Bila baru join kerja government

Posted by sazali

Salam

Selepas konvokesyen .. semua graduan nak cari kerja.  Kenapa?  boleh hidup berdikari dan  dapat membantu mak ayah di kampung.  INsyallah kalau ada rezeki ..boleh mendirikan rumah  tangga dengan geng satu kohort dan macam macam .ikut selera kita lah.

Dulu time baru baru kerja guru ...

(i)  cukup bersemangat ..pergi sekolah.  Malam sebelum itu ..buat persediaan rapi ..gerun pun ada maklumlah sekarang pelajar pelajar berbadan besar dari guru.  Diet mereka tak main nasi lemak santan kurang ni , ikan bilis goreng 3 ekor dan telur setengah biji ..  mereka makan burgers, susu kambing, corn flakes dan .. macam macam ekspress0 dari USA

(ii)  cukup patuh..arahan Guru Besar/ Pengetua/  buat semua yg disuruh  tanpa soal jawab

(iii) datang sekolah menumpang kereta guru guru seniors..cukup baik tingkahlakumu itu.

---------------------------------------------------

Tetapi tunggu jer 5 tahun selepas posting pertama.  Ada guru tadi


(i)  datang pun 10 - 15 minit lewat setiap hari;  persediaan mengajar tak serapi dahulu lagi.. maths formula semua at our finger tips dah

(ii) kalau dah  khawin dgn orang besar-besar ..macam Kolonel, Brigadier  TUDM, TLDM, majistret negeri, Pegawai Daerah, Profesor VK Gred 'C' ..

dah mula tak mahu dengar sangat dah ..arahan arahan bos, pengetua, ketua sidang, PK1 , PK2 ..

why?  rasa rasa ..PK HEM, penyelia petang  ..gaji banyak mana sangat kan?

(iii)     kadang kadang lawan boss/  tak mahu mengawas peperiksaan SPM dah  .. dan macam macam lagi.

-------------------------------

Saya rasa ..  gelagat begitu tak berhenti di sekolah sahaja.  Di politeknik , universiti muda muda pun  ada staf tak mahu ..ikut kursus out station mana mana dah ,...  maklumlah ..

dah mula dapat anak-anak 1,2,3 orang

*  taat kat suami ..if suami tak kasi pergi outstation ..dia tak kan pergilah..

lain benar kelakuan .. staf ini bukan?

--------------------------------------------

Sebagai staf  veteran ..  saya memanggiil diri saya dahulu..

(i)  mengapa .. perangai dah berubah ini?
(ii) tak ingat AKUJANJI ..
(iii) tak ingat ..masa temu duga awal awal dapat kerja ..kita akan patuh taat setia sepanjang masa.

Jom beristirgfarlah  tuan hamba/  puan sekalian ..

nanti kita juga yg susah ..satu hari nanti.

Sekian.  Buat renungan kita bersama.
Ingat ..kat luar pagar sekolah itu ..ramai lagi graduan universiti nak kerja tau?  Kasihan depa.  Tuan bagaimana?

0 comments:

Post a Comment