Guru nak gaji lebih .. patutkah begitu?

Posted by sazali

Salam Hari ini saya terbeli akhbar berita harian. Mengapa? Akhbar Star habis terjual di seluruh bandar Batu Pahat dan Parit Raja. Hairankan? 2) Dari akhbar harian B.H. ini saya terbaca satu surat .. dari seorang guru .. memohon JPA semak balik tangga gaji guru DG44/ DG48 .. dia kembarkan juga tempoh masa perkhidmatan seseorang guru ..dilantik sebelum 1995 dan selepas 1995. 3) Saya terpanggil nak buat sedikit komen. Pasal gaji ini .. sejak turun temurun ..mana ada guru yang berpuas hati. Ada guru belajar sedikit jer .. tapi nak mintak gaji tersangatlah banyak. Kadang-kadang .. patut juga kita mengucap syukur dgn apa yang diberikan oleh JPA itu. Bayangkan ilmu setakat sejarah tanah melayu .. cerita pasal Hang Tuah , Hang Jebat, Hang Kasturi .. kalau JPA dah beri kita gaji RM4000 atau RM5000 sebulan ..atas tangga gaji DG44/ DG48 .. bersyukur sangatlah kita kan? Lain pula dgn guru komputer/ pensyarah komputer di politeknik KPTM. Software komputer selalu berubah. Dulu orang pakai BASIC, lepas tu .. PASCAL, sekejap selepas itu C++ , sekarang JAVA, VBASIC .. dan bermacam-macam lagi. Nak belajar semua ilmu software ini .. banyak guru komputer ..yang terpaksa belanja lebih dan lebih. Jadi saya sokong sangatlah ...jika guru komputer nak gaji lebih kerana ilmu dan kemahiran komputer selalu berubah. Tidak seperti ilmu Hang Tuah lawan Hang Jebat. Masa itu orang puja .. hang Tuah. So gaji dah naik dah. Sekarang orang suka hang Jebat. Itu pun .. orang kasi gaji lebih dah. Kalau cerita bertukar-takir seribu kali pun .. situasi mati tetap sama iaitu hang Jebat telah dibunuh oleh hang Tuah. So simple the story. BIla cerita tu simple gaji ..kurang sedikit apalah salahnya. Bukan saya nak rendahka guru sejarah. Bukan itu niat saya. Jauh sekali. A u zu billah. Fokus utama ialah .. bersyukur dah lah. Kita tak leh lawan cara belajar . orang yang belajar ilmu komputer/ internet/ rangkaian komputer // sup sup sup .. gaji guru komputer hampir-hampir sama dengan gaji guru sejarah DG44/DG48. Mengapa? mereka tidak dikira 'kritikal' pun oleh JPA. Kesihan mereka. So cara terbaik ialah ..pensyarah komputer di politeknik KPTM hendaklah berani .. tukar kerja dari politeknik .. masuk ke UNIVERSITI MTUN. Bagaimana? Buat masters komputer sains, komputer engineering, dan terus PHD. Dapat diserap DS52/DS54 insyallah. Cepat? Kalau tidak kita akan berasa kecewa .. sampai ke mati. Kerajaan dalam dada akhbar puji kita .. guru komputer hendaklah pertingkatkan ilmu komputer seiring dgn perkembangan .. teknologi komputer ini .. macam,-macam dia Pak Menteri bercakap .. tetapi sayangnya .. gaji guru komputer di sekolah SM/ Polytechnic tetap .. tak jauh beza dari guru sejarah, geografi, pendidikan seni, .. subjek semua guru tahu ..tidak kritikal. Subjek kritikal ialah BM, BI, Kejuruteraan dan subjek teknikal. Hairan yer? Sekian. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment