Assalamualaikum
Dear Guru
Sekarang banyak benda dah berubah dan akan berubah. Pada tahun 1980'an jika kita baru confirm kerja guru .. ada jer deposit kereta 10% .. kita boleh ambik dah sebuah kereta second hand TOYOTA Corrolla GL 1.6. Deposit RM5000 bayar bulan RM600 selama 6 tahun. Simple?
Sekarang dunia dah berubah. Jika anda dah bergelar guru kerajaan pihak bank berlumba-lumba nak offer guru baru ambik kereta model baru. MYVI. Semua boleh. Malaysia boleh. Tak payah fikir sangat deposit itu. Bank akan tolongkan. 0% deposit. 9 tahun. RM800 ++ selama 9 tahun. Lain dulu lain sekarang. Dulu kereta second hand . Sekarang anak saya guru dah pakai MYVI SE .. masuk 4 bulan mengajar dah pakai kereta serba serbi baru.
Dulu guru graduate D1 gaji permulaan RM1200 sebulan. Sekarang guru baru .. RM2800 sebulan. Dua kali ganda bukan? Wush.. dulu lain padang sekarang sekolah tidak banyak yang ada padang.
Subjek pengajaran? Dulu saya mengajar 4 subjek gaji RM1200 sebulan. Sekarang anak saya RM2800 mengajar 2 subjek sahaja. Dulu saya sponsor emak ayah tiap-tiap bulan. Orang pertama dalam benak fikiran saya sebelum dapat gaji bulanan ..wajah emak dan ayah selalu bermain di mata saya. Sekarang ..adush .. mungkin wajah si-ayah item terakhir .. untuk mendapat apa-apa sumbangan (ketawa). Begitulah nasib guru sekarang dan guru zaman dahulu kala. Dulu semua susah. Tidak semua guru dapat memandu sebuah kereta dari rumah ke sekolah. Jika datang hujan lebat, bukan sahaja baju guru yang basah .. tetapi semua buku latihan pelajar turut basah. Kasihan. Itulah nasib guru.
Subjek kepakaran? Subjek kepakaran saya ialah matematik di peringkat PMR dan SPM. Tetapi Pengetua tak kasi. Diberinya ..English ... mengajar Form 4 dan Form 5. Jangan risau Pengetua kata. Murid-murid bukan speaking apa-apa pun. You just mengajar. He..he.. after English , Pengetua dulu serahkan saya subjek Fizik T4. Saya pun mengajarlah .. apa-apa yang saya tahu pasal Petua Ohms atau Petua lain-lain. Yang penting ..kita mengajar. Kadang-kadang saya mengajar Ekonomi Statistik Tingkatan 6. Seronok jugak .. tetapi English .. result SPM mengerikan di Kelantan. Tidak ramai student dapat 1A dalam English .. so peluang dapat Anugerah Guru Cemerlang sangat-sangatlah kurang. Hampir-hampir tiada sebagai rezki saya.
Hujung minggu ada kelas tambahan. Subjek pengajaran masih lagi English. Puan Hajjah Karimah dan Puan Hajjah Rahimah Shaari ..mereka pakar ..bahagian mengatur jadual waktu .. kelas tambahan. Tetapi .. jika saya mengajar siang malam pun English .. result tak lah so convincing mana pun. Maklumlah Kelantan. He..he.. mengajar bagai nak pecah anak tekak .. kita tanya English ..kita jugaklah yang menjawabnya di depan kelas. Begitulah seronoknya mengajar bahasa Inggeris di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Hujung Mingggu .. kita saling melawat .. sahabat handai warga guru. Cikgu Nik Hadi dan Cikgu Naba ..tempat saya selalu .. merujuk dalam serba serbi kehidupan sebagai guru. Sekarang mereka dah lama pencen. Mungkin dah masuk 10 tahun dah mereka bersara. Didoakan mereka sentiasa bahagia dengan tanah ladang dan cucu-cucu yang ramai. Ameen.
Apa-apa pun saya gembira/redha jadi guru di Kelantan. Dulu kita pakai baju simple jer. Yang penting .. ada ball point pen berwarna merah. Mesti ada. Tanda / penanda kita warga guru di mana-mana pun orang leh kenal kita ini guru. Pen merah. Kereta pun warna merah. Guru merah .. silap silap orang kampung marah. He..he.. ada kawan saya .. dah tua pun masuk meminang anak dara orang berumur 17 tahun. Dia? 45 tahun. Saya salah seorang dilantik menjadi perunding. Bayangkan ..pinangan itu diterima. Guru 45 tahun panggil pak mertuanya abah .,.sedangkan pak mertua nya baru jer masuk umur 44 tahun. Geli hati ..saya memikirkannya. Guru itu sangat bertuah berkhawin dengan pelajar STPMnya sendiri. Pagi panggil 'cikgu' sebelah petang panggil 'kekanda'. Filem melayu hitam putih.
Sekarang ..murid-murid terlebih mahir dengan teknologi cell phone/ selalu mencuri mengambil pose-pose gurunya dan tanpa izin gurunya muat naik kedalam internet. So awas-awaslah para guru sekalian. Jangan terlampau intim dengan murid-murid tuan hamba yang mempunyai paras rupa. Bahaya?
Sekian dulu. insyallah satu hari Nanti saya akan sambung .. di lain waktu. Maaf jika ada yang tersinggung. Tulisan ini sekadar .. memori/ refleksi/ nolstalgia saya sebagai guru di Kelantan sahaja. Saya menulis dalam BM untuk berlatih latih supaya satu hari nanti Allah memberi saya kebolehan menulis seperti DR Redhuan Tee (Uni Pertahanan Malaysia). Insyallah.
Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment