ikut stail lembu kenyang

Posted by sazali

Salam.

Pernah tengok lembu kenyang tak? Dia landing jer atas rumput sambil ekor nya sling sana sini ..halau lalat dan binatang-binatang lain yg cuba hinggap kat badan dia.

2) Ini istilah saya belajar kat kelantan. They mean ..jgn hiraukan apa-apa yang berlaku depan matamu. Gitulah

lagunya ..lembu kenyang ini.

Anak dara kuar rumah waktu maghrib tak balik balik sampai esok pun tak apa/
depa merempit tau .. tanya orang kedah .. taht time ada video clip budak pompuan naik motorsikal kat blakang buat lakonan ..daring punya budak betina ..tak takut dia , if dia terbalik dgn sang rempit budak lelaki nya yang sedang tekan minyak motorsikal habis habis .. mereka meremnpit sana sini. tak tahu malu.

Ramai mak bapak melayu lani yg ambik peranan stail lembu kenyang jer. Tak hirau anak dara dia orang dibawa pemuda tak dikenali sana dan sini. Org putih kata .. bunga jika ramai beruk yg jamah itu dan ini bunga tu ..lama-lama layu dan busuk tau.

Entah ..lembu kenyang ni .. mereka tak kesah pun. Anak tak sekolah pun tak apa/ anak makan candu dadah , marijuana pun ..tak apa. Mereka mampu bayar saman polis dan .. ambik balik anak pompuan mereka di hospital swasta after surgery itu dan ini.tak kesah.

Asalkan aku lembu kenyang dah lah.

3) Now masyarakat islam ..makin hari makin hancur. Iman mereka dah punah rabak rabekk dah. Dulu .. time TV hitam putih ..boleh gak mak bapak makan malam bersama-sama dgn anak-anak after sembahyang maghrib sekarang

waktu makan malam pun ..anak anak kata ..mak abah makan dulu lah .. mereka asyik main handsets/ Ipad/ i phones / internet / ASTRO/ computer games

tak cukup dgn itu ada mak bapak lembu kenyang ni .. bila gi shopping ..beli banyak lagi CD CD cerita itu dan ini ..supaya anak anak leka bermain .. bila mereka tak balik ..ptg ptg .. mereka berdua berkerja siang dan malam. Cari rezki ..kata mereka .. hari ahad baru ada kat rumah.

Tak cukup dgn hand phones mereka yang multimedia dan 3G .. mereka beli anak anak mereka seoarng satu hand phone yang lain. Buat teman .. jika mereka sunyi time mak dan abah tak ada di rumah.

Melalui .. messages yg bukan bukan ..kpd alamat-alamat yg salah salah .. nanti satu hari naik ..pencuri. Perompak. perogol. pembunuh. Gitulah

gaya hidup stail 'lembu kenyang' orang orang kita melayu zaman lani. Zaman era najib tun razak. Aghhh.. sikit sikit kita mahu .. selesaikan kemiskinan tegal ni. Bila semua melayu kaya.. otak melayu tak fokus kod agama dah.

Mengikiut teori org putih ..if otak otak orang melayu tak focus pada agama ..senang sikitlah kita memerintah. Senang. tak leh lawan mereka dgn gelombang internet dan zaman hancur bederai ni. tak ada rasa malu lagi. tak ada patang larang halal dan dosa lagi. Bila ini berlaku ..senang siapa siapa nak memerintah bangsa melayu.

kalau setakat ada ilmu jer tetapi tak ada iman agama yg kental .. tunggu jer ..bangsa kita akan dihancurkan sekellip mata jer oleh bangsa-bangsa asing menggunakan perantaraan orang -orang kita , bangsa Malaysia yg lain. Toke toke kuat mengaut untung ..jual beli motosikal ..semua hutang .. time sawit laku banyak motor sikal kat anak-anak melayu bawah umur 18 thaun .. pun banyak yang laku. Motorsikal ini digunakan untuk merempit.

Dengan jual beli sawit .. masyarakat kita membeli alat-alat yg merosakkan tamadhun bangsa kita melayu islam sejati. Mudah sungguh .. racun dan senjata senyap bangsa-bangsa asing menghancurkan melayu. Tunggu .. tamadhun melayu hancur ..senang lah mereka tawan ..orang melayu tak kira anda berada di tepi pagar istana atau pun di atas bukit nun tinggi jauh di awan biru. Kita dah tak ada kekuatan lagi nak lawan musuh islam yg durjana. How? dgn kemewahan dan zaman leka dan laro. hanyut bangsa kita ..lembu kenyang ..mak bapak kita.

janji Allah tetap benar. Jika kau tak jaga agama ku melalui usaha dakwah yg bersungguh-sungguh ..tunggulah satu hari nanti ..kamu akan diperintah oleh org2 yg zalim ..mengahncurkan kamu. Siang dan malam.

Awas. Tuan Hamba.

Jaga lah anak-anak kita . Jaga agama dan tamadhun tata susila bangsa islam ini.
Saya mengajak tuan hamba ..jauh dari sikap lembu kenyang tu ..tak berguna langsung bersikap demikian. Jom buatlah sesuatu yang akan menyelamatkan bangsa kita melayu islam sedunia.

Allah Akbar.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment