Program gerak gempur Add Maths

Posted by sazali

Salam.

Di mana-mana sekarang pihak sekolah, PIBG sibuk melaksanakan gerak gempur UPSR, PMR dan SPM. Satu antaranya ialah gerak gempur Matematik Tambahan. Hairan yer?

2) Mengapa ini semua? Adakah anak-anak kita di sekolah tak bagus matematik nya? Susah sangatkah matematik tambahan ini? apa yang susah nya ..anak-anak ku? Yang hairan bin pelik ialah .. ada juga pelajar dari sekolah asrama penuh mengikuti serta program gerak gempur sebegini ini. Ini membawa mesej tahap pencapaian matematik sudah tak sebagus dulu lagi? Dulu zaman 1970 - 1990 mana ada ..gempur gempur ni. Tanya Marina Chin ..pengetua SM Sukan Bukit Jalil. Mana ada?

3) sebagai seorang ayah .. saya rasa ..jika anak-anak tak bagus ..matematiknya ..besar kemungkinannya ..beberapa sebab:

3.1 cara pengajaran matematik dan matematik tambahan sudah tidak sebagus dulu
3.2 kualiti pelajar dan mungkin guru matematik pun boleh dipertikaikan juga .. dalam kedai-kedai kopi tepi sekolah-sekolah seluruh tanah air
3.3 tak kan budak asrama penuh pun .. tak bagus matematiknya? silap sistem KPM kah yang menerima masuk mereka ke dalam sekolah cluster seperti KISAS, MCKK, STAR, Tungku Kurshiah, Sek Tun Fatimah ker? MRSM pun bagaimana yer?
3.4 pelajar sekolah cina swasta tak bergempur sama ker?
3.5 pelajar sekolah Maahah Muhammadi (P) Kota Bharu ..pun sama sama dalam satu bakul ker?

Hairan yer? apa yg silap.

Besar kemungkinan kita semua pelajar dan guru dan ibu bapa ..terlampau taksub dengan gred A+, A, A- kot? Mengapa itu semua? setahu saya ..disekolah ..guru matematik hanya menyampaikan konsep sesuatu topik sahaja diikuti dengan latih tubi ..berkali-kali. Selagi pelajar tak faham konsep 'janjang arithmetik , janjang geometri.. ' payah lah nak beri latih tubi ...tak membawa apa-apa kesan pun. Saya rasa .. guru-guru kena buat bengkel .. sama-sama mereka .. micro teaching .. bagaimana prestasi pengajaran anu bin anu dalam sesuatu topik matematik ..tahun demi tahun.

Saya rasa jika ..guru-guru sama sama berbengkel .. dan mengesan titik mana kekuatan dan kelemahan mereka dalam sesuatu topik dan sub-topik .. saya rasa prestasi kefahaman murid akan bertambah baik dari masa kesemasa. Insyallah.

Bagus juga guru-guru ini ..terutama yg dah lama jadi pemeriksa kertas jawapan matematik / math tambahan .. memberi tulis buku, boleh jual sikit, berkenaan dengan contoh-contoh analisa kesilapan soalan-soalan yang telah dibuat oleh pelajar-pelajar yg menduduki peperiksaan SPM tahun-tahun yang lalu. Apa rasa itu?

Dulu saya mengajar mathematik moden jer di SM Kota, Kota Bharu, Kelantan sedangkan Cikgu Syed (bini ramai) selalu membuat dan menjual buku-buku Matematik Tambahan sedemikian. Bagus ,kualiti buku-buku tersebut? sangatlah mujarab insya allah. Bahkan banyak soalan-soalannya saya telah gunakan di Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Alhamdulilah. Pelajar politeknik 1993 - 2002 banyak yang menggunakan buku Cikgu Syed tanpa mereka sedari.

Aghh. Sekian sajalah ..penulisan saya ini. saya menulis benda begini sambil menunggu student Diploma IT 1 yang kandas matematik diploma tahun tahun lepas yang mana sukatan pelajaran di sini sikit tinggi dari Matematik Tambahan di sekolah-sekolah, KPM.

Sebelum saya akhiri , mengapa kita sebagai ibu bapa dan penjaga tidak buat gerak gempur sama-sama kat anak-anak kita yang lalai menunaikan solat 5 waktu sehari? Gerak gempur anak-anak kita yang tiak mengaji Quraan yang suci?

Gerak gempur anak-anak kita yang suka sangat membaca berita sensasi (tak sesuai bahan bahan ini) dari akhbar harian yang terdapat di pasaran?

Kita tak seghairah mengempur gila-gila benda-benda ini kerana benda-benda agama tidak ada nilai komersial .. perkara agama,, amalan agama, jika nak dibandingkan dengan kertas matematik, matematik tambahan , fizik SPM . Betul tak? Jika tuan berkata betul .. kualiti keimanan tuan terhadap agama Islam sudah goyah, semakin luntur, lemah, hilang, nipis dari hari ke hari. Sekarang ramai kita percaya .. ada degree ada kerja ada kualiti hidup dan seterusnya .. semua ini dipanggil kebendaan yang sementara. Allah Akbar! Kehidupan akhirat kekal dan benar tuan. Gempurlah minda dan risau kita ini.

Wallahu aklam.

saya yang lemah .. Allah saja yg ever kuat , powerful and most mighthiest lot.

0 comments:

Post a Comment