Mengapa kaum melayu berminat kerja kerajaan?

Posted by sazali

Salam

Topik yg bagus ... untuk kita bincangkan dan panjangkan kat anak anak kita.

Sebab:

(i)  ada gaji tetap/  hari Sabtu, Ahad tak kerja pun ada gaji kita.

Contoh:  seorang guru siswazah bermula dengan Gred DG41 ..tangga gaji RM2200 sebulan.
Ini bermakna ..setiap hari upahnya RM70 sahaja.  Syukurlah.  Jika dia melawat ibu ayahnya sekali pun setiap hujung minggu .. kerajaan baik kita dah bayar RM70* 8 = RM560  setiap bulan.

(ii)  bila dah confirm dalam jawatan ..boleh ambik pinjaman rumah. Ada anak buat rumah untuk ibu ayahnya  RM150,000 di Kelantan.  Bertuah mak ayah itu.  Aghhh ..tak mahal macam kawan kawan dia kat Putrajaya /  Kuala Lumpur / Pura Kencana .. tetapi bagi saya ..dah ok dah RM150,000 untuk mak ayah.  Ini satu tanda rahmat ..dari tuhan mengurniakan anak yg mahu berbakti kpd ibu ayah ..semasa mereka masih hidup lagi.

(iii)  kalau masuk hospital kerajaan ..  kerajaan tanggung semua perbelanjaan.  Masuk Ward 1 atau Ward 2.  Mak ayah ..pun dapat menikmati kelas Ward yg sama.

Orang melayu ..ramai yg berpegang kpd ajaran agama islam.  Pucuk ketua dalam hati anak anak ialah mak ayah dia oranglah.  Mereka mahu berbakti kpd mak ayah mereka ..tanda ..terima kasih kpd mak ayah yg telah membesarkan kita.

Sebab itu ..jawatan kerajaan cukup lah bagus.  Awesome ..orang muda kata?

(iv)  dalam masyarakat kampung orang orang melayu,  penjawat awam ..mempunyai respect tersendiri.  Tak yah gi jauh ..  orang masjid panggil saya ..cikgu kerajaan.

Dengan title ini plus .kaki masjid pulak ..  makan minum sarapan pagi Hari Jumaat / Sabtu .. semua dah settle.  Ada majlis bercukur rambut/ jambul.  Ini jamuan makan roti jala dan kuah curry ayam.  Roti jala boleh ambik banyak mana pun ok ..kerana kita kerja kerajaan.  (laugh).

Ini belum termasuk ..  orang mati lagi. Ada jamuan tahlil 1 hari, 2 hari, 3 hari, 40 hari ..dan 100 hari.  If tahlil 100 hari .. makan lembu .. orang kampung kata.  So makan minum ..settle siang dan malam.

Kalau kerja swasta ///  gaji besar lah ..tetapi ..orang kampung tok berapa berahi nok ajok tahlil dan potong jambul kerana .. orang sawsta .. kuat tidur ..pagi Sabtu/ pagi Ahad.  Mereka tak suka diganggu.  So miss suru. He..he..

(v)  kerja kerajaan .. tak yah tunjuk pandai apa apa kerana kita pandai atau kurang pandai pun ..starting gaji ...dalam sektor kerajaan ..semua selaras.  sama besar RM2200 jah.

lainlah..dengan pegawai insuran Prudential .. sebulan mereka boleh dapat RM10,000 + + ..tetapi kena tebal muka sikit lah ..calling sana calling sini.    

Orang melayu macam saya ..tak suka calling calling ..nak buat duit dari member.  It is not my bread and butter you know?  Lagipun ..orang melayu lain cukup tak suka .. orang calling waktu maghrib nak buat Present Business Plan itu dan ini ..dan akhirnya .. kita pulak yg kena keluarkan duit ..itu dan ini.  Hishhh tak nak lah.

Baik kerja gomenglah.

(vi)  bila kerja kerajaan ..banyak koperasi guru melayu kelantan lah/  koperasi itu dan ini.  Kita pakat pakat jadi ahli koperasi. Tujuan besar ialah ..boleh buat pinjaman.  Pinjam duit nak besarkan pintu pagar , bina garaj kereta, dan macam macam.  lagi pun orang Bank CIMB cukup respect kat kita .. orang kerja gomeng.  Tak  bnayak soal.. fotostat pay slip ..terus bawak balik MYVI SE. Bagus bukan?

Kerja swasta Kilang ST  Muar?  mana ada ma.

Yg takbest kerja gomeng ialah ..  time abang kakak kerja swasta ..nak mintak kita je tukang penjamin.  Time itu lah kalau boleh nakbeli sangat kepak burung  unta ..  dari mana mana BP Mall ..nak terbang naik terus ke langit 7.. melarikan diri/  tak nak jadi penjamin ..sejak muda sampai hinggalah ke hari ini.

Jom lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Ha..ha..

Itu je lah ..kawan kawan.  Apa yg dapat saya fikirkan.
Kalau kau nak masuk syurga cepat ..jom kerja kerajaan. Why?  bacalah point 1 - 4 di atas lagi dan lagi. Kau nak apa lagi?

Sekian.
Wallah huaklam.




1 comments:

  1. Anonymous said...

    Namenye cikgu tapi bangang.itu kalo dg41 keatas abis yg bwh2?nk compare dgn swasta xsemestinye swasta sabtu ahad pn keje.apela bebal pnye org kelantan

Post a Comment