Perkataan malas aku

Posted by sazali

Salam.

Dalam B.M. ada satu perkataan yang mana ramai orang kita suka menggunakannya.

Perkataan itu tak lain tak bukan ialah "malas".

2) mengikut kamus malas bermakna ".. tidak mahu ambil tahu apa apa berkaitan dgn perkara yang sedang dibincangkan ... oleh sesuatu masyarakat, suku kaum, sekolah, komuniti dan .. sesiapa saja lah yang paling dekat dengan telinga seseorang .."

3) Semalam saya mengajak orang rumah (isteri kesayangan) ikut serta satu kursus komputer web design (bina web) free of charge ..tak yah bayar.. hanya ambil bahagian jer.

Isteri : Malas saya .. nanti saya ketagih komputer pula ..

baik saya buat benda lain .. malas nak berebut main komputer dengan anak-anak di rumah ...

Suami: if u pandai blog .. web design .. you boleh promote ..macam-macam .. buat bisnes .. jahit-jahit baju kurung, langsir moden dan macam-macam lah ..

Isteri : malas ...baik saya baca Al-Quraan ..belajar hafal ayat-ayat Al-Quraan ..lagi banyak faedah ..umur tua gini ..baik buat banyak amalan agama ...aghh..malas.

4) Begitu lah sikit sebanyak dailog saya dengan isteri misali saya. Asyik sebut malas jer.

5) Orang kita payah nak maju .. why? kerana perkataan 'malas' lah. Ini baru isteri seorang pensyarah IPTA. Belum lagi kita masuk kebun sawit, kebun durian, kebun nenas di Johor Darul Takzim ini. Sudah tentu sikap hendak belajar dalam kalangan orang-orang kampung .. tak sebegitu kuat dibandingkan dengan keluarga orang-orang terpelajar (konon-kononnyalah ni ..he..he.. ).


Di negara barat seperti United Kingdom, USA, Peranchis, German dan negara matahari naik .. masyarakat orang-orang tuanya masih berminat nak belajar benda-benda baru seperti internet, blogging, kaedah menjalankan online shopping dan lain-lain lagi. Dengan cara ini mereka mengembangkan ilmu , pengalaman hidup mereka kepada dunia. Dengan cara ini tanpa disedari agama kristian, buddha, hindu, atheism berkembang- biak dalam rumah tangga orang-orang timur tengah, asia tenggara, melayu kita dan .. lain-lain lagi.

Agama islam lambat berkembang kerana orang-orang tua kita ramai yang malas nak buat sesuatu yang baru. Pendekatan terbaru. Kalau kita pulang ke negeri saya ..Kelatan Darul Naim .. ustaz-ustaz 1st class mengajar secara bersekemuka face to face dengan orang-orang kampungnya sahaja. Cara begini ada banyak kebaikan tetapi kita kena percaya .. kaedah ini mempunayi banyak kekangannya/ ilmu terhad itu berkembang .. seorang mualaf di Kuala Lumpur .. lambat nak faham sesuatu .. aspek agama dengan cara ..pertemuan secara terus dengan ustaz tertentu sahaja.

Melalui internet dan blogging , penyampaian mesej boleh berlaku dengan lebih laju dan mempunyai impak tinggi ..bukan dalam jangka masa satu hari tetapi menjangkaui .. bertahun-tahun lamanya impak sesuatu mesej itu ..

teknologi internet tak berguna tanpa adanya orang berilmu di belakang teknologi itu. Contoh ustaz menulis blog , memberi ilmu, memberi kupasan dan komen tentang sesuatu isu menarik seperti murtad, tanpa disedari orang-orang jepun boleh membaca dan seterusnya memahami keindahan agama dan amalan hidup islam yang sebenarnya. Mesti ada pembaca di sini .. merungut ..mana boleh orang jepun faham bahasa kita cikgu?

Sekarang jangan hairan .. orang russia, denmark, belanda dah lama mengkaji dan memahami bahasa melayu. Oleh yang demikian jangan hairanlah .. orang jepun pun dah ada yg mengambil bahasa melayu sebagai satu subjek pilihan di universiti, kolej, institut perguruan mereka. Mereka belajar untuk maksud promosi barangan-barangan mereka. Oleh itu kita jangan malas .. belajar sesuatu yang baru dan kita sampaikan apa-apa yang terbaik kepada dunia secara ikhlas ..mana tahu satu dari ayat penulisan kita akan membawa atau menjadi punca hidayah kepada orang jepun tsunami , korea, taiwan dan ... semua bangsa di dunia ini.

Semua ini boleh berlaku dengan izin Allah. Kita sebagai manusia .. kita kena tunjuk minat untuk belajar dan sampaikan secara terbaik mengikut keupayaan kita .. Allah akan buat seterusnya.

Jangan malas bangsaku. Ayuh buatlah sesuatu yang akan menjadi sumber .. untuk kita memasuki syurga dan keredhaan Allah. Sebelum saya akhiri baik saya tulis "... don't think this is small for if Allah wants ..this small thing is looked upon by Allah as the biggest asset for us to enter paradise .. and don't this is is small.. for Allah can see this as something so big that could bring us nearer to hell..." Dengan itu renung-renungkan ah tulisan seseorang hamba allah ini yang tidak malas lagi macam dulu kala. Kita mahu perubahan kan?

Ameen.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment