Tarik diri pelajar PSM

Posted by sazali

Salam.



Hari ini sudah ada seorang pelajar tarik diri dari Projek Sarjana Muda semester kedua dibawah penyeliaan saya. Mengikut peraturan terbitan universiti ini/ buku panduan universiti, mana-mana pelajar boleh berbuat demikian hanya pada minggu ke lapan sahaja. Sekarang dah minggu ke 11. Minggu ke 14 ..mereka patut present. Tetapi pegawai PSM universiti fakulti dah benarkan tarik diri. Pelik dan hairanlah. Kita buat macam-macam peraturan tetapi .. nampaknya kita mengalah jer dgn pelajar 'se-problem' begini.



2) Fed up pun ada. Kita dah banyak membimbing mereka buat itu dan ini PSM 1 lagi .. tiba-tiba mereka ada masalah , mereka boleh menarik diri pada minggu ke 11. Tengok tu? Bukankah ini membazirkan masa dan tenaga kita sebagai tenaga pensyarah jer. Pi mai pi mai .. jika mereka rasa tak larat nak siapkan projek mereka ..senang jer .. tarik dirilah .. lagi senang. Tak pernah lagi saya rasa .. buang masa sungguh layan pelajar pointer yang rendah-rendah ni.. tetapi berangan nak buat projek gila-gila. Sistem urus / gembala kambing secara berkomputerlah, sistem layan diri di cafeteria lah .. habis sem 1 .. tunggu-tunggu ..jgn susah ..tak jumpa penyelia PSM pun tak apa sepanjang sem, 2 ini pun .. kita boleh tarik diri minggu ke 11. He..he.. bukan minggu 8. We are the BOSS.



3) Pengajaran pahit ialah : jangan menyelia pelajar PSM apa -apa ..jika pointer mereka lemah say rendah dari 2.70. Penat kita tau? Pelajar yang mempunyai result computing ..lemah dan tersangat lemah pun tak yah ambik mereka lagi. Tanya mereka dulu semasa nak 'meminang masa dan kepakaran' kita di awal-awal sem 1. If rendah subjek-subjek komputer, jangan ambik mereka. Lagi bagus. Lebih baik kita buat research/penyelidikan kita seperti Terbang ke bulan dan sukat banyak mana minyak kat bumi bulan. Then kita buat paper untuk masuk jurnal. FRGS. Penat jer. Ajar tu ajar ini. Depa bukan faham pun apa-apa pun. Yang depa tahu ..jika trouble/ jika desperate .. drop jer PSM. Kita pi dulu LI .. then kita buat PSM pulak. Mengikut pengalaman .. saya melawat LI .. pelajar yg gagal PSM ini di fakulti selalunya .. tak boleh buat apa-apa sangat kat tempat industri. Jika mereka boleh buat sesuatu yg hebat di industri.. saya rasa mereka bukan 'manusia sebarangan'. Awas! Memalukan kita jer/ malu jugak nama universiti .. ini juga bila kita berbincang dengan penyelia industri kelak semasa mengadap pelajar lemah-lemah ini yang sedang menjalankan latihan industri. Bukan setakat penat memandu ke Kedah/ Perak/ langkawi semasa melawat mereka sedang berlatihan industri tetapi ..senyap senyap ..mereka tak bereh apa-apa pun tugasan komputer di industri sana pun.



So. Buat sesuatu cepatlah. Gagalkan PSM mereka itu. Itu satu pengajaran juga. Tolong.



Sekian.



Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment