Hari Jumaat terakhir pada Mei 2012

Posted by sazali

Salam

hari Jumaat tiba lagi.  Orang - orang alim mengingatkan kita hari ini adalah penghulu semua hari.  Sepatutnya sebagai mukmin dan mukminat kita :

a)  digalakan membaca Yaseen ( surah di dalam Al Quraan) semalam lagi selepas solat maghrib beramai-ramai di masjid / marhalah/ surau kampung masing-masing. Kalau tak sempat malam tadi, pagi pagi lagi sepatutnya kita dah settle membaca surah Yaseen ini sebelum kita sentuh akhbar STAR atau Berita Harian.  Tak sempat lagi ..  pagi pagi di jabatan jabatan kerajaan di Negeri Johor ini .. kebanyakkan staf membaca Yassen dalam majlis tazkirah.  Bacalah wahai sahabat-sahabatku.

b)  banyakkan salawat kepada Baginda Rasululllah ..s.a.w.  Bukan susah sangat .. sebut jer Allahummma soli ala muhammad , wa ala ala lihi saiyidina muhammad.  Satu salawat kpd nabi kita;  pahalanya ..  10 kali malaikat sebutkan nama kita di Arash Allah yg Maha Agung.  Di mana arash ?  Tanyalah orang-orang alim.  Mereka tahu lokasi sebenar tempat itu tak boleh guna google/ youtube/ google map pun.

c)   banyakkan bersedekah.  Kalau dulu ..sebelum Dato Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri Malaysia)  ..naikkan gaji kita 13% . kita asyik sedekahkan RM1  ..sekarang dah dapat gaji pokok yg baru ..biarlah ..RM10 - RM15 seminggu.  Boleh tak? Jika semua orang islam dermawan sifat nya .. sudah tentu ..masjid akan jadi setanding dgn  hotel ..sekurang-kurangnya Hotel Seri Malaysia 3 bintang.  Toilet system .. bagus jugaklah. Ada security .. pak guard ada di semua masjid di seluruh negara. Kalau sebulan .. RM 40 - RM60 saya sedekahkan kpd masjid.  Kalau 1000 orang .. bersedekah macam itu ..insyaalah seronok kita ajak anak anak ke masjid.  Sekarang , masjid .. hisshhhh..malu lah nak cakap dlm ruangan ini.  Kasihan pelajar pelajar perempuan/ mak chik mak chik berumur 38 - 58 tahun.  Satu masalah besar dalam tandas masjid.  Memalukan ..

Tetapi sayangnya pak imam / org masjid tak bincang dan sebut dalam khutbah jumaat pun.  Mereka buat andaiaan semua perfect dalam toilet / tandas masjid maklumlah ..rumahmereka di sebelah masjid itu jer.

Cuba tengok? paip rosak/
air kadang kadang slow/ dan terus tak ada/  time jumaatlah ...  air selalu tak ada.  Pendek kata ..tak best .. sembahyang di masjid itu dan ini.  Terlampau becak/  macam kolam ikan // kadang kadang penuh air atas lantai.. terasa jijik .. bau pun busukkkkkkkkkkkkk //

flush system ..rosak// tali untuk flush .. dah lama hilang(reput).

semua batang batang dan kepala paip ..  banyak yg sedang dalam proses ..belia belia/ budak dadah  nak patahkan dan curi. Jual logam.  Why?

masjid kena ada system security yg bagus/  baru menarik .. orang baru berjinak jinak ke masjid.

Entahlah saya .. payah nak cakap benda benda ini.  Terlampau sensitif. Dato' Najib nak transform macam macam dah.. Dunia kelas pertama .. tetapi warga rakyat nya punya otak  Dunia Kelas ketiga.

satu lagi contoh -
Sini .. traffic light warna merah pun .. lori treler , kereta kereta besar bercermin gelap  / kecil ..terus jalan.  Kasihan budak budak kecil yg baru nak blajar ..melintas jalan yag sibuk.  Why?  cakap tak serupa bikin.

Di negara kafir .. walaupun pemandu mabuk dan gila .. bila memandu ///  mereka faham ..  bila warna merah ..mesti berhenti.  Otak rakyat Amerika dan Britain sudah set .. dah .. bila merah ..mesti berhenti.

Di sini ..  cuba cubalah lihat ..ragam dan telatah pemandu pemandu .  Cakap tak serupa bikin.  Pakai langgar jer sistem traffik di sini.  Polis dan ambulan pun sama jugak.  Time P Ramleee ..  2 * 5 = 10 ;  sekarang ..20 * 50 =  500000.  pakai langgar sahaja.  Semua boleh jer.

