after teaching last night

Posted by sazali

salam

karangan ini belum 100% siap. tapi bacalah. mana tahu ..kita boleh share sikit-sikit. Maaf dipohon di awal pembacaan itu.

Kenapa datang lewat ke kuliah?

Saya telah mengajar di tiga buah institusi pengajian di Negara ini. Ia adalah sekolah menengah, politeknik (KPTM) dan universiti.

Saya perhatikan secara amnya kebanyakan pelajar selalu datang lewat ke sekolah, kuliah dan perjumpaan. Saya kadanag-kadang terfikir mengapakah perkara ini berleluasa. BUkan setakat sekolah dan universiti sahaja , isu kelewatan menjadi sesuatu yang lumrah tetapi juga di institusi masjid di Negara ini. Bahkan tak salah jika saya katakan aktiviti masjid hanyalah kepada mereka yang sudah bersara. Bagi orang yang sudah bersara , isu masa, ketepatan masa sudah tidak menjadi sesuatu yang tersangat penting lagi. Mereka boleh bersyarah kadang-kadang melewati batasan waktu. Tengok sahajalah berapa kerat ahli khariah yang datang bersembahyang 5 kali sehari berjamaah. Anak-anak muda yang sudah bekerja di kilang-kilang tidak berminat hendak bersembahyang berjamaah kerana pak imam tak jaga waktu. Itulah aduan yang diterima dan ini banyak terbukti di merata-rata tempat.

Apakah alas an mereka datang lewat ini? Tengok 5 kes ini:

a) Bas lewat Encik
b) Trafik jam Encik
c) Sembahyang jumaat tadi lewat habis Encik
d) Motosikal saya tidak hidup tadi Encik semasa saya mula-mula nak start motor.
e) Saya terjaga lewat Encik



Perangai

Di awal-awal sesi pengajian saya selalu sebutkan satu aspek perangai(kelemahan) saya. Apakah itu? Saya maklumkan saya tidak suka orang yang datang lewat. Ada beberapa sebab mengapa begitu?

Jam 0900 malam saya mahukan kuliah bermula. Jam 1030 malam adalah masa terakhir perkhidmatan bas di univeriti ini. Oleh yang demikian saya mempunyai 1 jam 30 minit sahaja untuk mengajar.

Tetapi kebanyakan masa , 10 – 15 peratus pelajar saya , akan datang lewat menggunakan 5 alasan di atas.

Rumusannya: memang kita orang melayu lambat dalam banyak hal. Pertama, memulakan kerja. Kedua, bayar hutang lewat. Ketiga, waktu tidak penting sangat – yang lebih penting ialah kejayaan aktiviti itu secara keseluruhannya di mana ketua pemimpin dan anak-anak buahnya sentiasa dapat bertolak ansur dalam semua perkara. Jika sepatutnya satu-satu aktiviti itu boleh ditamatkan dalam tempih masa 3 jam , tetapi dengan adanya (hidupnya budaya) trend tolak ansur kelewatan .. maka banyak masa seperti 4 ~ 6 jam terbuang begitu sahaja. baguskah ini ? Renung-renungkan lah...

Sekian. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment