Tahniah adik Jepun Sayya

Posted by sazali

Salam

Al Fatihah.

Salawat kat Nabi Muhammad s.a,w 3 kali nonnn.

Semalam ramai pelajar lepasan SPM 2014 menerima keputusan peperiksaan mereka masing-masing.

Ada yg berjaya cukup cemerlang dan ada juga pelajar yg tak berjaya langsung.  Biasalah .. kalau kita berusaha bersungguh-sungguh , kita akan menerima hasilnya lainlah pula kalau kita ..  tak pernah bersusajh payah pun.  Untuk ke sekolah pun , mak kejutkan kita dari tidur, nak pakai kasut pun ayah sarungkan.  Nak sampai ke sekolah ..ada pemandunya ..dan untuk tuisyen sang ibu bapa lebih bersungguh sungguh dari kita sendiri sedangkan kita sendirilah yg akan menduduki peperiksaan SPM tersebut.  Kalau begitu .. kita patutlah menerima hakikat ... keputusan yg tidak membanggakan itu dgn redha.

2)  Hari ni .. saya kagum jugak dengan anak Jepun Sayya.  berSekolah di Langkawi.  Walaupun ibu bapanya orang jepun .. keputusan SPM Sayya ini membuka banyak mata pihak luar terutama KPM, JPNK dan PPD Langkawi.

Jika orang jepun pun boleh skor straight A , kenapa kita anak anak Malaysia tak dapat berbuat secemerlang Sayya  walaupun :

2.1  barisan guru  di sini adalah datangnya dari kaum melayu ( 80% ++ ) yg lebih dominan
2.2  kesan latihan intensif pra SPM, peperiksaan percubaan
2.3  kesan bersekolah SBT, Cluster School , smart school , SMS, MRSM
2.3   sembahyang mintak restu dan
2.4  lain-lain lagi.

Rumusan:


Sayya (nama budak jepun ini) memberi 2 tips .. pertama, disiplin yg tinggi dan .. tak malu bertanya pada guru gurunya jika dia tak faham berkenaan dengan mata-mata pelajaran.

Ibu ayahnya tidak sesibuk sesetengah ibu bapa melayu yg ..  cari tuisyen, buat sibuk dalam mesyuarat PIBG dan lain-lain lagi.

Wallahu aklam bis sawabbb

0 comments:

Post a Comment