Rimau 0 Highbury Park boys 4

Posted by sazali

Salam

Today I watched BERITA jam 1.30 lunch.

He..he.. pasukan Harimau kita tumpul lagi . Dibaham oleh budak-budak Highbury Park ARSENALS 4 - 0. Kasihan jugak. Sabtu ni sure budak-budak rimau kita ni mati terus ditelan LIVERPOOL.

2) Siapa punya idea ni .. nak suruh anak anak rimau ni main dengan budak-budak mat salleh bercampur BRAZIL, ARGENTINA, GERMAN, ITALY ni?

kan ker parah .. tu. Buat malu kita semua jer. Perangai penonton bola sepak kita satu hal jugak. Ada ker pakai baju jersey ARSENAL? Mana itu spirit ke negaraan hasil dari didikan KBSR dan KBSM?

3) Rugi besarlah kita ..terutama Utusan Malaysia .. nak report apa .. gol gol yg terbolos dalam gawang Malaysia ..bukan hebat sangat ..setakat tanduk, lop ... dan terlalu lah simple. Satu penalty dihadiahkan kpd ARSENAL sempena lawatan mereka ke tanah air.

He,..hee..

Why tak ajak JEPUN atau KOREA SELATAN jer? kan kaki jepun dan kaki org Korea sama panjang dgn melayu kita. Adush. Diajak berlari pulak dgn mat salleh yang mana kaki mereka dah 3 kali ganda panjang dari kaki anak-anak aku di rumah. Adush.

Entah apa jadilah dengan LIVERPOOL ni Sabtu. Tengoklah .. pantang kalah sebelum berjuang tetapi saya nak teka .. lah. Score 4 LIVERPOOL dan 1 Malaysia. Itu pun mungkin gol disumbat sendiri. Ha..ha..

Kita rendah, pendek, kecil tulang ..tetapi tinggi tahap kesopanan nya. Maklumlah anak anak didik KBSR dan KBSM dan PPSMI. Respect tinggi sangat kat mat salleh. tak nampak pun budak budak rimau tu berlari macam nak mati.... maklumlah respect tinggi sangat.

Lagi pun ..yg penting .. boleh tukar dengan jersey busuk/ masam dari budak budak Arsenal tu. lain dgn geng Mokhtar Dahari, Arumugam, Sanktokh Signh, Wong Chung Wah , Lee Chee Kiong, .. lawan dengan GERMAN di Germany pun ..score 3-0 kalah tetapi org german respect anak melayu .. why? they ran as if they had reached the far end of the world. So fast. I ingat lagi how Mohktar score goals for Malaysia. Hampir-hampir tercabut jaring gawang gol org Jerman keparat tu. Ha..ha.. tu bariu tanda main bola.

This time .. kita punya players pegang bola 3 saat jer tiap tiap pemain. Penakuut nak mampus ..takut mat salleh patahkan kaki melayu kot. Gentel lah bola tu. Tunjuk skill kita sikit depan penonton kita pulak tu. That day gi BERSEH 2.0 now Arsenal 4 Malaysia 0.

Adush.

tak apalah .. kita tukang rumah kaya. Asyik jemput org main kat kampung kita jer.
Bila Samurai Jepun nak ajak kita main bola di Osaka hah? kan ker sedap itu semua?

Jepun tak ajak kita main , Korea pun jauh sekalli .. ini tanda ..kita tak ada ranking lagi lah dalam mengentel dan skor gol bola sepak di dunia ini. Sebut tentang gentel bola .. teringat Maradona. Dia gentel bola semasa Argentina main dengan England ..hebat dan terpesona sungguh manusia seluruh dunia. Dia rendah dari saya tetpai bola tu melekat kat kaki dia .. dari tengah padang ..sampai ke lubang gol England. Hebat sungguh dia mengentel sebiji bola itu . Habis seluruh dunia manusia gila kat dia. That time anything about maradona laku. Kasut maradona laku, stoking maradona laku, seluar spender maradona pun laku.

How about ours? boleh laku sama tak?

ha..ha..

Nasib nasib.

wallhu aklam.

0 comments:

Post a Comment