harga barang sudah mulai naik , what doing gomeng?

Posted by sazali

Salam.

Kalian tak rasa ker .. harga barang sudah mulai naik? My wife kata .. kalau dulu ( 6 bulan yg lalu) jika bawak rm200 gi emporium .. mcm2 jugak leh beli ..now .. appetite sama sudah .. melonjak harga ke arah rm230/ satu bakul trolley kat Carfooor Batu Pahat tu? why hah?

Najik kato .. all barang under control. Entah lah barang siapa dio maksudkan ni.

Harga telur ayam 12 biji .. sudah mula berubah dari rm7/= ke rm8/== dah. Biskut minum air petang pun tak leh beli dah rm2 ~ rm3 .. sekarang rm3.90 dan macam-macamlah. Pergilah ke RnR .. harga barang-barang di situ bnyk dah berubah. Saya confident .. bukan menurun punya.

Mungkin badan/organisasi pemantauan harga tidak efektif di negara ini. Toke-toke bangsa lain ..senyum dan gembira 'la-la-la' bukak langkah ke bank se tiap hari. Dia 'la-la-la' menyanyi .. org-org kampung ramai yang 'hu-hu-hu' susah hati nak pero anak-anaknya yang ramai.

Dulu ada orang kata .. jika harga petrol dikawalkan .. harga barang boleh turun sikit sebanyak RM0.10 se liter .. tetapi now minyak petronas RON97 dah RM2.50 se liter. Melompat RM0.20 sekelip mata jer. Ajaib betul lah. Negara kita keluarkan minyak .. aleh-aleh harga petrol .. sentaisa di pengaruhi oleh harga petrol se tan di pasaran antarabangsa. Pelik betuil lah ..

Saya rasa hutang negara dah banyak dah ni. Nak cover hutang .. gomeng .. main-main sikit harga petrol se liter RON 97 dan RON 95. Jgn risau gomeng.. naik RON97 ke angka RM3/= pun se liter atau RON 95 RM2.00 pun ..rakyat negara ni .. tak sangggup berdemonstrasi macam org mesir. Itu lah hebatnya bangsa ku di sini. Ramai yg 'mati' ..slow-slow tak makan .. dulu boleh jugak makan 3 kali sehari ..sekarang may be 2 kali atau mungkin dah ada 1 kali sehari di Kumpur tu.

Why? bila harga petrol naik.. boleh dikatakan semua barang harganya naik .. if beli 10 item barang .. harga baru dengan harga lama sudah berbeza sebanyak RM5 ~ RM10 dah. Cubalah conggak-conggakkan. Bukan setakat barang-barang hargany naik ... bil ASTRO bulanan pun dah mula berubah ke arah 'menaik'. Bil klinik swasta pun .. dulu rm34 untuk ubat sakit demam dan selsema satu pesakit..now rm38/= dah. So pengajaran yg leh kita dapat ialah .. harga akan terus naik .. se ada-adanya.. tak lama lagi gaji akan dinaikkan .. oleh pemerintah ..dan ..pi mai pi mai .. saya rasa .. ramai rakyat yg susah. Apa dah jadi ni dgn kita semua?

Cuba lah beri sedikit idea .. mana tahu kita boleh share.

TK. wasallam.

0 comments:

Post a Comment