malam jumaat buat apa tuan?

Posted by sazali

Salam. Just to share. Tidak ada niat nak kenakan siapa-siapa. Lillah hi taala. Hari Khamis Malam Jumaat Hari ini hari khamis. Hari terakhir bagi bulan March 2011. Selepas siang datanglah malam. Malam ini dipanggil malam jumaat (MJ). Banyaklah kepentingan malam yang teragung ini dalam tempoh 7 hari seminggu. Di masjid-masjid, surau-surau di seluruh Negara, lazimnya umat islam membaca Surah Yaseen selepas sembahyang maghrib. Kadang-kadang ratipnya pula diketuai oleh pak imam membawa makmum merapati ke waktu solat isyak. Oleh yang demikian sepanjang waktu maghrib hingga ke isyak, orang-orang masjid menyibukkan diri mereka dengan amalan-amalan agama. Kadang-kadang majlis ini disudahi dengan sedikit jamuan makan malam beramai-ramai. Dengan cara ini orang-orang kampung dapat merapatkan silatulrahim antara satu sama lain. Muhibah dan semangat kerjasama kalangan orang-orang kampung tersangatlah mustahak dipupuk dan dibaja sepanjang masa. Lagipun, kepentingan semangat bertolak ansur banyak dipuji oleh islam dan telah dieksploitasi sehabis-habisnya oleh parti kerajaan BN. Dengan sokongan sedemikian banyak wang sumbangan disalurkan untuk aktiviti masjid oleh pemerintah. Nak speaker dapat, nak jalan bertar pun dapat. Pendek kata ..apa yang ahli kariah kampung nak ..semua dapatnya insyallah jika ahli jawatankuasa masjid ngam dengan pihak YB-YB BN. (laugh). Terdapat juga ahli qariah yang ‘tergesa-gesa’ keluar saf dan terus pulang ke rumah masing-masing kerana mereka percaya amalan makan malam beramai-ramai dengan ahli keluarga pun tersangatlah penting. Tambahan pula, kadang-kadang TV3 membawa berita sensasi seperti tsunami di Jepun dan/atau berita kemenangan pihak parti pembangkang menang besar dalam pilihan raya kecil di Kedah, Kelantan dan lain-lain tempat. Malunya kerajaan setelah berkempen nak pecahkan perbendaharaan negara .. mereka kecundang juga. Semasa menonton TV, si ayah akan berinteraksi dengan anak-anaknya dengan bertanyakan perkembangan pelajaran di sekolah sepanjang minggu tersebut. Kadang-kadang ayah ibu memarahi anak-anak gadis berpakain 'seksi' ala Demi Moore. Haram tu nak. kata ayah. Untuk apa ini? Supaya anak-anak mesra dan terus mesra dengan orang tuanya. Masalah merempit dalam kalangan belia melayu zaman ini sedikit sebanyak adalah berkaitan dengan isu ibu bapa kurang berinteraksi dengan anak-anaknya di rumah. Rujuk : Majalah Al-Islam Mac 2011. Ms. 11 . oleh DR Md Fadzil. Selepas jam 1000 malam, ada orang bergegas-gegas masuk tidur. Maklumlah, mungkin badan siayah itu terasa sedikit penat menjalankan tugas sepanjang hari dari jam 0600 pagi hinggalah jam 1000 malam. Ada kitab-kitab agama mengesyorkan banyak amalan-amalan mulia dijalankan sepanjang malam jumaat yang mulia ini seperti membaca Al-Quran, sembahyang sunat, bersalawat kepada junjungan nabi Muhammad s.a.w, solat tahajud dan ada juga kitab agama menggalakan pasangan bersenggama. Nafkah zahir ialah memberi makan minum, pakai, tempat tinggal dan nafkah bathin ialah bersenggama. Itu skema kitab zaman dahulu pada tahun 1960'an. Tetapi mengikut maulana-maulana dakwah berkiblatkan Raiwind, Pakistan ..nafkah bathin ialah memberi didikan agama dan fikir agama kepada anak-anak bini. Apakah yang dimaksudkan dengan fikir agama? Proses menyelamatkan diri kita secara berkeluarga dari siksaan Allah di kubur dan padang masyar dan tidak dilupakan .. usaha dakwah kepada anak-anak isteri dan semua jiran tetangga, dan ahli kaum kerabat jauh dan dekat. Fikir supaya selalu ingat bahawa ‘dunia ini sementara dan akhiratlah tempat kehidupan abadi abada untuk kita mukmin dan mukminat’. Sayang sangatlah jika suami saja yang wara’ tetapi isteri dan anak-anak kita menjalankan kehidupan kamu-kamu aku-aku masing-masing mereka jauh dari pandangan kasih sayang allah. Mereka meninggalkan solat sewenang-wenangnya dan makan segala makanan tanpa usul periksa (sama ada halal atau haram) bila berada luar dari pengawasan si ayah. Si bapa adalah pengembala. Dia akan disoal setiap ahli keluarganya. Doa saya pada diri saya dan semua ..biarlah kita jaga .. anak-anak bini kita yer? Alasan kukuhnya ialah jika orang mukmin dicatit dengan dosa jika bermaksiat , maka mukmin yang menjalankan amalan-amalan wajib dan sunnat seperti berdakwah negara-negara jauh, dan bersenggama juga dicatitkan pahala yang tidak putus-putus. Itulah hujah kitab tersebut. Ini membawa kepada amalan mandi berhadas di pagi hari jumaat. Paling afdal ialah dapat hadhir berjamaah solat Fardhu Subuh di masjid juga. Kadang-kadang saya teringat ustaz saya yang lalu, menggalakkan kita berniat bermandi hadash besar bersama-sama dengan mandi sunnat untuk bersembahyang jumaat pada jam 130 tengah-hari nanti. Begitulah mulianya hari jumaat di sisi agama islam. Perbanyakkanlah berzikir dan bersalawat. JIka memandu sebuah kenderaan, jika ternampak orang bangsa asing muslim yang bergegas ke masjid .. tumpangkanlah mereka. Itu satu sedekah. Pahala free? Mudah-mudahan kita dirahmati Allah yang Maha Agung. Sekian. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment