KBAT atau Kebab ni?

Posted by sazali

Salam

Sebulan ini , saya buat sedikit research dlm mathematical thinking / fikir matematik dlm kelas-kelas di sekolah Malaysia.

Macam-macam yg saya jumpa.

Yang seronoknya ..  banyak blog .. bertujuan membuat duit sambil sambil .. apa nak di kator?

2)  Berpemikian matematik , berfikir matematik , fikir macam pakar -pakar matematik zaman dahulu seperti Pathagoras, Archimedes, Newton, Al Farabi, Al Mansyuri, ..

mereka melalui zaman yg berlaian dgn guru guru atau profesor zaman sekarang.

Malaslah nak tulis pada zaman zaman dahulu ini ..pujangga tersohor ..semua berjanggut panjang, jambang pun lebat ..lain dgn pujangga/ guru SMS, MRSM, SBT, sekolah kluster ..dan macam macam lagi.

Sekarang semua benda hendak dilakukan secara cepat.  Guru/profesor baru pun ..nak cepat. Masuk kelas cepat dan keluar kelas cepat.  Ada yang rebah .. mati kerana nak cepat.

Tabii oranng zaman la ni ..semua ekspres.  Kalau guru itu baru khawin .. suami di Pendang, Kedah dan isteri di Kulaijaya , Johor darul takzim ..  pemikiran mereka ..50% .. terfokus kpd ..  how to get there .. hujunghujung minggu.  Main dgn anak anak.  He..he..he..

3)  Aku bukak blog melayu (ditaja oleh bendera UMNOR) pasal matematik KBAT ... alih alih ..mintak kita join FB dan .. tak disangka sangka .. kena bayar lor ... baca soalan KBAT Tingkatan 4 , Tingkatan 5 ..semua berbayar.  Kena keluarkan duit untuk belajar.

Lain pulak dgn orang / guru/ prof dari negara negara kafir totok/ sah masuk neraka (rujuk Al Quran)  ..  mereka beri soalan dan jawapan cadangan KBAT semua free.  Hairan bukan?

4) Satu paper dari USM ..penulis nya pun bukan melayu .. ada menyebut ..  soalan soalan yg dibina oleh KPM/ KPTM / penerbit dari pasaran buku glokal pun ..  adalah berbentuk prosedural.  Yang beza ialah mereka tukar nilai pembolehubah sahaja.  Trend soalan soalan boleh dijangka oleh ibubapa profesional.  Mungkin , guru guru kita tidak ada pengalaman bekerja sebagai jurutera, pemasar produk ..oleh itu contoh sains dan matematik ..tidak ada kaitan sedikitpun dengan keadaan dunia la ni.  Bila guru kaku .. tidak berpengalaman dalam bidang lain selain dari mengajar secara laju dari umur muda sampai tua .. skop pembinaan soalan adalah terhad.

Berdasarkan kepada paper USM ini .. kita boleh buat kesimpulan .. beberapa perkara:

pertama:  payah nak bina soalan KBAT ini/ HOTS ini
kedua:  ada guru guru tidak mampu berfikir dan upaya membina soalan KBAT ini
ketiga:  zaman ekspres .. payah nak beri masa membina KBAT ini
keempat:  budaya kita .. tidak menggalakan originality dalam KBAT

5)  Saya teringat dengan jelas ..Prof Dr Subramaniam (Nanyang University , Singapura) ada mengatakan ..original questions comes from original experiences.

Oleh yang demikian .. semakin hari semakin jauh .. kualitas pendidikan kita dengan negara negara lain.

Kasihan .. budak budak melayu ditaja oleh penganjur .. bila berada di luar negara di universiti tersohor.  Banyak mana mereka kena buat adaptasi/ adoptasi .. supaya mereka dapat berlumba-lumba dengan orang Singapura, Jepun dan Taiwan bila menghdhiri diri dalam kuliah applied engineering di Sheffield Unuiversity.

Sekian.

Wallahu aklam bis sawab


0 comments:

Post a Comment