ASTRO Awani .. Mengapa itu macam?

Posted by sazali



Salam Setiap pagi, sambil bersarapan saya menonton ASTRO .. bahagian agama. Ada ustaz-ustaz yang dijemout khas memberi sedikit tazkirah kepada ... 1) sekumpulan kaum hawa. 2) majoritinya kaum hawa ( sudah berumur ..nampaknya) 3) tidak ada kaum adam (lelaki) pun 4) kurang sangat kaum adam yang datang mendengar *** Timbul sedikit persoalan. Adakah kaum adam merasakan ilmu dan amalan mereka sudah memadai selama ini? Adakah ASTRO Awani .. memang merancangkan program agama khas untuk kaum perempuan sahaja? Mengapa tidak mengambil Ustazah .. memberi ceramah kepada kaum sejenis mereka? Itulah beberapa persoalan yang selalu bermain di dalam kepala saya bila saya keluar dari rumah menuju ke opis di universiti. Sebenarnya jika majlis kuthbah Jumaat dijadikan sandaran, untuk makluman semua, melalui pengamatan saya , ramai kaum adam yang tertidur dibuai teks khutbah yang disampaikan oleh Pak Imam (bertugas) pada hari itu. Oleh yang demikian, sahlah kaum lelaki mendengar tetapi tidak mendengar sangatlah.. mengantuk menguasai kami ..oleh itu sedikit sangat pesanan yang dapat kaum lelaki bawa pulang ke rumah selepas menyempurnakan sembahyang fardhu jumaat. Bila kaum lelaki tidak mempunyai bekalan ilmu yang mencukupi ..payahlah nak mendidik anak-anak di rumah termasuk isterinya itu. Sedangkan ..nabi pernah bersabda ".. lelaki yang mengerjakan sembahyang berjamaah di masjid ,..pulang mereka membawa nur dan keberkatan kepada ahli rumah tangganya ..." Sekian. Harap mendapat sedikit tindakan dari pihak ASTRO, Awani ni. Wasallam. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment