data dari 'semua' pihak di sekitar bandar bandar besar johor ini. Tak sangka pihak berwajib terutamanya pihak sekolah sekolah (PENGETUA, PK1, PK2) sanggup memberi kerjasama dengan pelajar ijazah tahun 1 ini dgn membekalkan data keputusan peperiksaan PMR/SPM/STPM 2010 dan 2011. Sebagai pensyarah utama..di ruangan terhad ini saya ingin mengucapkan TK dan syabas setinggi tingginya kepada kalian semua. Buku buku banyak ditulis oleh professor professor luar Negara kerana mereka dibekalkan data ..untuk huraian dan analisa selanjutnya. Tak percaya .. jemputlah datang ke Perpustakaan Tunku Aminah UTHM ini. Perkara kedua dgn bantuan tutor tutor muda , pelajar ini belajar pakej spss secara tekun, tabah dan berjaya. Melalui projek ini, mereka dapat bergaul tanpa segan silu ..mencari data, install SPSS ..bina borang kaji selidik , interview, kutip data dan proseskan semua data menggunakan spss. Sekarang mereka dah melalui saat saat suka duka berjumpa org org penting bagi maksud ..mencapai objektif projek tersebut. Kami sediakan 35- 40 tajuk yg berbeza bagi maksud projek STATS ini. Rasa rasa berbaloi mengajar mereka subjek stats .information .technology. ini. Alhamdulilah..mereka dpt bergaul dgn berbagai bagai kaum ..dan dgn itu ..membuktikan kita masih mendukung Prinsip-prinsip rukun negara. Siapa kata system pendidikan Malaysia gagal? He...he.. kalau tak diuji ketahanan mental dan rohani pelajar dengan projek projek ini ..mungkin kita akan pandang negative kemampuan yg sudah tersedia ada dalam pelajar pelajar Malaysia ini. O yes ..mereka kena present report dan present Power Point. See? the depth and the breadth of their abilities when the challenge is posed to them. Harap harap nanti kita mampu menulis paper untuk jurnal berimpak tinggi selepas ini. Insya allah. Tahniah kpd semua Dekan, Timb Dekan dan KJ KJ yg membantu dan semua warga university tercinta ini. Alhamdulilah. kalau tak dipecahkan ruyung ...manakan kita dapat sagunya. wallahu aklam bis sawab

1 comments:

  1. intane said...

    Alhamdulillah.. tq ALLAH krn permudahkn urusan sy dan kawan2 sy menyiapkn projek statistik ni... tq jgk kpd prof krn sntiase bimbing kami dlm menyiapkn projek ini...smoge ALLAH lembut kn aty prof utk bg kami mrkh yg tnggi2... hehe

Post a Comment