Sibuknya mereka ..

Posted by sazali

Salam.

Aku bercuti semalam kerana ke Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.  Niat aku - nak jadi penulis buku teks konon-kononnya - subjek matematik atau Teknologi Maklumat n Komunikasi peringkat sekolah rendah.  Insyallah/ alhamdulilah dan Allahu Akbar.  Allah Taala akan menolong hambanya yang berusaha dahulu , doa dan bertawakal kpd NYA sepanjang masa.

2)  Dalam perjalanan aku ke sana , ramai pelajar sms(pesanan ringkas hand phone)  tanya itu dan ini.  Tak boleh tengok , shifu enjoy 1 hari cuti  penuh untuk urusan peribadinya .  Isu mereka ialah .. nak tengok peratusan kedatangan ke kuliah/ tutorial/ labs sepanjang semester ini Feb 2012 hingga May 2012.

Maaf yer ..  Kalau saya jadi mereka .. buat apa lagi nak semak kedatangan ini ..

(i)  dulu dah buat keputusan nak  memonteng , memonteng ..  sure saya tanda '0' dalam borang kedatangan mereka.  Jika tak cukup kehadiran sebanyak 80% , mereka tak boleh menduduki peperiksaan akhir semester ini.  Padan muka mereka. Dulu enjoy memonteng , sekarang ..nah terima padahnya.  Dalam matematik jika ada 10 kuliah satu semester ..jika mereka tak datang 2 kali .. mereka dah hilang 20% .. kedatangan.  Jika 3 kali ..tanpa sebab ..  maka secara otomatik ,  mereka tak layak ambik exam.  Simple mathematics.  Dato' Bahamam zaman purba Malaya pun faham.  Belum lagi ..  Tok Kenali Kelantan.

(ii)  Beza ketara belajar zaman lani dgn zaman saya di universiti dahulu.  Di sana i.e., United Kingdom, tak ada pun lecturer cari dan bertanya khabar diri saya jika saya demam berhari hari sehingga pecah bibir mulut disebabkan kesejukan di musim salji.  Dalam keadaan gitu pun syukur saya perform alhamdulilah  ..tetapi di sini (Malaysia) .. semua benda pensyarah kena ambik tahu. Hatta.. mak ayah mereka bercerai atas bas "NICE' pun .. sampai berita itu kpd kita.  Adush..   Pelajar tak datang kuliah 2 kali berturut-turut pun kita dipaksa  keluarkan surat warning itu dan ini.  Saya rasa kalau kelas 30 orang senanglah buat surat-surat macam-macam.  tetapi tahun ini saya kena ajar 150 orang pelajar maths discrete termasuk pelajar mengulang lagi dan lagi.  Bagi saya, jika kau nak blajar ..kau datanglah kuliah, tutorials dan macam-macam benda alah nya itu dan ini.  Bukankah kau dah besar dan panjang ni? Ini kau dah tak nak datang kuliah/tutorial jam 0800 pg ..  buat apa saya sibuk nak hubungi kau?  teruskan tidur dan tidur awak itu.  tahun depan boleh mengulang lagi.  Jangan risau.  Sedap mengulang paper maths discrete ini.  Best in the world!   Top of the POPS!  kawan kawan anda semakin muda sedangkan ..kau sahajalah ..berwajah tua/ senior sekali.  Dan jgn bimbang kaulah yg paling terror sekali kerana kau dah tahu macam-macam.  Pengalaman mengajar anda?

Sekarang, budak hisap dadah pun kita P.A (penasihat akademik) kena ambik tahu. pelajar pelajar hindu asyik nak pergi kuil  dekat dekat dengan musim Test 1 dan Test 2 pun kita kena ambik tahu ..  mak ayah mereka bergaduh .. mak ayah masuk hospital pun dimaklumkan kpd kami as a P.A.  hishhh rimas nya jd guru/ pensyarah ni.... gilo.  Patutlah gaji Pensyarah semakin besar .. kes terlampau ambik tahu.

Sekarang motosikal hilang pun kita kena ambik tahu/ pelajar mencuri komputer dari laboratory komputer pun .. kita kena buat report macam-macam.  Jika kita report kat balai polis Parit Raja pada awal kejadian  ..tiba tiba tukar fikiran nak  tarik balik laporan polis tersebut .. kita juga kena ambik cakno (tahu).  Maka P.A. dua kali jadi gilo.  Banyak laporan itu dan ini. Sibuk menulis laporan daripada  betul betul perelokkan .. meningkatkan kualiti bahan kuliah/ tutorials.

Bila mau jadi universiti hebat-hebat sikit ni?  bairkanlah kami mengajar mereka dah lah dan sebagai students biar mereka belajar dah lah.  why or why ..macam macam berbelit kat kaki kami.  Org kelantan kato '..banyak  sangat mangkuk pinggan .. ..'

Sekian.   tolong jgn hubungi saya lagi kerana  darah saya semakin tinggi .. malas nak ambik tahu macam macam dah ..overloading my memory (Mayer 2001) ?  my cuti is my cuti.  patutkah saya menghebahkan ke mana saya berada 24/7 ..  nanti ada orang tertentu (upahan) mengebom  .. tubuh badan saya pulak.. laugh laugh laugh?
habis gigi-gigi, kepala lutut, jari jemari dan janggut saya tidak dapat dikesan oleh semua generasi anak cucu saya.  Kasihani lah saya.  Cukuplah mendiang Antantoyya .. model tercantik di Mongolia tu .. yg hancur dek bom terbesar di negara ini .. atas bukit Puncak Alam, Selangor  .. dah lah. Jangan shifu mu ini/  kerana dia tak dapat apa apa pun yg lebih ..kecuali gaji mengajar matematik , tanda kertas ujian, kerja kursus .. dan elaun sewa rumah jer se lama ini.

Wallahu aklam.  May Allah brings back your common sense plus my happy smile again.  Ameen.

1 comments:

  1. Wafa Auliya Insan Gaib said...

    Kuncungi blog aku
    tentangwafa.blogspot.com
    terimakasih...

Post a Comment