4) Topik hari ini ilah Mulianya Hari JUmaat.  Bagus.. sampai masjid awal awal waktu. Jam 1200 tengah hari .sepatutnya kita dah pacak dah kat masjid.  Baca Al Quraan.  Sembahyang sunat itu dan ini.  Baca doa ..mintak macam macam dengan Allah. Sekarang jam 130 th baru sampai masjid.  Penat dan berpeluh.  Tadi urus anak-anak , isteri dan macam macam.  Jika Pak Imam membaca kutbah,  ada orang sedang tidur.  Sedap tidur dalam masjid rupanya.  Entah mengapa ..org org yg susah sangat nak tidur kat rumah .. kenapa tak cari ubat kat masjid sahaja. Kenapa cari specilaist itu dan ini ..mengubati masalah tak leh lena tidur.  Time terbaik tidur dalam masjid?  se masa khatib sedang membaca khutbah.  Time itulah time paling sedap tidur. Jika ada CCTV .. sudah tentu banyak clip video .. pasal ramai orang org dewasa sedang lena tidur. Hishhhh.  Dasyat bukan?  Itu adalah realiti bila sedap sangat tidur sampai terkeluar air liur.  Sebab itu mana ada CCTV dalam masjid.  Takut ..gambar org tidurlah .. akan muncul dalam rakaman cctv itu.

5)  ziarah sanak saudara yg susah dan sakit melarat - larat.  Dgn lawatan ini, kita mula sedar dan insaf.  Sihat tak sepanjang masa. Ada masa kita akan sakit juga.

Mengapa yer?
6)  amalan yg baik hari jumaat ialah .. menziarahi  pusara ..tanah perkuburan ayahanda bonda, nenekanda kita.

Amalan ini bagus diteruskan ..membawa keinsafan kpd kita ..bahawa mati itu adalah benar.  Bukan main-main punya cerita.  Kalau selalu melawat kubur , payah kita nak rasuah itu dan ini.  Payah kita nak menipu ..dan menzalimi sesama manusia.  Tak masuk kuliah is menipu/  tak tanda paper maths ujian sebelum EXAM FINALS pun menipu jugak; gaji kita tak BERSIH ma; bila duit itu kita beli makanan dan suap kat anak anak bini ..  sebab itu mereka lawan kita bila kita sudah tua.  Hati mereka sudah gelap.  Sampai ada, anak sanggup bunuh bapak kes tak kasi duit beli motor saiz dan power besar!  //

Tetapi ..kalau kita baca kes mahkamah .. mana ada .. org org yg disabitkan kesalahan .. membuat lawatan ke kubur sebagai  satu amalan rutin .. amalan mingguan .. sebagai habit mereka. Depa melawat EMPORIUM jer tok.  Disebabkan ..  tak menziarahi kuburlah  .. ramai orang kita menipu itu dan ini.  Buat banyak sangat  kezaliman .. penipuan .. bom warga mongolia tiba-tiba jer  .. bila mau selesai kes itu.  Why kuat cover dan cover ini?  Kasihan pak polis 2 orang itu ..  tiba tiba .. mereka sahaja ,.. yg kena hukuman.  Yg besar besar punya pelakon .. mana ada pergi hah?  adakah ini keadilan?  Tengok keadilan tak wujud bila rakyat kurang sangat menziarahi kubur ayahanda bonda mereka.  Betul tak?
Mereka lupa mereka akan mati.  Bila mati ..mereka akan ditibai oleh para malikat bernama ..   why?  tak tahu jawab Siapa tuhan engkau/ siapa nabi kau/  apakah kitab kau/  ada ingat amoi mongolia itu ker? adush ..payah kita dalam kubur tuan tuan hamba  ?

Berubah lah wahai teman.  Jom kita berubah.  Jangan kasi org zalim jadi tok wakil  kita.  Semua kita akan disoal nanti tau?

 Buatlah hari ini sebagai hari yg paling istemewa untuk anda .  Anda berubahhhhhh beransur-ansur dari jahil kepada org yg Allah redha dgn baki  hayat yg masih ada.

Wasallam.  p/s: jika hujung bulan time dapat gaji baru kita  ingat pada Allah , maka Allah akan ingat pada kita bila mana kita susah nanti. Manalah tahu?

Wallah hu aklam.




0 comments:

Post a Comment