jumaat idaman mukmin sejati

Posted by sazali

Salam

Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik..kita sudah berada dalam hari jumaat dah. Hari ini penghulu seluruh hari dlm seminggu. Target saya hanya satu sahaja iaitu solat jumaat jam 1 15 tengahari.  Jam 9pagi ada seminar.

2) amalan yg dituntut pada hari ini ialah banyakkan bersalawat kpd nabi Muhammad s.a.w. , membaca Al Qquraan surah yaseen dan kita pakat pakat menyibuk salawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. terutama dekat dekat dengan maghrib.  Insya allah.

selain itu elok juga kita rancang melawat ibu ayah di kampung.  Belilah makanan yg mereka gemari.  Jika mereka sudah tiada, apa kata kita melawat kawan karib arwah ibu dan bapa kita.  !malas juga? Telefon sahaja dari ibu kota dan sebagainya. Buatlah amalan baik pada hari ini sebanyak mungkin.  Elakkan dari melakukan maksiat dan amalan yg disifatkan sia sia.

contoh amalan maksiat ialah berjudi, berzina, makan riba, makan benda benda haram melalui menipu, menzalimi dan menindas org org miskin atau susah. AmLan maksiat paling besar ialah tidak menunaikan solat 5 waktu dlm kalangan pelajar wanita. Solat adalah tiang agama. Meruntuhkan solat seumpama meruntuhkan agama islam suci murni.

amalan sia sia ialah bersembang dan bercakap benda yg sia sia seperti memilih tudung 3 lapis sedangkan kebanyakkan masa kita tidak memakainya pun.  Banyak wang kita habiskan untuk membeli jeans sedangkan kawan kawan dah tegur ..kau tak ada punggung Limah. Ha..ha..ha.. oleh itu makanlah banyak banyak dulu, biar ada isi punggung itu ..baru beli Levis, Wrangler untuk ke kampus.

sekian. Jgn membazir ok?
wasallam

0 comments:

Post a Comment