Dugaan kita sekalian

Posted by sazali

Dugaan Allah kepada kita insan

Manusia mana yang tidak pernah diduga oleh khaliqnya (Tuhan). Ada yang diduga dengan kemewahan dan ada juga yang diduga dengan kemiskinan/ kecacatan/penyakit.

Dugaan kemewahan

· Anak dimanja dengan kemewahan. Pergi sekolah dihantar dengan kereta dan pulang dari sekolah pun dijemput oleh kereta. Fotostat nota, tugasan sekolah pun ayah dan ibu uruskan. Binding? He..he.. semua si ayah/ibu yang settlekan.
· Anak dibesarkan dengan limpahan makanan/minuman yang pelbagai. Pendek kata apa yang nak dimakan semua pasti beres. Nak udang galah harimau besar pun dapat .. apatah lagi burger Ramli tu yang sekadar RM2.00 jer sekeping. Milk shake macam-macam ada. Breakfast saja .. menu nya ..kalah cabin MAS MH001 Kuala Lumpur – London. Semua makanan dan minuman ada kecuali arak dan air kencing syaitan.
· Semasa pendaftaran di MRSM dulu pun, orang lain bawak beg pakaian 4 – 5 biji jer, sedangkan orang yang mewah ini , dua tiga almari pakaian dijaja oleh anak daranya dari lobby sekolah ke satu dorm yang dikhaskan untuk pelajar tingkatan 4. Maklumlah .. saiz pakaian kakak pun , dia boleh tumpang sekaki.
· Telefon bimbit? Broadband? Semua ada ..blue berry.? 4G dah. Ipod, ipac, apple .. dasyat kalah kedai apek tu .. semua accessories telekomunikasi ada. Tengoklah .. kebanyakan masa lapang digunakan untuk internet, chit chat sana sini. Tak puas chit chat dengan kawan, main games pulak. Bilalah agaknya ..budak-budak ini mengaji sepipi / sehelai dari Kitab AlQuraan yang suci dalam satu-satu hari.
· Sembahyang 5 waktu ? tanyalah mereka. Subuh jam 0600 pagi di Malaysia atau jam 1100 pagi. Yang selalu buat pun .. sembahyang macam ayam mematuk padi jer. 2 minit solat. EXPRESS. Doa sikit-sikit jer. Jumaat? Sembahyang di hujung-hujung pintu masjid/ di kaki lima masjid sahaja. Ini tanda dia tersangatlah busy.
· Ibu cakap itu, dia cakap ini. Ayah kata west , dia nak go east. So bermotosikal besar kawan karibnya ke sana ke mari melungsur PLUS highway sana sini. Besar belanja ni!
· Jika ada kematian dalam rumah tangga, panggil orang masjid ..macam buat catering jer. Semua berbayar. Surah Yaseen tidak ada pun dalam rumah kita. Yang ada hanyalah.. Asiaweeks, Times, Cosmopolitan, Readers Digest, Guardian, dan lain-lain majalah uptodate. Lara .. laro (kata orang kelate). Nasib baik ada ..ayat-ayat Quran tergantung tinggi di dinding sudut tetamu .. itu pun tak tahu dibaca oleh semua ahli keluarga. Why? Tulisan tersangatlah kecil dan berukir-ukir .. semut hitam saja yang tahu baca apa itu ayat dalam frame Al Quran ini.
· Saudara? Kaum kerabat? Majlis kahwin? Tahlil? Mana ada masa itu semua. Kesan kemewahan yang tak terperi. Allah kurniakan .. itu semua. Alhamdulilah.

Dugaan kemiskinan

· Tidak ada tempat tinggal yang boleh dipanggil rumah. Rumah yang ada pun .. tingkap dan pintu entah di mana. Pakai masuk jer. Dinding rumah tunggu masa nak tertanggal ditiup angin yang kuat. Tsunami? Tak perlu. Dah nak tertanggal dah. Kami tak ada belanja nak cari 5 batang paku pun hendak kuatkan terdirinya dinding-dinding tersebut untuk kami menyembunyikan diri.
· Tidak ada motorsikal dan kereta pun. Semua anak berjalan kaki jika hendak ke sekolah. Jika hujan, tak payah pergi sekolah. Tuisyen? Tak yah lah.
· Tidak ada makanan 24 jam sepanjang masa. Jika makan today, esok tak tahu .. ada tak makanan lagi. Ayah bekerja menyapu sampah di majlis perbandaran sahaja. Gaji ayah RM700 sebulan. Ibu ambik upah jaga bayi orang. RM300 jer sebulan. Anak 6 orang. Semua kuat makan dan kuat menangis. Paling besar – cacat pendengaran pula. Tak leh kerja gomeng kerana kecacatan semula jadi.
· Tidak ada duit jika anak sakit dan perlu rawatan di klinik.
· Banyak jemputan khawin sanak saudara ,.. jarang-jarang sangat dapat dipenuhi dengan hati yang bersih suci. Sekarang semua ada cukai. Tol kena bayar. Makan bawah khemah pun selalu ada tol yang perlu dia settlekan. Salam ada rasa kasar. Aduh peritnya.
· Selalunya Allah Taala menduga kalian ini dengan kesakitan, kelaparan, kesejukan, tidak berpakaian sempurna dan lain-lain lagi. Dalam TV3 , kadang-kadang semua anak cacat pula. Perut besar dari saiz kepala. Aghhh.. kita terima sahaja.

