We are what we are

Posted by sazali

Salam

Saya seronok mendengar taklimat mengenai BORDERLESS WORLD oleh seorang Datin ..  (KPM).

salah satu phrase dia sebut ialah ..we are what we are.

As teachers we can do the followings things:

1)  we can just stay quiet in the classroom

2)  we can talk all the time

3) we can just walk up and down the classroom ..  watching how the students are doing

4)  if penat ..jom duduk sebentar yer/

--

Saya rasa betul juga Datin ini cakapkan.

Kalau kita nak share ilmu ..  mengajarlah dengan baik. Jangan berkira sama ada pelajar itu ramai cina dari melayunya.  Ajar sudahlah.

Ilmu ini bukan hak kita seorang.  Berkongsilah.

Dulu 40 tahun yg lalu .. guru guruku kesemuanya bukan melayu dalam subjek sains, matematik, BI, Arts, PJ dan mcm mcm ..kecuali BM dan Agama Islam.

Di England .. guru guru ku ..tidak ada melayu pun .. islam?  tak ada .tetapi aku tekun belajar mcm mcm formula, programming codes ..dan swearing language pun aku tahu.

--
Bila pulang ke tanah air .. walaupun aku graduat sains komputer .. Pengetua memberiku kelas Sejarah dan BM untuk pelajar peralihan sahaja.  Aku tak kesah sangat asalkan aku happy mengajar di situ. Lagipun subjek ini memerlukan aku membaca jer fakta seperti bila Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah? Bagaimana pula warna darah yg terpancut dari perut Hang Jebat?

Sekali itu aku mengajar 4 mata pelajaran untuk pelajar Tingkatan 4 sastera 1.  Boring .. mereka tengok muka aku ..  subjects : maths, english, ekonomi dan KH dalam satu satu hari kerana ada guru asal pergi meeting ke PPD lah, JPNK lah ..dan mcm mcm lg.    Satu hari semua itu aku mengajar.  Mengikut hati ,,malas sungguh aku nak melangkah kelas yg sama tetapi disebabkan aku suka mengajar .. aku tebalkan muka juga ... tak kesahlah .. muka ku tak se handsome Rod Stewart the sailor man atau Maradona. Yang penting , apa yg disuruh aku buat bagi pihak sekolah ..aku tunaikan jer.

--------------

Waktu cuti sekolah yg panjang ..kadang-kadang itu aku dilantik jadi Ketua Pengawas STPM, SPM atau PMR lah .. sakit hati juga ..  kerana mertua ku orang Selangor.  Mereka perlu juga diziarahi. Masa itu mana ada PLUS Highway.

tetapi ... disebabkan kita ini ..guru kecil ..kita ikut jer ..arahan dari guru besar ...

memang orang besar suka makan orang kecil (ketawa).

Tetapi kita belajar bersabar.  Aku tak perlu tahu ..tafsir sepenuhnya surah itu dan ini ..tetapi  dgn izin Allah ..aku bersabar bertugas sebagai guru/ pengawas/ ketua pengawas/ pemeriksa kertas SPM, STPM, kolej matrikulasi KPTM dan mcm mcm lagi.

Merungut?  70 30 aku tak merungut sgt kecuali .. upah memeriksa kertas peperiksaan tersebut. Kadang kadang upah nya itu cukup lambat.  lebih Baik jual rokok Dunhil di Stadium Sultan Muhammad ..modal RM400 boleh RM1000 satu satu malam bila team bagus bermain bola dalam liga bolasepak Malaysia.

He.he..he.. begitulah ..nasib guru.  We are what we are.

Jika guru itu sabar dan tabah ..semua benda alright.
Jika guru itu tak sabar dan tak tekun sangat mengajar ..ini lah isu negara.

Apa apa pun ..benda di atas sudah menjadi memori untuk aku sekeluarga.  Jika tuhan tanya ..apa aku buat waktu muda ku dengan ilmu sikit sikit dari dunia Barat .. itulah .. bahan ceritaku pada tuhan Robbul Alamiin.  Muga muga dia redha pada ku ... nak lebih dari itu ..tak mampu OMG..kerana ..manusia mempunyai kekangan tersendiri.  Buat apa yg aku mampu ..li llah hi taala bukan?

Sekian.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment