darah kita merah

Posted by sazali

salam

Tuan hamba/ kak Puan perasan tak ..

org itu kulitnya putih, ada jugak kulit gelap Mat Negro  ..tetapi ..jika ditoreh kulitnya dari luar ..kita nampak darah memancut berwarna merah pekat bukan?

org itu berjawatan tinggi Presiden USA , kita kerja posman jer ..tetapi jika kita terlibat dalam kecelakaan udara ..warna merah juga ..darah kita semua, bukan?

Mengapa yer?

Mengapa begini  ..Ya Tuhan?

2) ini hukum Allah.  Kita adalah makhluknya yang sama.  Tidak ada apa apa yg membezakan kita semua kecuali takwa (rujuk Al Quraan)

Apa itu takwa?  jawapnnnya mudah .. takut pada kemurkaan Allah jika kita melibatkan diri dalam dunia maksiat ( zina, riba, raba, membunuh, menipu, hutang tak bayar bayar kepada pihak bank , kerajaan , sanak saudara, sahabat handai, tidak amanah , tak ada integriti , ambik rasuah TLDM Lumut kereta Laboghini ..   )  dan bagi guru guru .. tak prepare mengajar elok elok dari awal awal tahun dan tak menanda buku matematik, bahasa melayu pelajar pelajar  mu.  Mungkin ..gaji buta dan rezeki itu dikategorikan sebagai rezeki yg haram. Haram itu ..paspot untuk ke neraka.  Nauzubilahh min zalikl.  Sebab itu .. anak anak sekarang semakin berani melawan ibu ayah ..
dan ada yg sanggup membunuh ibu ayah dengan parang, tukul, bom dan mcm mcm dari internet.

3)  Walupun darah kita sama ..kita kena jaga iman dan takwa.  Iman ialah percaya kepada tuhan dan mengambil kehidupan 24/7 Nabi Muhammad s.a.w  sebagai satu model kehidupan kita siang dan malam.

salah satu model ialah dia berkhawin dengan janda pertama yg kaya raya.  Umur Nabi 35 , umur Khadijah 45.  Untung sungguh Baginda Nabi Muhammad saw dapat orang kaya.  Bukan macam kita?

sudahlah kita berkhawin dengan anak dara orang  ..  tak kaya ..banyak sangat songel( demanding) nya (ketawa).  he..he..he..

kita khawin dengan orang tak bekerja ..tetapi ..kita jugaklah ..yg jadi drebar dia dan anak anak dia ke hulu hilir sampai kita lupa waktu makan tengah hari , makan waktu petang, solat asar jam 0705 ptg  .. kesannya kita dapat penyakit buasir dan operations.  Darah merah lagi dari operations ini?
Aduhai ..


Kita telah berkhawin cepat sangat ..after FB jer ..kesan ..kita cepat bergaduh dan terus bercerai.  Adik adik ipar cukup marah kepada kita (hutang hotel tak beres lagi ni ).. mereka kerjakan kita ..  pecah kepala kita.. dan terkejut besarlah mereka semua  ... darah kita merah lagi ...  seperti orang orang lain juga.

Oleh itu ..  ayuh buat sesuatu ..mirip kepada amalan Nabi.  Pertama, dia tak pernah complain masakan isterinya. Makan jer, tanpa banyak buat perbandingan itu dan ini.  Nasib baik kita masak tau?  Kasi racun ..baru tahu.

Kedua, dia suka berlawan berlari dengan Siti Aishah r.an ha.  Hari ini dia menang ..esok dia kalah.  Aisyah yg menang.  Kita buat tak begini dengan isteri kita berumur 48 tahun itu.  Cuba buat?

Insya allah jika diamalkan ..timbullah sedikit kebahagiaan.  Hari ini kita menang ..esok dia menang.  Hari ini dia belanja Beryanni Best ayam esok kita belanja jugak tetapi dia terus membayar.  Why? time membayar  .kita pergi tandas lama lama .Sembelit bukan?.  Aman damai insya allah.

Ketiga,  Nabi  Muhammad s.a.w suka pakai baju yang sama warna putih sahaja.  Bila koyak ..dia minta ..isterinya ..jahitkan dengan duri tebal dan benang ..dari apa yek?  tak ingat lah ..tetapi moral of the story ialah ..mereka hidup .. berpada pada dgn apa yg ada.  Bukan mcm kita ..5 - 6 almari baju ..tudung ..  cukup lah banyak.  Membazir duit kan ..Fareeda tudung jer RM300 sehelai.  Alangkah bijak jika kita pakai yg simple simple jer ..RM30 pun sudah ok dah.  Yang penting gigi kita cantik, berus gigi 3 kali sehari semalam   dan senyuman kita pada suami penjual roti tetap steady ...ikhlas for you darling.

Itu sahajalah.  Darah kita merah.  If darah tuan/puan ..berwarna lain ..alamat apa itu yek ..?

Sekian. Boleh ketawa  tetapi jgn lupa sampaikan moral of the story pada orang lain juga.

Wasallam.  Hidup tak lama. Why not make it a happy one?



0 comments:

Post a Comment