Keputusan penilaian pengajaran Semester I 2010/11

Posted by sazali

Salam.

Today I got result Penilaian Pengajaran Semester I sesi 2010/2011

Subjek saya mengajar adalah sebanyak 2 buah sahaja. Etika Sosial IT dan Maths Diploma IT 1.

Score bagi subjek pertama ialah 4.37 dari skala maxima 5.0 ( BAIK)

dan score bagi subjek kedua maths IT 1 ialah 4.89 dari skala maxima 5.0 (CEMERLANG).

2) Rumusan: Alhamdulilah. Syukur. Sahlah .. saya mampu mengajar matematik dengan cemerlang. Result ini dikeluarkan oleh UTHM Bahagian P n P. Tiap-tiap semester pensyarah dan pengajar dinilai sama ada stail kita mengajar ada bagus ataupun tidak. Penilaian dibuat oleh pelajar-pelajar dalam negara / luar negara yang mengikuti kursus tersebut di bawah penyeliaan kita. Jika dapat skor kurang dari 3.00 - jawapnya kita diwajipkan berkursus bagaimana hendak mengajar apa-apa lah. He..he.. dasyat. Tetapi hairannya, result ini tidak membawa apa-apa makna untuk kenaikan pangkat seseorang pensyarah/ pengajar. Orang kata .. hanya nak tunjuk .. kita boleh mengajar sahaja lah .. tetapi bagi saya .. yang penting ..rezeki saya halal lah. Saya halalkan semua ilmu saya. Saya halalkan semua ilmu saya yang tuhan berikan selama ini yang diceduk dari Malaysia dan overseas (England mariii...). Rezeki yang halal ..membawa berkat. Itu sahajalah ..sumbangan saya kepada kalian. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment