Fikir fikirkanlah (1)

Posted by sazali

Salam

Dalam sebulan yang lalu, banyak organisasi dan individu datang ke sini berkongsi ilmu dan pengalaman dalam beberapa perkara iaitu dunia akademik, dunia pengurusan wang ringgit dan macam macam lagi yg ada di bawah langit Allah Taala.

Sehingga kini , tidak ada lagi mana mana organisasi atau individu datang ke opis berbicara tentang kehidupan yang kekal abadi iaitu alam akhirat.

paling dekat dengan kehidupan akhirat yg dianjurkan oleh sekolah , politeknik atau universiti ialah majlis maulidul rasul.  Mengapakah perkara ini berlaku bukan di sini sahaja tetapi di seluruh negara, asia tenggara dan seluruh dunia.

2)  jawapan ialah masalah "IMAN" percaya kpd perkara yang ghaib yang dibawa oleh para para Rasul seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Di saat saat Baginda nak wafat ..  perkataan perkataan yang tak lekang dari mulut / bibir bibirnya iialah 'umati umati '.  Umat ku umatku.

Mengapa baginda menyebut perkara ini dan tidak .. baginda sebutkan ..  bahawa bangsa arab kena jaga bermati matian bumi Arab yang berkat itu.

3)  Jawapan tidak lain ialah ..  segala yang ada di atas muka bumi ini adalah bersifat sementara.  Akhiratlah yg kekal abadi.  Abada abada.  Untuk selama lamanya.

4)  Mutakhir .. rakyat Malaysia ..  sibuk dengan .. pilihan raya..  orang melayu berebut rebut mempertahankan .. bumi melayu yang indah permai ini.  Ada segelintir manusia yang berkuasa .. memikirkan ..bahawa jika melayu tumbang dalam PRU ini .. maka berkuburlah ..  bangsa melayu yang hebat tersohor di seluruh pelusok dunia Allah ini.  Tanpa pemimpin pemimpin melayu yang ada .. pada masa ini ..  maka bangsa melayu akan berhadapan dengan keadaan gentir/ genting dan tersangatlah bahaya.  Tak lekang dari mulut ketua negara .. sama ada yg bertaraf mantan atau masih berkuasa ..  mulut mereka mengatakan bahawa tanpa mereka ..  Malaysia akan hancur.  Ranaplah segala impian.

Pada hal .. setiap hari ..mereka yang berbangsa melayu dan beragama islam ..  dalam solat ..mengambil saksi bahawa ALLAH lah yang Maha Kuasa dan makhluk tidak ada mempunyai sebarang kuasa.  Mengapa begitu?  kerana .. semua manusia akan mati ..  tidak ada seorang pun yang akan terlepas dengan mati/ maut ini .. Maut/mati boleh datang pada bila bila masa.  Tak kira .. orang paling berkuasa ini mempunyai empayar kekuasaan yang hebat hebat termasuk harta , rumah , saham, tanah sawit, minyak petrol , bilangan pengikut pengikut yg setia / fanatik  dan berbagai bagai lagi ..  mereka ini akan mati termasuk si penulis rencana yg hina dina ini.

Mengapa fikiran kita tidak memikirkan ..  lebih dari ..  kepentingan dunia yang fana ini?

Jawapan .. kita tidak percaya sepenuh-penuhnya..  bahawa syurga / neraka itu ada .. kita tidak percaya kekuasaan Allah Taala  sebenar-benarnya.  Kita hanya percaya ..seperti .. seekor burung dalam sangkar emas ..  selagi ..burung berada dalam sangkar ..dia percaya .. makan minum dia adalah dari tuan nya setiap hari // tetapi bila dilepaskan dari sangkar nya .. baru lah dia sedar ..bahawa ..  rezekinya .. terlalu luas .. bukan setakat ..tuan nya sahaja yg mampu memberi makannan ..tetapi ..  satu kuasa lain yang TERHEBAT dan Paling BERKUASA bernama ALLAH TAALA.

5)  Di Malaysia ..  trajedi yg berlaku ..  pihak pemerintah .. menguasai segala mulut dan fikiran orang orang yg diamanahkan dalam urusan akhirat , agama , dan juga yg memerintah ..  urusan tadbir negara. Pendek kata . mulut mereka dikunci habis-habis .. dari saat dia mengambil jawatan tersebut hinggalah dia mati.