Dugaan kesakitan, kecacatan

· Anak yang baru lahir cacat anggota
· Suami/isteri tiba-tiba cacat. OKU.
· Dulu suami sihat , aktif, panjat bukit dan bukau sambil membawa pelajar-pelajar sekolah/universiti , hutan rimba mana dia tak kenal ..tiba-tiba diistihar sakit pelik .. ingat arwah Mokhtar Dahari. So suami hilang upaya tiba-tiba
· Dulu isteri guru cemerlang, tiba-tiba satu hari, guru ini terlibat dengan kecelakaan jalanraya. Cacat kekal. Tiba-tiba OKU
· Dulu anak kita sihat, tapi tiba-tiba sakit .. sekarang makan minum buang pun .. semua pakai wayar.

Itu semua dugaan kita dari Allah Maha Kuasa.

Melihat dugaan di atas, ayuhlah kita hisabkan diri kita betapa untungnya kita .. hidup dalam family yang mana ayah/ibu/abang/kakak semua bekerja kerajaan / swasta. Ada juga mereka datangnya dari family usahawan. Ada industry ringan sendiri. Mungkin kita tak sekaya Sultan Brunei tetapi sekurang-kurangnya kehidupan kita sudah jauh baik dari mereka yang hidup melarat di hujung-hujung dunia. Ingat Somalia, Yamen, Acheh, dan terbaru saudara kita di Sendai, Jepun diduga dengan bala yang tak terperi dasyatnya.


Apa seronoknya hidup jika semua ahli keluarga dibaham laut tsunami sebagamana dirasai di Acheh, Indonesia dan Sendai, Jepun. Jika kita menangis pun sepanjang masa ditepi laut yang sama, tak mungkin anak-anak kita akan datang kembali menenangkan hati kita yang sakit kesepian. Meraunglah sekuat hati mana pun .. anak-anak yang tenggelam dibawa arus hitam berlumpur bersama-sama dengan serpihan bangunan, jalanraya, bukit bukau yang runtuh ..disentap kuat terlepas anak-anak itu dari kawalan dan genggaman kuat kita sebagai penjaga yang bersifat sementara. Ramai orang jadi gila bila ..kehidupan kita tiba-tiba bertukar hidup sebatang kara. Dulu kita dikelilingi oleh ramai anak-anak dan sanak saudara sepanjang masa. Suara ketawa, .. ha..ha.. Tiba-tiba .. semua itu hilang sekelip mata. Depan mata kita sendiri. Betullah orang dakwah tabligh berkata ‘..Anak itu pinjaman-pinjaman sahaja dari illahi kepada kita. Dunia ini sementara. Akhirat lah yang kekal abadi’. Bayangkanlah ..

Jom buat sesuatu wahai kalian. Bumi sudah semakin tua dan uzur. Allah bentangkan kepada kita kehebatan kekuasaannya secara live (siaran langsung). Kita boleh lihat air yang bersifat lembut, sejuk tiba-tiba mampu menghancurkan satu dunia di hadapan mata kita .. tsunami, gempa bumi, gunung berapi, salji, virus burung, virus babi , virus HIV … datang dan pergi pada bila-bila masa sahaja. Bertaubatlah .. Nasuha. Jangan tunggu-tunggu jika hendak bertaubat dan buatlah amalan dakwah – ibu segala amalan mulia. SEGERA kalian. Please. Saya mengajak diri saya dahulu dan .. kalian juga. Bacalah Surah Wal – asri. Semua manusia dalam kerugian kecuali mereka ini mempunyai 4 sifat. Beriman, Beramal soleh. Berbuat amalan dakwah ajak mengajak kepada kebaikan dan BERSABARlah. Mukmin kena banyak bersabar dibandingkan dengan orang bukan mukmin/muslim. Dunia adalah syurga kepada orang kafir. Mereka boleh lakukan semua. Mukmin .. aghh.. dunia ini penjara. Sabar.

Wallahu aklam. Tuhan lebih mengetahui semua dugaan-dugaan ini siapa di antara kita yang paling bertaqwa semasa hidup atas muka bumi ini. Firaun dah tahu. Abu Jahal dah tahu azab yang pedih. Janji-janji Allah tetap benar.

0 comments:

Post a Comment