Semua Ameen

Posted by sazali

Salam

Semalam saya membaca Star sebuah akhbar di Malaysia. Ketawa saya dibuatnya sambil diperhatikan oleh 2 orang cucuku. Begini bunyinya:

Kim Jung II ( orang kuat negara China - presiden) berkata " saya anggap seseorang itu bodoh sangatlah jika pada zaman lani .. pertama , dia masih merokok, kedua, dia tak menghargai indahnya muzik muzik dan ketiga dia tak tahu pun menggunakan komputer."

Bagaimana itu yer? Merokok itu merbahaya .. tetapi ramai orang kita tua dan muda masih sayang meninggalkan putong rokoknya. Mereka tidak mahu buang tabiat merokok kerana ketagihan ini payah nak buang selepas mereka selesai makan nasi , makan apa=apalahhh... kalau kita stop mereka dari makan tengah hari dan makan malam besar kemungkinan tabiat merokok boleh di atasi. Lagipun, mereka perokok ini mempunyai banyak wang. Bayangkan 1 kotak rokok Dunhill harganya RM10. Jika 1 hari 1 kotak , setahun dah RM3650/ senang-senang jer dia buangkan wang itu ke dalam dunia kepulan-kepulan asap. Patutlah Kim Jong II kata mereka ini bodohlah. Maaf teman-teman. Presiden China kata tu.

Tetapi tak sempurna tulisan ini saya tidak sertakan satu peristiwa dialami oleh nabi besar kita Muhammad s.a.w. pada satu masa dia menaiki mimbar masjidnya 1 langkah demi 1 langkah di mana setiap langkah dia berkata Ammennn. Para-para sahabat nabi yang setia Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali r.a. pun hairan mengapa tak henti-henti nabi berkata-kata Ameen ni.
Hilang tebiat ker? he..he..


Maka mereka pun bertanyalah .. sekian dan sekian. Jawapan nabi ialah:

Setiap langkah aku menaiki mimbar tadi .. aku terdengar malaikat Jibrail a.s. berkata "..rugi sangat lah orang yang mana selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan ..dia tidak memperolehi pengampunan dari Allah tuhan yang maha esa. Aku pun menjawab Ameen. Jibrail pun berkata ameen. Pada langkah kedua, aku cuba menaiki mimbar ini .. jibrail berkata rugi sangatlah ..orang yang mendengar nama rasulullah (nama mu Muhammad ) mereka tidak membalasnya dengan satu salawat pun ... aku pun menjawab ameen ..dan jibrail pun berkata Ameeen. Langkah ketiga ..aku cuba manaiki tangga mimbar ini masjid .. jibrail pun berkata ..rugi sangatlah orang jika pada masa tua ibu dan ayahnya masih ada atau mana-mana masih tinggal seorang dari nya .. meniti zaman tua dan masih hidup ..anak-anak mereka tidak menghiraukan apa-apa kebajikan dan keperluan harian ibu dan bapa mereka sehinggalah ibu bapa mereka ini mati. Aku berkata Ameen dan jibrail pun menjawap Ameen."

Begitulah ceritanya. Cuba kita bandingkan cerita baginda mengameeenkan ayat-ayat Jibrail ... dengan cerita Presiden China Kim Jung II di atas. Terbeliak biji mata saya jika .. rugi itu ditafsirkan sebagai seseorang yang bodoh lagi malang. Maka .. tidak terlewat lagi kita , jika ada lagi mak dan ayah di kampung nun jauh di sana , kita pulang cepat-cepat , minta ampun banyak-banyak segala kesilapan kita mengabaikan mereka semasa mereka memerlukan kasih sayang kita. Tak ingat kah kita pada masa kita bersekolah dulu , habis tenaga mereka mencari wang , dengan menoreh getah dan memungut kayu api, dijualnya dan bila semua duit diperolehi mereka menghantarkan duit itu untuk kita di universiti.. Mulai lah hari ini ..kita buat panggilan kpd ibu bapa kita dan bertanya khabar diri mereka sepenuh ikhlas hati kita. Tidak rugi kita kurbankan status kita sebagai seorang Agung, Perdana Menteri, Menteri Besar, Pegawai Daerah, Datuk2, Tan Sri tan sri, CEO Kerepit Manis Sedap industri sdn bhd, Naib Chanselor, Dekan, Timbalan Dekan, Ketua-ketua Jabatan, Profesor, Penolong Profesor, Pensyarah muda dan tua, Juruteknik muda dan tua dan semua pekerja jabatan yg lain .. ayuh ..buatlah sesuatu sebelum terlewat.

Sekian. Wasallam.

Wallahu aklam. p/s: Selamat Berpuasa di bulan mulia ini Ramadhan yg mubarak. Doakan untuk saya yang hina dina ini.

0 comments:

Post a Comment