Kos melepas @ Opportunity Cost

Posted by sazali

Salam

saya mula berkenalan dengan  istilah ini bila saya berada di Grantham College mengikuti kursus A-Levels dalam subjek Economics.

Kos melepas ialah ..konsep di mana dalam satu masa manusia berhadapan dengan mana kita mesti membuat satu keputusan nak buat aktiviti A atau aktiviti B.  Kita tidak mampu buat kedua dua aktiviti sekali gus.

Contoh :  sebagai peminat bolasepak bila malam Ahad di England .. jam 0900 mlm hingga 1100 mlm ..kami peminat bolasepak dihidangkan dengan program "Game of the Day - Highlights!"
 So kalau saya menonton bolasepak antara Chelsea dengan Liverpool ..  saya tak boleh study Economics pada masa yg sama.  Kalu difikirkan secara rasional ..banyak masa saya buang begitu sahaja .. menonton bola sepak .. jjika saya study dengan cekal, sabar dan tabah .. mungkin saya d\sudah bergelar "PROFESOR GRED B dan ke atas , he.he..".  Tapi tuhan maha mengetahui.

2)   Sempena bulan yang sangat mubaraak (mulia) .. di waktu malam sepatutnya kita umat islam memberi banyak masa membuat ibadat sembahyang terawih, membaca Al Quraan dan mendengar tazkirah ..  di atas Masjid.  Tetapi disebabkan syaitan dan iblis ..  ramai kita melepak di koridor masjid, di tepi kereta di kawasan gelap masjid, menghisap rokok DUNHILL di tepi longkang masjid ..dan ada yang asyik menonton ASTRO di rumah.  Kos melepas ialah ...  sama ada kita nak buat amalan sebaik mungkin atau sebanyak mungkin dalam bulan serba berkat/mulia atau ...  aktiviti menghisap rokok, surf internet , main mukabuku FACEBOOK atau melepak kat kedai mamak 25 jam itu.  He..he..

Kalu difikirkan dengan baik-baik ..  tersangat rugilah kita .. mana tahu .Ramadhan ini mungkin ramadhan terakhir untuk kita.
Tak takut tuan / puan hamba?  Kita membuang peluang membuat amalan amalan yg mulia di waktu malam sepanjang Ramadhan di mana ibadat sunnat diangkat oleh Allah sebagai ibadat fardhu dan ..ibadat fardhu ..diangkat ( multiplier effect) sebanyak 70 kali ganda pahala ibadat fardhu dan lebih.

Opportunity Cost ialah ..menghisap satu batang rokok ditepi longkang masjid di dalam keadaan gelap dan  dikerumuni dengan sang -sang nyamuk sedangkan pada masa yg sama kita sepatutnya melakukan 2 rakaat lagi sembahyang sunnat Terawih.

3) Saya menulis ayat ayat di atas ..kerana saya membandingkan ..  amalan amalan isteri saya setiap subuh dan selesai subuh membaca Al Quraan sedangkan saya menyibukkan diri dengan menulis se buah buku  dengan DEWANBAHASA.  Satu amalan yg garenti Memperolehi rahmat Allah dalam bulan puasa dan satu lagi amalan .. kita tak pasti 50 50 .. adakah keuntungan dunia di sana ..  di sana ..di sana ?  Keuntungan akhirat ..  entah lah?

4)  Tapi .. hujah saya dengan bantuan nafsu dan syaitan .. disebelah saya ialah .. jika saya tak menulis .. siapa lagi nak menulis apa yg ada dalam otak dan fikiran saya?  Jika kita terlampau takzub dengan rahmat akhirat dengan melakukan ibadat sembahyang sunat ..  sudah tentu rak rak buku di perpustakaan politeknik politeknik dan kolej kolej komuniti KPM akan dipenuhi oleh buku buku luar negara hasil penulisan orang yahudi dan nasaro.  Why?  ramai orang akan kelihatan penat/ tercugap-cugap penat

Atau adakah .. sambil sambil kita sibuk dengan berzikir ..tiba tiba rak rak perpustakaan univewrsiti seluruh negara islam ..tiba tiba ... dipenuhi oleh karya agung orang orang islam ?  Memang Allah Maha Kuasa ..dia boleh / mampu berbuat demikian ..tetapi Allah memberi kita akal.  kalau kau tergolong antara orang 'pandai sedikitlah'  kau kenalah menulis sesuatu yang bagus untuk umat islam seluruh dunia.


