Buku Biography Tun Dr Mahathir

Posted by sazali

Salam

baru jer baca sikit sikit keratan dari akhbar KOSMO RM1.

2) nampak baguslah ..jika beli buku memoir DR M ni. rasa-rasa mesti mau beli buku ini dan dibaca/ diteliti ideas ideas DR M.

3) Secara ikhlas, saya suka ideas Tun berkenaan dengan 'kita mesti berani mencuba....' dalam apa-apa bidang pun. Trylah. Jangan terlampau banyak buat 'heessss ..heeesssss... takut takut jer'.

4) Kalau bukan ideanya membina PLUS Highway di Malaysia sudah tentu kita masih lagi memandu berpuluh-puluh jam semata-mata hendak bergerak dari Batu Pahat ke Kota Bharu, Kelantan. dari idea pembinaan PLUS .. ramai anak-anak melayu sebagai jurutera menimba pengalaman membina berbagai-bagai projek raksasa.. termasuk Projek Klasik Stadium Kuala Terengganu tu. (laugh).

Tetapi apa yang saya dapati ramai geng-geng saya UTM 1975 Ijazah Ukur Tanah .. sudah bergelar jutawan. Bayangkan hanya dengan menukur tanah orang ..termasuk tanah-tanah rimba dalam hutan .. kawan-kawan saya bergelar jutawan. Saya? Tidak. Saya hanya guru matematik sahaja. TEtapi .. ada dah ex-students saya .. jadi jutawan dalam berbagai-bagai bidang termasuk musik IT dan komputer. Saya menumpang gembira kalian jer. Alhamdulilah.

Semua ini sedikit sebanyak .. adalah 'kebijaksanaan otak Tun Dr M' jugak. Alhamdulilah.

Mungkin Tun ada juga kelemahan peribadi tetapi sebagai muslim .. ayuh kita lihat values/nilai yang terbaik yg sentiasa ada pada Tun Dr M. Mungkin dari situ, kita akan maju terus ke hadapan.

Wallahu aklam.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment