Bulan Puasa banyak cabarannya

Posted by sazali

Salam

Kita umat islam .. dewasa ini di seluruh dunia sedang menjalani ibadat berpuasa kecuali mereka yang uzur (sakit, biologi dan lain lain).

Masalah di Malaysia ..kita bekerja seperti biasa ..  macam rakyat Malaysia yang lain seperti kaum cina dan india.

Di Pakistan ,  satu masa dahulu , 1977 - 78 , saya diberikan kesempatan melawat Karachi, Peshawar, Abotabbad , Pakistan sebagai ahli jamaah dakwah tabligh. Di sana ..  orang islam berpuasa dan jabatan kerajaan bercuti sepanjang 30 hari pada bulan Ramadhan.

Settle ..dia boleh berpuasa dan menjalankan ibadat sembahyang terawih, tahajud ..sepanjang malam sesedap rasa.  Bukan macam kita .. walaupun ramai orang arab (buta) yang berkunjung dan mengelarkan negara ini negara islam ..  semua sekolah, politeknik dan universiti masih beroperasi seperti biasa macam sekolah sekolah di Singapura dan Filipina.

Sakit jugak kita nak lawan dgn orang tak berpuasa ini.  Maklumlah .. kalau pekena teh tarik jam 230 ptg di waktu siang hari .sudah tentu prestasi kita dalam opis ..sudah tentu semakin baik dan sempurna.

Bulan puasa .. badan kena rehatlah.  Banyak organ organ badan kita kena rehat.  Badan ini macam mesin tractor.  Mesti Ada time kena servis.

Bila badan rehat bulan puasa 30 hari  , insya allah badan yg sama akan perform better mulai bulan Shawal dan lain-lain lagi.

2)  Banyak kemalangan jiwa berlaku semasa bulan puasa di negara ini.  Yang sedihnya ..orang orang bagus ada yg mati disebabkan badan penat dan mata mengantuk maklumlah saya buka celik padam tutup mata saya 4 5 kali juga sebelum bersahur di waktu malam.  Otak pening tau?  SElepas bersahur saya ke masjid dan selepas ke masjid ..saya sibuk dengan persiapan untuk menuju ke opis dan lain-lain lagi. Kadang kadang rasa letih dan mengantuk  lah.   Kalu cuti .. macam Pakistan .. bukan ke bagus?

3)  Pakistan .. sebuah negara .. yang berjaya mencipta alat alat teknologi moden seperti roket / radar / atomic bombs dan lain-lain.  Negara Russia dan USA pun gerun dengan orang pakistan ini.  Ini semua terjadi bila rakyatnya .. berpuasa dan bercuti sepanjang Ramadhan.

Iran pun sama jugak.  kalendar akademik sekolah, universiti mereka  mengikut  bulan puasa.  If puasa terjatuh pada bulan 7, maka kalendar akedemik sekolah dan universiti Iran akan bercuti pada bulan 7 lah.  Ok punya. Iran pun mencipta banyak alat alat canggih sehinggakan .. USA takut kepada saintis Iran dengan nuclear rectornya.  Saintis tersohor Iran ada yang kena bunuh disebabkan kebijaksanaan mereka mencipta alat alat teknologi moden.  Iran masuk World Cup football.. banyak kali dah jugak.  Pakistan main hoki pun dalam piala dunia ..pun cemerlang jugak.

4)  Malaysia ..  negara islam ..  pak arab (buta) menggelarkan negara ini bila  kita bawak dia   ke sana ke mari ..  mana ada .. alat alat sains .. teknologi yg mana ..  orang orang USA/ England/ Eropah .. gentar kat kita?  Tell me please. Yang saya tahu   orang kita pandai main bom  untuk meletup  mendiang Antan toya dari Mongolia.  Kasihan dia.  Sehebat hebat polis kita ..  aksi meletup manusia . . adalah agenda paling memalukan  sekali (Rujuk:   akhbar akhbar harian di negara ini semenjak 2007).    Yang hairannya bilangan polis 100,000 ramainya ..sampai ke hari ini .. depa tak dapat tangkap lagi .. master mind pembunuhan di Puncak Alam itu.  Arwah ayah saya (seorang anggota polis jugak)  memberitahu .. semua polis bertindak mengikut arahan ketuanya ..  Oleh itu ikut kepala otak saya berat ke dispiplin matematik , mesti ada arahan dari atas ..  baru polis pangkat prebet dan inspektor .. mampu bertindak sesuatu yang tepat dan betul.  So bagaimana ni sang polis kita?

Bulan tak puasa pun .. polis tak leh tangkap master mind ..  di Puncak Alam, Selangor itu ..apatah lagi .. bulan puasa yang panas terik dan kering ini.

He..he..  acah acah jer ..  Please think Mr Policeman.

5)  Bulan puasa .. orang sembahyang terawih berjamaah.  Ada buat 8 dan ada buat 20 rakaat.  Saya buat 8 rakaat sahaja dan ..jika rasa rajin .saya buat 12 rakaat lagi di rumah sambil sambil minnum kopi ORE panas .. bukan apa .. nak simpan tenaga nak pandu kereta dengan baik menuju opis esok ..insya allah.

Mengikut kitab agama, jangan lepaskan peluang beribadat penuh bulan mubarak ini ..tetapi saya percaya ..  mereka yang tak tidur malam berterawih, tahajud dan bertadarus sepanjanng malam .... mungkin tak kerja keesokannya.  Kita manusia biasa.  Perlu makan , perlu rehat dan perlu itu dan ini.  Jika badan penat dan mata mengantuk .. kita mengundang kecelakaan kpd diri kita sendiri.  Betul tak?

he..he.. sorry lah .. saya menulis begitu laghu nya.

Kita nak beribadat macam macam dan bekerja seperti   orang tak berpuasa CINA/ INDIA/ MAT SALLEH/  MINAH CARRY kerja  .. masuk opis jam 0800 pagi ini ..buat apa?
Kita ada anak bini ..  ada pelajar pelajar kita yang sedang menanti kita siang di waktu pagi dan petang .. so tenaga kita ..kenalah disukat dan diagih-agihkan dengan baik dan saksama.

So saya memanggil diri saya dahululah ..  jaga dirimu.
Insyallah kalau kita buat begitu ...  kebahagaiaan menanti kita di dunia dan di syurga sana.

Sebagai pelajar ..kita kena simpan tenaga untuk menelaah pelajaran ... dan kerja belajar bermati-matian ini pun satu jihad yang suci murni.  Bulan puasa kita kena study dan ambik Exam jugak macam pelajar pelajar kedoktoran UIA di Kuantan itu.  Mengikut cerita anak ..  dia ambik exam 2 kertas peperiksaan pada hari Jumaat 12 Julai 2013 lepas.  Bayangkan 2 kertas peperiksaan dalam bulan puasa.  Kenapa tak kasii 3 kertas?  Baru malaikat habih turun ke Kuantan, Pahang membantu anak dan kawan-kawannya.
Betul tak?


Insyallah ..  kita kan berjaya .. dan panjang umur dan murah rezeki.  Awas ..bila memandu .. mata kena bukak terang-terangan.  Kalau travel jauh say Kuala Lumpur ke Kota Bharu 500 km selama 14 jam musim dekat nak raya aidil fitri  ..  if penat gilar mu ni  .. bukak lah puasa itu.  Tuhan kita faham.  Kita musafir.  Jangan bunuh diri kita tahu.

Sekian.
Walalhu aklam bis sawabbbb.  Maaf jika terkasar bahasa.   Orang islam mesti pakai otak.  Nanti tuhan murka kat kita jugak.

 

0 comments:

Post a Comment