Teringat Imam Tersohor ..  bernama Imam Abd Kadir Jailani..  yang menolak mentah mentah ..pelawaan Raja Mesir untuk menjawat .. satu jawatan MUFTI Negara tersebut .. kerana dia khuartir ..  dia akan mengikut telunjuk pemerintah 100% yang ada pada masa  itu. BIla ini berlaku , perkara yang haram tidak mampu dia bersuara lagi selantang lantangnya.  "Batu"nya telah dibeli.

tanpa ..jawatan yg hebat itu .. dia berani .. berdakwah siang dan malam ..  mengajak manusia ..  beriman kepada Allah Taala yang satu.  Bukan beriman kepada kekuasaan politik, beriman kepada harta benda yg bersifat sementara ini.  Pernahkah anda melihat orang paling berkuasa zaman arab purba..seperti Firaun ..mati dan rakyatnya ..memasukkan semua hartanah dan harta karunnya ke lubang kuburnya?  Sekarang ini .. tidak ada lagi TV3 .. buat siaran langsung .. tayang filem .. proses adat istiadat ..orang kaya bila mati ..dan dikuburkan ..  manusia lain akan tanam kereta kereta mewah si mati, rumah rumah super banglo  si mati yg tersergam indah di pinggir pinggir Bukit Antarabangsa Kuala Lumpur ..  dan tanamkan juga .. semua jenis jenis kuda, kasut, TV TV, ..
tak mampu mereka melakukan itu semua.  Tetapi dari episod Tsunami yang berlaku di Acheh Sumatra pada tahun 2004 .. Allah mampu .. membenamkan .. 200,000 rakyat Aceh ..  berserta dengan khazanah harta meeka dalam tempoh masa ..  sekelip mata sahaja.   Tengok kekuasaan Allah.  Tidak takutkah .ini berlaku pada diri kita bangsa melayu di Malaysia?

Memandangkan .. trend sekarang di mana ..rata rata ..rakyat .. senang digula-gulakan ..oleh ..ketua pemerintah ..dari peringkat budak sekolah rendah, budakk universiti, pak chik teksi, orang pencen polis dan askar zaman darurat dahulu 195-an  ..hingga kpd balu balu polis pencen ..    maka ..  satu usaha dakwah tabligh..dihidupkan kembali .. mengajak saya dan tuan hamba sekalian .. kembali kpd .. keimanan yg sejati .. abadi abada dan menghidupkan sunnah kehidupan dalam rumah tangga kita sekalian.  Jangan miss peluang ini tuan hamba.  Masa yang ada ini adalah satu pelaburan yang sangat sangat menguntungkan. Umur yang ada adalah satu saham yang terbesar ..dikurniakan oleh PENCIPTA sekalian alam.  Jangan terlepas peluang keemasan ini semasa umur dikandung badan.

Tanpa ..iman .. tanpa kepercayaan sebenarnya kepada Allah dan kehidupan Islam  ..kita tidak akan selamat ..  di dunia mahupun di akhirat.

Bilakah akhirat bermula?

Jawapannya ialah sejurus selepas kita mati .. tidak kiralah .. bagaimana bentuk rupa kematian kita .. sama ada kereta kita terhumban ke dalam gaung di Cameron Highlands  atau kereta kita terpelusuk di bawah perut lori PETRONAS di Kerteh  atau tercekik makan nasi dengan ikan terbuk bertulang 10,000 di pasar Siti Khadijah , Kota Bharu, Kelantan.

pada masa itu ..  segala benda yg kita bangga banggakan ..  tiba-tiba TAMAT!!.

Kita berhadapan dengan satu keadaan ..  ke manakah nasib kita selepas .. orang orang terdekat dgn kita .. menyimpankan jasad kita dalam tanah perkuburan?  Sungguh gelap dan sunyi ..alam kubur tuan hamba.

Ayuh sipenulis .. dan tuan hamba ..  kita buat persiapan yg rapi ..  jangan terlalu leka ..dengan janji janji manusia ..  yang setengah tengah itu ..sudah jauh tersempang .. dari pandangan kasih sayang Allah ..  mereka megah ke sana ke sini ke seluruh pelusuk kampung .. istihar / janji .. itu dan ini .. hanya dgn kekuasaan yg diberikan kpd mereka sahajalah .. nasib melayu Melayu, Indonesia, Brunei  akan terjamin.

kau tahu tak .. siapakah orang paling bangkrap ?

jawapan nya ada dalam ..surah Al Kafh .. orang orang paling bangkrap ialah ..orang orang yg banyak buat amalan baik .. solat, menunaikan haji, umrah, membina masjid, jalanraya, membina rumah anak yatim piatu .. dan dia sangkakan dia adalah manusia  yang terbaik dan telah berbuat baik dan jasa ..tetapi sayangnya .. semua itu ditolak oleh Allah Taaala .. mengapa?  niat hati mereka ..mereka berbuat baik untuk tujuan ..dunia ... untuk mendapat pujian dari rakyat jelata ..dan bukan dilakukan amalan amalan ini semata mata untuk Allah yang satu.  Allah Yang Satu .. dan bukan 1Malaysia, 1Kabilah, 1Melayu,  1SAWIT, 1.. apa lagi hah . Aduhai nasib  kita?

Kepada Allah Taala lah ..saya memberi sepenuh ketaatan.. pembaca pembaca naik saksi .. aku telah sampaikan ..  sebahagian wasiat Nabi Muhammad s.a.w.  dalam dunia siber ini..  Muga muga ini .. menjadi .. saham saya di akhirat kelak.  Ameen!

Ameen.  Al Fatihah!

Yang baik dari Allah .. yang tidak baik ..saya mohon maaf ..
Walahh huaklam bis sawabbb.







0 comments:

Post a Comment