Cuba permudahkan tesis masters dan PhD ke dalam bentuk bentuk buku agar orang kampung dapat memperolehi sedikit faedah ilmu darinya.

Jika 1000 cerdikiawan islam dapat berfikir seperti ini .. mulai sekarang . .. yakinlah 2 perkara akan berlaku:

pertama  banyak buku / penulisan dapat dijelmakan untuk kegunaan orang orang asia yg memahami BM
kedua banyak wang negara dapat dijimatkan dari terus mengalir satu hala sahaja iaitu dari Kuala Lumpur ke London atau ke New York.

Kenapa idea ini tak di bawa ke mimbar mimbar masjid ?  

-------------------

Syaitan besar pun datang menghentam idea dan semangat 'hangat hangat tahi ayam' ini.

Dia berkata ' ..  isi  kandungan buku mu tak ada kualiti dibandingkan buku orang British/ Amerika Syarikat.  ... '

Kita boleh lawan serangan begitu ..  bukankah selama ini .. penulisan kita dalam bidang tertentu selalu disebut sebut oleh penyelidik penyelidik seluruh dunia.  Impak faktor 4.0 lagi.  Oleh itu mengapa perlu kita takut ..menulis sesuatu yang baik ..niat lillah hi taala.  After that .. mungkin duit mengalir ke dalam akaun kita secara disedari atau tidak.  Atau kita boleh tengok dari perspektif ...  jika aku mati ..  biarlah ada orang afrika atau orang arab akan mengambil sedikit sebanyak ilmu dan menggunakan ilmu itu untuk melangsungkan kehidupan mereka ..  Bukankah ini amal jariah sedang diusahakan - amal jariah in the making?  seperti orang baru khawin kata '.. our baby in the making'.

---------------------------------


Apa yg nak saya tekankan di sini ialah ..  bulan puasa adalah bulan yg mulia.  Orang islam 'sederhana' kemampuan ilhamnya .. biarlah mereka dengan amalan amalan mulia sembahyang terawih dan membaca Al Quraan ..

dan pada masa yg sama ..jika kita bergelar .. graduan luar negara / dalam negara .. dan sudah mempunyai bukti tesis masters 200 muka surat dan  tesis Ph.D 300 muka surat ..  susah sangatkah kita korbankan sedikit masa dalam bulan ramadhan yg mulia ini menulis .. beberapa buah buku menarik untuk santapan fikiran dan jiwa orang orang kita juga.  Tebal setiap buku 100 - 150 muka surat double line spacing.  Lillah hi taala.


Bukankah ini yg dimaksudkan dengan kos melepas/ opportunity cost dalam pengetahuan Allah Robbal Alameen?  Kerana  allah akan tanya . satu soalan power di padang masyar (akhirat) .. kau wat apa dengan ilmu masters, Ph.D England , USA, Australia, Jepun yg aku berikan kpd kamu 10 , 20, 30, 40, 50, 100 tahun lamanya itu?

O kau sibuk kawin lain yer/
o kau sibuk buat rumah lain yer/
o kau main saham (forex) yer/
o kau main MLM lagi yer/
o kau ...  (100,000 jenis )  .. di akhiri dengan YER?


Jom fikir-fikirkan lah ..  idea yang  saya bawa di bulan ramadhan yg mulia ini/
Tolong doakan supaya Allah menolong saya menghasilkan atau  menerbitkan (publish) sebuah , dua buah , lebih dari itu .. dalam tempoh saki hidup saya sekarang dan musim pencen ..  yang mana tidak ada orang yang tahu bila saya akan mengucapkan selamat tinggal dunia untuk selama-lamanya.

Sekian.

Maaf dipinta .
Wallahu aklam bis sawabbbbb.  Al Fatihah.

0 comments:

Post a Comment