Sesekali apa salahnya kita membantu orang ..

Posted by sazali

Salam

 orang-orang susah seperti ibu tunggal, ayah tunggal, warga Myangmar, warga Bangladesh , warga Nepal ..

kerana mereka pun manusia juga.  Mereka ada perut .. memerlukan makanan dan minuman setiap hari. Mereka ada anak anak ..yg perlu dilindungi sebagai seorang manusia.  Ada satu kesah .. zaman dahulu kala .. seorang pelacur dimasukkan ke dalam syurga ..kerana membantu seekor anjing yg tersangat dahaga dalam satu keadaan padang pasir yang panas terik.  Modal pelacur itu ialah sekadar kasutnya yg  digunakan untuk mengambil sedikit air dari sebuah telaga yg kering kontang .. lantas dihulurkan kepada anjing yg serba dahaga itu.  Hadiah ialah syurga Allah.  Tengok betapa besarnya ..  pengampunan Allah Pencipta 7 petala langit dan 7 petala bumi.  Jom bacalah seterusnya..

2)  Hari itu , saya menyaksikan satu program TV .. di sebuah negara Timur Tengah.  Kasihan tengok rakyat islam di sana .. berpuasa.  Ada yg berkata .. bukak puasa ramadhan sama sahaja .. dengan musim tidak ramadhan ..  tak ada makanan untuk mereka anak beranak walaupun sedikit.  Ruangan rumah mereka kosong.  Tidak ada tempat yg boleh dipanggil dapur.

Semakin lama kita berkelana di Timur Tengah . makin banyak .. yg dapat kita saksikan .. orang orang miskin di sana ..melarat ..  kais pagi makan pagi/ kais malam makan malam.  Ada anak anak mereka berkeadaan besar saiz kepala  dari badan .. Tanda ..tak cukup makan.  Lalat masuk dan keluar ikut hidung anak anak yg terlantar sakit menanti maut.   Hati saya tersentuh jugak .. melihat anak anak muda yg 'kudung' kaki dan tangan disebabkan kelahiran atau tercedera dek peperangan ..kesan bommm  .. dan anak anak ini  berusaha sedaya upaya untuk bangun untuk mendapatkan makanan.  Aghhh... kasihanlah mereka ini.

Yang hairannya .. bumi Saudi Arabia ..di mana terletaknya Mekah dan Madinah ..  orang arab sana ..sibuk meruntuhkan bangunan masjid dan hotel hotel yg cantik cantik dan cuba membesarkan .. kawasan masjid utama Mekah Mukarammah /  kasi makin cantik dan lawa lagi tahun demi tahun..  Saya rasa banyak duit mereka yg mengalir habis habisan ;  membazir/  mencurah curah duit ke dalam akaun jurutera jurutera ..  dari negara luar terutamanya kaum kafir.  Kadang kadang saya pun tak faham .. semakin banyak depa tahu bahasa arab/ paham hadith dan Al Quraaan .. semakin berlawanan pulak .. cara hidup pak pak dan mak arab ini.  Mereka boros melampau melampau ..  sampaikan ..ada stadium bola sepak pun di pasangnya ..air condition macam di Qatar.  Maklumlah World Cup 2024 kian menjelma.

Pak arab yg celik ..  sibuk memboroskan duit di tempat sendiri dan pak arab 'buta' dan semi buta datang ke negara ini .. dan mengakui negara ini adalah negara Islam contoh..pulak.  Yang aku tahu ..  negara aku ada org cina pakai skirt , ada jugak mak chik melayu tua pakai seluar jeans ... ketat ketat mengalahkan anak anak dara mereka sendiri..Terbalik .. betul.  Cukup misteri otak org org padang pasir ini bila mendarat di Malaysia.

3)  Musim ramadhan .. sepatutnya . negara Mekah Madinah .. ambik kita orang melayu yg serba susah .. dengan kapal terbang disewa khas .. biar berpusu pusu kita buat ibadat .. sampai ke malam Lai latul Qadar ...

ini tidak ..  Tabung Haji charge RM15,000 seorang jika nak buat haji.  Kalau pergi berdua  RM30,000.  Tengok?  saya rasa ..ramai org islam .. dipermain-mainkan oleh ..  seseorang .  ..

makin gila kita ke Saudi Arabia .mungkin ..mungkin ..makin rancak pak arab membesarkan .. kawasan masjid Mekah Al Mukarammah itu .  Dengan wang wang kita yg mencurah curah masuk ke dalam akaun negara arab ini .. makin rancak mereka membesarkan jalan raya , masjid dan infrastruktur ..untuk apa ..deng?  Cuba kita tak payah .. pergi haji atau umrah ..  saya rasa . boleh jugak pak arab itu memikir ..mengapa tak ada orang datang tahun tahun ini?  Kasi mereka sedar sedikit .. saya rasa .. ramai orang islam sedunia takut ..nak katakan ..bahawa tukang urus dan tadbir bumi Mekah itu ..  'tak cerdik mu arab'.  Sorry lah kata begitu?   Kalaulah duit untuk projek membesarkan kawasan masjid utama itu disalurkan ke bumi Palestin, Afghanistan, Filpina Selatan, Thailand Selatan .. sudah tentu .. kita tak akan berjumpa pengemis pemngemis yang berkeliaran di kawasan kawasan kota di sini.

4)  Allah memberi kita ..terlampau banyak nikmat.  Minyak petrol dan batu batu permata ..sayangnya ..kita kurang menggunakan  khazanah Allah berikan ini untuk saling tolong menolong nasib saudara islam kita seluruh dunia.  Kalau ada menteri islam dari Benua Asia .. bermesyuarat dgn pak Arab pak arab di sana ..mereka duduk dalam hotel 5 bintang berkeadaan terlampau mewah ..  mana mereka faham penderitaan yg di alami oleh orang orang miskin kedana, serba kesusahan  di Selatan Filipina, Acheh, Bogor , Myanmar , .. dan banyak lagi .. dunia islam ini.  Putera putera islam yg serba kaya ..membincangkan masalah kehidupan org org islam yg menderita .. saban hari dan selama lamanya.  Where got road like this?  Macam cerita .... org org buta cari butang suiz lampu sahaja.  Tak akan berjumpa .. jalan penyelesaiannya kerana mereka tidak ada pernah merasai  .. apa itu kemiskinan. Pada satu ketika .. kita dengar ..kitalah umat terbaik dalam khutbah khutbah jumaat seluruh dunia ..tetapi .. dalam keadaan lain kita saksikan melalui peti TV ...anak anak islam yg cacat, kebuluran , sakit, hampir hampir nak mati .. ada lagi org org kita sanggup bermesyuaarat ala moden ..bincang .. apa yer? Adakah mereka masih mahu membesarkan kawasan  Kaabah ..  aduhai ... tak faham saya .. apa ke benda ini semua?  Apakah ending  story ..begini ? Inikah dugaan yg Allah maksudkan dengan 'fitnah kemewahan' yg mana Nabi Muhammad s.a.w. tidak mahu mendoakan umatnya berkeadaan kaya raya sejak dahulu lagi di padang pasir sana.  Nabi Muhammad dah nampak .. kerana dengan kekayaan  .. manusia cepat lupa Allah dan hak hak agama dan saudara seagama.

Astagh firullah hal azeeem.  Sekian.  Renungkanlah..

Buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali.

Wallhu aklam bis sawabbb.    Ramadhan 17hb.


  

0 comments:

Post a Comment